Buffet Ramadan : ''Jemput Makan'' di Ballroom Renaissance, J

Buffet Ramadan : ''Jemput Makan'' di Ballroom Renaissance, J

Buffet Ramadan: 'Jemput Makan' di Ballroom Hotel Renaissance, JB || Dah hampir seminggu Ramadan datang, macam mana puasa? Ok ke tak? Haaa...Setakat ni, memasak ker, atau beli kat luar? Jom Nona ajak korang yang berdekatan untuk sesama menikmati buffet Ramadan di Hotel Renaissance, JB. Haritu Nona dah share tentang buffet dorang yang ada lebih daripada 400 menu! Info DI SINI.. Haritu lain harga dan lain cafe yang digunakan. 

Kali ni berbuka puasa ke ballroom dorang pulak. Harga yang berlainan dan menunya pun ada sedikit perbezaan. Takdalah sampai lebih 400 menu.

Nasi Briyani dan Kambing Golek!

Dagingnya lembut, tapi aku makan masa tu tanpa kuah....So terasa tawar sikit.
Rupa-rupanya chef tu cakap, memang takda kuah disediakan. sebab dagingnya kena makan dengan nasi briyani tuh tau. Huhu~

Whole Lamb

Sate pun ada! Jemput!

Nasi Putih, Nasi Briyani dan Mi Goreng Basah untuk dimakan bersama sama lauk lain. Ada Chilli crab, Ikan Masak Asam Pedas, Ayam Goreng Berempah, Sayur Sayuran dan macam macam lah..Sedap belaka..


Ketupat lemang bikin waktu berbuka lebih meriah! 
Ada serunding daging, ayam dan jugak serunding ikan woooo!

Aneka Kerabu. 
Fuh, seafood kerabu, seafood perut dan ulam-ulaman pun adaaa!
Aku terkejut makan kerabu perut! Haha~ Terasa aneh, tapi ianya tak berapa masam pun. 

Oh ya, ada orang yang berminat dengan sushi? 
Sini pun tak lupa jugak hidangan buat peminat sushi.

Ehh, ada orang tolong sendukkan lauk untuk kita ler..

Ok, jom Nona bagitau apa antara menu yang Nona makan. Jarang-jarang nak tunjuk. HAHA

Nasi putih + nasi briyani + mi goreng basah bersama-sama sotong, 
ikan masak asam pedas, daging dan saur-sayuran.


Dessert, kuih muih dan buah buahan of course kena ada!
Tak payah bawak kurma dari rumah sebab dah disediakan ok.. 

NEXT:

Sambil makan, ada layar skrin kat depan...Pelbagai tayangan muzik dan video nanti.
Kadang kadang diselitkan dengan persembahan muzik dan nyanyian buat para pengunjung.


Dan Nona suka kawasan sini sebab tempatnya 
dari luar sampai ke dalam kelihatan luas. 
Lapang dan selesa untuk berbuka puasa bersama yang tersayang. 


Selesa! Kerusi pun dah disusun berjarak.

Korang kena try berbuka puasa kat sini ye.
Kerabu seafood tu sedap! Nasi Briyani+Kambing pun sodap! Tapi jangan makan kambing tu kosong je..Macam aku try haritu..Huhu..

Confirm berkualiti juadah yang disediakan dengan harga yang ditawarkan.


BERMINAT?!

 Buffet "Jemput Makan" di Ballroom Renaissance Johor Bahru Hotel. 

Harga Buffet: 
Dewasa          : RM123 nett
Kanak kanak :  RM58 nett

Sebarang pertanyaan, sila hubungi  :
Cafe BLD : +6073813322



(Gambar lain letak di Instagram+ Facebook)













Post a Comment

2 Comments

  1. Ramainya juadah
    Selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  2. Bestnya tu ada ketupat dan lemang tradisional. peminat kambing tu memang tuju kat kambing tu je lah :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .