Throwback Sunday: Jom Menderma Darah bukan Menderma Dara. Ops!

Throwback Sunday: Jom Menderma Darah bukan Menderma Dara. Ops!

Throwback Sunday: Jom Menderma Darah bukan Menderma Dara. Ops! || Ini kisah Ahad bulan Januari haritu. Aku dah lama tak menderma darah. Ada niat nak gi hospital menderma darah tapi risau jejakkan kaki ke sana. Haha.. Tapi jejak mall boleh pulak ek! Lol. So setelah badan fully booster, aku yakin nak menderma darahku. 

Derma Darah

Kemain bag tu kan.. Haha..

Tahu tak, darah kita ni sentiasa diperlukan oleh insan di luar sana. Betapa kita dapat menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan bila kita menderma darah. Semua dengan izin-Nya. Ke mana darah kita akan disalurkan? Banyak tau! Salah satunya, jika orang accident dan banyak kehilangan darah, kita boleh membantunya. Selain itu, boleh rujuk gambar di bawah:

Derma Darah

Derma Darah

Save info from the hashtag tuh.

Saya baru lepas disuntik vaksin. Bolehkah saya menderma darah? Ini jawapannya.

Vaksin

Aku kena suntik vaksin pada Disember 2021, Februari kemudian baru cuba menderma darah (setelah ketiadaan haid, makan apa apa ubat dan sihat tubuh badan)

Tips selepas menderma darah

Tips

Haritu sempat risau sebab aku macam rasa pening sikit sebelum menderma. Petugas atau pegawai kesihatan tu bagi aku sebotol mineral bersaiz sederhana untuk dihabiskan lepas dia check tekanan darah menggunakan alatnya. So far lepas dah derma, tiada kesan yang teruk teruk lah. 

Darah O

Saya darah O! Sapa darah O, sedekahkan darah anda yok! 

Derma Darah

DISERU!


So, apa lagi? Bagi korang yang sihat dan cukup syarat, jom menderma darah, bukan derma dara. Ops! Okaylah, jangan lengah lengah untuk membantu! Hehe.. 

Ada yang takut jarum ke.. atau takut nak menderma darahmu?? Cuba bagitau takutkan apa.. Saja nak tahu.... 


Notakaki: Barisan Nasional berjaya pegang Johor nampaknya




Post a Comment

3 Comments

  1. Tak takut hehee
    penah.jga derma.darah dulu masa muda2

    ReplyDelete
  2. Salam singgah. Saya pun dah lama tak derma darah.

    ReplyDelete
  3. Takut juga nak derma darah. Seram tengok jarum besar tu haa.. Tapi suami saya penderma darah tegar. Memang sekarang hospital kekurangan darah. Hari hari tak ada kempen pun boleh menderma darah.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .