Buat 5S untuk Alat Solek dan Penjagaan Diri

Settle 5S untuk Barang Solek dan Penjagaan Diri || 5S itu benda apa? 

Segala konsep 5S diguna pakai untuk projek barang-barang solek aku nih...

By the way, ianya dah settle sebelum PKP lagi, tapi terperam lama. HAHA. Punya lah bersepah kalau tengok gambar di bawah ni, kan! Uish, takleh bawak bincang ah! 

Sampai satu masa, aku pun dah sakit mata ngan jiwa nak hadap! Bahahha~
 
MALU TAPI INI PERLU DITAYANG BUAT PERINGATAN!

Mana nak ambil krim muka terselit-selit, mana nak keluarkan deodorant di bawah timbunan barang lain...dengan butang tudung kat bahagian paling dalam box tu, pastu terjumpa khazanah lain lagik.... 

AIGOOOO, CANNOT LAH!

So, apa aku buat ialah mengasingkan semua ikut kluster! KAH!! Itulah 'S' yang pertama, SORT.
Yang mana untuk bibir,, muka,untuk rambut, ketiak, dan lelain.... Kita tengok mana yang sesuai untuk disatukan atau dipinggirkan. Buang segala yang dah expired ataupun yang tak nak digunakan lagi kerana dah beli barang baru.. Huaaahuaa~

Ok la...tak banyak sangat, kan?!

HAHA. Sebab aku bukan jenis orang yang heavy makeup seperti adik bongsu ku....
Dia memang kaki makeup punya oranggg..... Cukup ada foundation, perfume, celak, bedak, hair, losyen, krim pelembab, minyak angin, lipmatte (i am not lipstick user) and beberapa barang lain.

At first, aku buat seperti di bawah :-

Tapi rasa seperti tak puas hati tengok dari atas macamtu. Serabut semua benda ditayang.
Hmmm...

So, one day aku cari jugak something untuk ubah lagi sikit mengikut mood aku. Barulah enjoy gitu.

Tadaaaaaaaaaa! Pink is my favourite ah!

Segala barang dah masuk ikut ruang tersendiri. Label je tak tampal lagi, dah buat, tapi ter rosak haritu lambat sangat tampal...terkoyakkk sebab salah letak.. HAHAHAHA..

Takpela, buat masa ni yang gunanya cuma aku je. Huhu...

I love this rak! Rak pink yang comel dan pelbagai fungsi,
Suka part atas tu, cover top jernih.. Selalu jumpa yang takda ruang atas tu...


Side tepi tu, barang campur, ada barang adik sikit... Barang kegunaan semua sikit....
So yang tu biarkan aja dulu... Boleh beli lagi satu, tapi musim virus nih, aku tak berani jejak kaki ke situ.....

LOKASI PEMBELIAN : Kedai Buku di Toppen JB. 
Tak silap aku, kedai buku POPULAR kot!


Yay! Settle bab 5S untuk part nih jela... Sedap mata memandang. Mata aku la, mata korang mesti nak lagi perfect, kan. Well, Siap 4S tu, tapi untuk 'S' kelima, SUSTAIN is hard to do jugak IF no dicipline after use all items. But i'm trying laaaaa~ 









NOTAHATI :
Yeah..dari masa ke masa, akan kuubah lagi ikut mood~ Ngeh-ngeh-ngehhh~

8 ulasan:

  1. Balasan
    1. Banyak ker..rasa macam biasa aje..just basic lahh~ Huhuuuuu

      Padam
  2. Aje gilo k0 campak macamtus emua Nona oii...ko tak check due date dia ke?
    Sis punya kalau lebih 6 bulan, aku buang hahahahaha...walau tak pakai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lambat update expired date..KAH!
      Dah sait hati tengok, baru bubar senuaaaaa~ Hehee

      Padam
  3. banyak betul barang make up
    hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. HAHA, yeke..rasa biasa ni..basic-basic ajer..Muahahhaa!

      Padam
  4. Banyak betul barang makeup and skincare dia. memang patut buat 5S ni

    BalasPadam

Thanks For Coming !
Please Left a Comment and Support.
Take Care!