Nama Nama Kuih Pun Jadi Isu? Wow!

Nama Nama Kuih Pun Jadi Isu? Wow!

Assalamualaikum, hello !

Harini terdengar kt radio RIA FM , dorang ade rembat pendapat tentang nama nama kuih. 


MISS KASTURI GELI DENGAN NAMA NAMA KUIH MASAKINI DAN INGIN BUDAYA DILESTARI:
Batang buruk. Sarang semut. Lidah kucing. Cakar ayam. Bantal peluk Saloma. Kuih dadar. Badak berendam. Nama melambangkan kesucian bangsa dan budaya. Apa dah takder nama lain ker? Ini adalah himpunan nama nama kuih paling random yg pernah saya dengar. Kuih kan makanan. Makanan kan jadi darah. Jadi eloklah makanan itu dinamakan dengan bende bende yg baik. Ini tidak. Asal sembarang hembus jer. Kenapa eh?? 
Bayangkan. Masa tuh saya nak kasi kuih kat kawan non-malay saya kat kerja. Dia tanya, "What kuih is this?" Saya nak sebut pun malu. "Errr, its 'Batang Buruk' and 'Bantal Peluk Saloma'. And that one is kuih dadar" Dia tanya, "What does it mean?" Saya jawab, "Errr, old stick and Saloma bolster. You know the Malay ar, got one artiste she is Saloma. And that one is a drug kuih." Malu saya wei, malu!! Dia ketawa lagi. "Hahahaha. I think thats kind of funny! And drugs! Wow! Thats kind of stereotypical." Mana saya letak muka saya. Pertama kali kuih malukan saya!
Saya ingin sarankan, agar dewan bahasa adakan satu standard dalam menamakan kuih muih kita. Kita org Melayu kaya dengan budaya. Jangan kerana segelintir nama-nama kuih yg bodoh, menjadi bahan ketawa masyarakat lain. Nama nama ini melambangkan kita sebagai masyarakat yang tak nak berfikir, yg sembarang, bayangkan, kuih dadar? Come on! Melayu jer dadah, Melayu jer dadah! And we have a kuih to justify that!
Adakah para pendengar setuju dengan I? Think about it. Lidah kucing? And its rainbow colour? Ingat nih wizard of Oz ker? Kita Melayu la wei, Melayu! Namakanlah Kuih Pelangi Indah ker, Kuih Angsana ker, Kuih Tun Fatimah ker, Kuih Seri Kasturi ker. Kan sedap sikit nak sebut dan kaya dengan sejarah!"

Hahaha, okeh..... serious lucu, saja nk share dari satu postingan tu.. Tak ingat mana linknya masa aku nak taip ni.. Okay, apa pendapat kalian pulak?

Jom Kenal Nama Kuih HERE 

Kuih

Kuih Dadar atau Ketayap.
Not DADAHHHHH okay! 



*Entri asal pada tahun 2015 dan diupdate pada tahun 2022



Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .