Masak Sendiri Mashed Potato Ala KFC Sebagai Makanan Berbuka 2020



Resepi Mashed Potato ala-ala KFC sebagai Makanan Berbuka || Bila member aku, Kak Ain sebut pasal dia buat sendiri mash potato makan dengan Chicken Chop, aku rasa teringin lah pulak. Tapi saja try buat kentang je dulu. Bukan satu set chicken chop la.. Heheee....First try dan adik aku bagi feedback...S E DA P !! Cuma kuahnya tu tak cukup warna hitam-hitam sikit, aku tak campur dengan kicap...just bubuh black pepper aje. So warna tak naik sangat tapi rasa tu ada... Heeeee~


Kentang Putar ala-ala KFC!



Resepi? Simple ever! Ini untuk makan 3-4 orang ye tapi ini resepi Nona yang diolah-olah sendiri. 
Tak ikut sebiji macam resepi selalu orang buat. Janji kena kat tekak, kan~ Korang pun kena try and error untuk ngam dengan tekak dan citarasa masing-masing okayh.

BAHAN BAHAN 

Untuk  Kentang Lenyek

1. Ubi Kentang (3 Biji)
2. Susu Segar ( 1 cawan)
3. Serbuk Lada Hitam

Untuk Kuah

1. 2 cawan air
2. 1 Kiub ayam
3. 1 biji bawang besar
4. 2 ulas bawang putih
5. 3 sudu marjerin
6. 1 cawan tepung gandum
7. 2-3 sudu blackperpper. (Ikut nak rasa blackpepper banyak mana)

CARA-CARA

Untung Kentang Putar

1. Kupas, potong kentang sehingga saiz kecil dan rebus kentang sehingga empuk. Jangan sampai hancur sangat sebab akan dilenyek kemudian.
2. Lenyekkan kentang bersama-sama susu segar dan lada sulah. Gaul sehingga sebati. Lada sulah diltekkan dalam 4-5 sudu.

Untuk Kuah
1. Kisar bawang merah dan putih.
2. Didihkan air di dalam periuk
3. Masukkan bawang yang telah dikisar bersama-sama kiub ayam
4. Setelah mendidih, toskan air dan bahan bahan di dalam periuk tersebut
5. Letak tepi buat sementara waktu dan buat next step

6, Cairkan marjerin. 
7. Gaul bersama tepung gandum, secara sikit-sikit dan campurkan dengan air rebusan yang telah ditos pada step 4 tadi.
Gaul sehingga sebati dan tidak berketul.
8. Taburkan sedikit serbuk lada hitam.

Nah, siap!
Warna kuah tak berwarna gelap sebab tak campur kicap. Hanya gaul bersama serbuk lada hitam je.




Sedap dan bolehlah buat lagi! Heheee~
Aku makan ni, bersama nasi... sangat kena dengan selera seorang Nona yer.


Lepasni nak try apa pulak ek?? HAHAA.. Rajin pulak 2020 nih.... 

8 ulasan:

  1. hari tu pun akak buat gak kentang putar ala kfc ni...kuah akak pun tak gelap sangat sebab tak masak lama tepung tu...takut hangus...

    BalasPadam
  2. Waaa nampak sedap laaa...nanti nak try gak leee resepi ko ni, kalau tak jadi, engko le sebabnya hahahahahah

    BalasPadam
  3. wah..lepas ni boleh ikut resepi ni...anak suka betul mashed potato ni

    BalasPadam
  4. buat sendiri gravy dia boleh buat ikut taste kita.

    BalasPadam
  5. sedap dan senang aje. boleh buat sendiri byk2 kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tuh, senang sangat oii.. nak buat byk mana pun ok je

      Padam
  6. nampak sedap tu, nona.
    betul ckp nona. resepi ni kena olah sendiri.
    memang tak la tiru sebiji, kan :)
    tekak lelain. rasa pun lelain. yg penting sodap!

    BalasPadam

Thanks For Coming !
Please Left a Comment and Support.
Be careful and Pray the Best.