Berbuka Puasa 2022 dengan Tradisi Warisan Paragon Ramadan Buffet

Berbuka Puasa 2022 dengan Tradisi Warisan Paragon Ramadan Buffet || Hai semua! Bersyukur kita harini kerana masih bernyawa. Moga dilindungi selalu ye. Syaaban menjelang kini… Bulan depan dah masuk Ramadan. Salah satu benda yang best time Ramadan ialah waktu berbuka puasa. Kan! Haaa, dah plan nak makan kat mana dan makan apa untuk sebulan berpuasa?? Hihi~

Kalau tak tahu lagi, mari ushar tempat yang Nona share sekarang! Tempat yang selesa dan enak-enak menu berbuka puasa kat sini pada bulan Ramadan yang bakal tiba tak lama lagi! Jemput tengok dulu makanan yang ada ni sebelum korang booking.

Special kalini, para pengunjung berbuka puasa sambil mendengar dan melihat persembahan Anklung! Harga early bird kini dibuka, baguslah grab sekarang sebab murah dari biasaaa! Kalau tak book early bird price, beratus ratus jugak harganya weh!

Paragon

Paragon Hotel

Inilah yang aku cakap selesa tempatnya! Don't worry, sure ikut SOP, bersih dan selesa tempatnya. Kat sini sususannya teratur, ada ruangan main dishes, stall, rotation stall, show kitchen, appetizer dan minuman.

First, kita perkenalkan menu yang aku suka makan kalau ada menu ni dalam buffet Ramadan la. 

Lamb Kuzi

Lamb Kuzi

Roasted Whole Lamb Kuzi

Main Dishes:

Itik Salai

Itik Salai Gulai Minang

Pucuk Ubi

Pucuk Ubi Masak Lemak

Ayam Opor Johor

Ayam Opor Johor

Daging Belado

Daging Berlado

Siput Sedut

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Broccoli

Broccoli with Mushroom

Kari Ketam Nanas

Kari Ketam Nenas

Sotong Perchik

Sotong Perchik

Salted Egg Prawn

Salted Egg Prawn

Apa macam? Terliur tak?? Tang siput sedut tu, agak gigih jugak nak menyedutnya.. Haha..Okay, makan kesemuanya bersama-sama nasi putih, atau nasi Kabshah. Apa tu Nasi Kabshah? Macam kat bawah ni.. See the lemon and else? Huhu~ Menyihatkan nampak!

Nasi Kabshah

Nasi Kabshah

Ulam Ulaman

Sambal dan Ulam-Ulam

Ulam kampung ada, sambal mangga, sambal cencaluk, tempoyak dan lain lain.  Peminat kerabu atau jeruk? Sini pun ada! Sedapnya masam masam gituh! Western salad pun ado...

Sup Berempah

Sup Utara Berempah (Mix with Daging, Paru, Tulang dan Perut) 

Nyum! Lembut lembut lalu kat tekak. Hirup sup santai santai.  Tiba-tiba teringat kalau ada pipi lembu pun nice jugak. Bersebelahan tempat sup ni, terletak elok Baked Salmon with Portugues Style (sayur asin dan nanas)

Salmon

Bau ikannya tak hanyir, sesedap rasa dan lembut! Aku memang penggemar ikan salmon kut! 

Selain daripada menu di atas, ada jugak makanan Hari Raya. Time berpuasa sudah tentu mood raya dah mari, kan! Hihi..

Ketupat Lemang

Makanan Raya

Daging Rendang

Food

Ketupat Lemang bersama rendang daging, serunding dan kuah kacang! Sentiasa menjadi kegemaran, tak pernah bosan. Tak kira lah time raya atau tak. 

Kambing Gulai Kawah

Ehhh, ada jugak kambing gulai kawah lah! So yummmy bagi penggemar kambing! Ada orang tak makan kambing kan sebab takut panas badan atau berbau. So far aku makan ni okay je. Favourite ui!

Di samping makanan berat, aku cuba  durian goreng. Wahhh! Durian goreng pun sedap behtol! Jarang jumpa. Time buffet Ramadan je aku makan ni. Rangup rangup rasa doyan. Tak makan durian?? Alah, cuba rasa sikit je durian guring ni, mesti nak lagik nanti! 

Durian Goreng

Roti John

Roti john sebelah mr durian goreng itu.

Burrrp, kenyang....Sambung pulak makan dessert! Sebelum sampai ke kerusi, aku dah ternampak berbagai-bagai dessert menarik

Kek

Dessert

Tepung Pelita


Banyak potongan kek pelbagai perisa, puding, sagu gula Melaka, aneka kuih Melayu, dodol dan tapai!

Tapai

Tapai

Ehhh, tak habis lagi..Nak makan bako-bako pulak! Ada pulak satay chicken dan mutton! Tidak ketinggalan ikan pari, kerang dan kupang bakar!

Sate

Seafood

Kerang Bakar

Jom tengok antara makanan yang aku suap masuk mulut haritu:

Food

Diet konon for first round.


Itik Panggang

Bubur Lambuk Ayam

Bubur lambuk ayam. Sedap sangat! Cukup rasa! Aku suka! Kalau campur dengan lauk lain pun sodap!

Opss, makan aje ke.. Jom minum pulak! To be honest, aku tak minum air manis haritu sebab dah makan macam-macam so aku  minum air masak je. Haha..Punya banyak kan perisa air yang ada. Kalau tak nak air tu, boleh try ABC dan laicikang. Nak mengopi? Pun ada! Sini disediakan mesin coffee jugak

Bandung Cincau

Laicikang

Dessert

Aiskrim

Aiskrim buatan Nona. Haha..Ikut suka kita la nak makan banyak mana dan design kan dia..Pilih aje perisa memasing.

JDT Blogger

Bersama mereka haritu mencuba Tradisi Warisan Paragon Ramadan Buffet - Geng JDT Blogger dan Ayshahrahman 


Di bawah ini pula adalah gambar persembahan anklung.  Ada dua slot persembahan nanti pada setiap hari sepanjang bulan Ramadan.

Slot pertama: 6.30pm-7.10 pm
Slot kedua     : 7.45pm-0830pm

Paragon

Perkenalkan.....Al Malik Bin Razali! Dah 14 tahun beliau bermain anklung tau! 

Merdu sebenarnya bunyi anklung ni, tidak terlalu bising, menenangkan dan membuat selera bertambah! Haha.. Jarang tengok serta dengar persembahan anklung. Finally, dapat jugak tengok LIVE! Love!

Al Malik

Info berkenaan Al Malik.


Alhamdulillah, balik dengan muka happy! Aku done try hampir kesemua makanan. Sikit sikit portion lah. Paling aku suka ialah durian goreng, bubur lambuk, daging kambing kuzi, baked salmon with Portugues style, daging berlado dan sotong Perchik! Dua kali hamek sotong perchik tu! Suka sangat! Oh ya, buah-buahan pun ada, jangan risau. Kurma dah disediakan. Tak perlu bawak dari luar tau ๐Ÿ˜‚

Aduh, terliur semula bila tengok gambar makanan, better aku settlekan entri ni cecepat. Haha...Mana menu korang berkenan tuh? Bolehlah raikan majlis berbuka puasa di sini bersama yang tersayang!

Paragon Ramadan Buffet


 “Pay Less, Buy More” 

Enjoy Ramadan Buffet Dinner at Grand Paragon Hotel JB “EARLY BIRD” Promotion sekarang berharga RM95nett/Adult and RM45nett/Child! ๐Ÿ˜

Treat your family & friends with scrumptious . Hurry up and book your seat now!

✨๐—˜๐—ฎ๐—ฟ๐—น๐˜† ๐—•๐—ถ๐—ฟ๐—ฑ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ถ๐—ฐ๐—ถ๐—ป๐—ด:
RM95nett/Adult
RM45nett/Child (5-11 years)
*Purchase on or before 31st March 2022

✨ ๐—ก๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐—น ๐—ฃ๐—ฟ๐—ถ๐—ฐ๐—ถ๐—ป๐—ด:
RM118nett/Adult – BUY 5 FREE 1
RM55nett/Child (5-11 years)

Ramadan Buffet Dinner @ Cafรฉ Para Para (Level G)
๐Ÿ“… 4th April until 30th April 2022
⏰ 7pm to 10pm

๐Ÿ“Ž T&Cs Apply
*Price inclusive of 6% service tax
*Not valid in conjunction with any other promotions or offers
*RM95nett – exclusive pricing for Senior Citizen (Age 55 and above)
*Pictures for illustration purpose only

--
For Booking & Enquiries:
๐†๐ซ๐š๐ง๐ ๐๐š๐ซ๐š๐ ๐จ๐ง ๐‡๐จ๐ญ๐ž๐ฅ
๐Ÿ“ž https://bit.ly/3s1OCZi  
☎ +607-268 5255 / 5252 / 5222
๐Ÿ“ฉ fnbcoor@grandparagonhotel.com.my / info@grandparagonhotel.com.my
๐Ÿ“18, Jalan Harimau, Taman Century, 80250 Johor Bahru, Johor


Post a Comment

7 Comments

  1. nice. banyak menu yang lain dari yang lain. mesti sedap.

    ReplyDelete
  2. Banyaknya menu. Semuanya lazat belaka.

    ReplyDelete
  3. Memang kambing akan diserbu dahulu. Hehe. Aduh kalau perut besar, selalu puasa ini buka tidak dapat makan banyak.

    ReplyDelete
  4. Fuhh..kecur air liur tengok lauk lauk kampung bila puasa ni. Banyak lauk favourite kita tau!

    ReplyDelete
  5. Semua makanan nampak menyelerakan betul ni . Terliurr

    ReplyDelete
  6. First of all, thank you for letting me see this information. I think this article can give me a lot of inspiration. I would appreciate ๋ฐ”์นด๋ผ์‚ฌ์ดํŠธ if you could post more good contents in the future.

    ReplyDelete

Thanks For Coming!
Terima Kasih Kerana Singgah!