Ibu- Ibu, Sila Pantau Jika Anak Menangis Tak Keluar Air Mata!

Ibu- Ibu, Sila Pantau Jika Anak Menangis Tak Keluar Air Mata!

4 Punca Kena Pantau Jika Anak Menangis Tak Keluar Air Mata ||  Ha....aku teruja dengan topik ni....Sapa pernah? Aku pernah tengok adik aku menangis (zaman bayi) dan melalak tapi tak keluar air mata. Sampai aku cakap dengan adik aku masa baby tu, ''TIPU, TIPU! BERLAKON JE KANNNN'' . Haha..Pastu sambung bagi dia nangis....hakikatnya, ada punca tertentu yang menyebabkan air mata mereka tak keluar! Kena ambil tahu, dan perhatikan bayi tersebut~ Ada kaitan dengan penyakit jugak! Teruskan pembacaan tau.

Hmm...Air mata bukan hanya keluar ketika seseorang itu sedih, tapi juga boleh meleleh semasa anda berasa marah dan stres.
Hormon yang dirembeskan bagi menyediakan badan untuk menghadapi stress turut memberi isyarat kepada kelenjar mata mengeluarkan air, ini bagi melindungi mata.
Tetapi, kenapa bayi yang sudah terang-terangan menangis teresak-esak namun tidak mengeluarkan air mata?

Jumlah kelenjar air mata terhad untuk dibazirkan semasa anak menangis


Berbeza dengan bayi yang sudah lanjut usianya, jumlah air mata pada kelenjar air mata bayi yang baru lahir masih lagi sedikit.
Ini bermakna penghasilan air mata hanya cukup untuk menyelaputi permukaan mata mereka.
Apabila mencapai usia sebulan, kelenjar air mata mereka sudah cukup matang untuk menghasilkan air mata yang banyak.
Pada ketika itulah anda boleh saksikan air mata berderai turun meminta simpati.
Apa yang menariknya berkenaan dengan bayi yang baru lahir, bukan air mata semasa anak menangis sahaja yang terhad, mereka juga kurang berpeluh.
Tidak kiralah seberapa panas pun keadaan persekitaran, mereka tidak berupaya untuk menghasilkan peluh yang banyak seperti bayi yang sudah matang.
Ini termasuklah kelenjar apokrin yang bertanggungjawab mengeluarkan peluh melalui folikel rambut.
Kelenjar tersebut hanya mula beroperasi apabila anak mencapai usia akil baligh.
Peluh yang keluar pada kelenjar tersebut pada mulanya tidak mengeluarkan bau.
Namun, oleh sebab ia mengandungi steroid dan protein, ia menarik perhatian bakteria. 
Walaupun tidak banyak, proses perkumuhan tersebut boleh mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Keadaan kesihatan yang mempengaruhi jumlah air mata ketika anak menangis

keluar air mata
Jika anak anda masih tidak mengeluarkan air mata apabila usia mereka sudah melebihi satu bulan, punca kepada keadaan tersebut mungkin patologikal.
Kalau ia merupakan satu keadaan kesihatan, kebiasaannya, ia akan hadir dengan simptom lain seperti mata merah dan gatal.
Terdapat beberapa keadaan kesihatan yang boleh mempengaruhi kadar pengeluaran air mata.
Ada penyakit yang boleh menyebabkan air mata tidak keluar, ada juga yang menyebabkan air mata mencurah.

#1 Kelenjar air mata tersumbat

Keadaan kesihatan ini terjadi apabila kelenjar yang mengeluarkan air mata tersumbat.
Ini akan menghalang proses pengeluaran air mata secara normal menyebabkan simptom seperti:
  1. Mata kelihatan berair (epiphora).
  2. Air mata meleleh ketika anak tidak menangis.
  3. Terdapat cecair (bukan air mata) yang keluar dari mata anak anda.
Perkara ini boleh memberikan ketidakselesaan kepada anak. Kira-kira 30% bayi yang mengalami keadaan ini mempunyai masalah pada kedua-dua belah mata.
Ia boleh berlaku seawal bayi berusia 3 minggu. 
Walaupun kebanyakan kes kelenjar air mata tersumbat baik dengan sendirinya, jika anda risau, bawa anak berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

#2 Konjunktivitis, mata merah berair sebabkan jumlah air mata meningkat ketika menangis 

Mata merah pada bayi boleh berpunca daripada jangkitan, keradangan atau kelenjar air mata tersumbat.
Jika ia berlaku disebabkan oleh kelenjar tersumbat, kondisi ini akan beransur pulih dan jarang menyebabkan komplikasi.
Namun, jika ia berlaku disebabkan oleh jangkitan, risiko komplikasi seperti mata bengkak dan jangkitan pada organ sistem lain agak tinggi.
Jika anak menunjukkan simptom mata merah dan berair, bawa mereka berjumpa doktor segera.

#3 Dehidrasi teruk sehingga tidak keluar air mata

anak menangis
Tanpa air yang cukup, kelenjar air mata tidak akan mengeluarkan air mata semasa anak menangis.
Perkara ini boleh disebabkan oleh masalah nutrisi atau penyakit yang menyebabkan dehidrasi.
Oleh sebab itulah rutin pemberian susu badan amat penting untuk anak yang baru lahir.
Selain daripada anak menangis tidak keluar air mata, terdapat simptom lain yang turut menjadi kayu ukur kepada tahap hidrasi anak.
Bayi yang mengalami masalah dehidrasi perlu dikejarkan ke hospital dengan kadar segera.
Komplikasi kesihatan yang bakal dialami agak serius jika mereka tidak mendapatkan rawatan.

#4 Masalah glaukoma dalam kalangan bayi 

Bukan orang dewasa sahaja yang boleh dapat glaukoma. Walaupun jarang berlaku, bayi juga boleh didiagnosis dengan masalah glaukoma.
Mereka boleh mendapat keadaan ini pada usia seawal 1 tahun. Simptom yang boleh dialami adalah mata berair, sensitif kepada cahaya dan mata kelabu.
Jika ia tidak dirawat dengan segera, bayi tersebut boleh mengalami masalah kerosakan saraf optik dan kebutaan.

Konklusinya.........................

Jika anak menangis tidak keluar air mata, ia boleh jadi normal atau tanda kepada keadaan kesihatan tertentu.
Secara umumnya, jika tiada simptom lain, menangis tanpa air mata bukanlah satu keadaan yang merisaukan.
Namun jika ia berlanjutan walaupun anak sudah meningkat usia, dapatkan pemeriksaan doktor.

Aku yakin, semua orang sayang anak masing-masing... Yang belum ada rezeki, aku doakan dikurniakan baby dalam masa terdekat ni. AMIN YA RABB!

Rujukan di sini ya : HELLO DOKTOR 
P/s: Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.


Post a Comment

3 Comments

  1. oh, selalu dengar nangis tak berlagu, baru tau ada jugak nangis tak berairmata

    ReplyDelete
  2. ada juga kes macam ni ye?? anak-anak akak semua menangis melalak siap air mata air hidung keluar. Kalau tak de keluar air mata tu biasa nya time si adik berlakon menangis nak bagi si kakak nya kena marah sebab konon2 nya buat adik.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .