Tonton Perlawanan Silat dalam Karnival Pancak Silat Beradat Antarabangsa kat UTC Pasir Gudang, Johor

Tonton Perlawanan Silat dalam Karnival Pancak Silat Beradat Antarabangsa kat UTC Pasir Gudang, Johor

Tonton Perlawanan Silat dalam Karnival Pancak Silat Beradat Antarabangsa kat UTC Pasir Gudang, Johor  || Semalam tengok pertandingan silat kat UTC Pasir Gudang. Terdapat beberapa pasukan yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah Dan menengah. 

Dapat tahu pun sebab tengok member update status ada pertandingan silat sedang dijalankan. Memang dekat lah ngan tempat kerja aku. Laju singgah time balik kerja tu tapi datang pun sekejapan jer...Syok tengok dorang berlawan..Terasa macam aku nak masuk sekali dalam gelanggang tu..Huhu! 

Silat

Sebelum... 
Muka dorang nampak tak sabar nak memulakam perlawananπŸ˜‰ Ada yang tak serang serang dalam masa yang diberikan sampai orang baju putih tu tegur... Masing masing nak tengok langkah musuh terlebih dahulu.. Huhu..Oh ya..silat untuk semua..Laki dan pompuan pun boleh ❤️ 

Silat

Lagi, ayuh tendang, tolak lagi!

Silat Beradat

AAA sudah..tergolek dedua...

Karnival Silat

Banyak kategori, banyak saringan dan saingan. Aku tak tengok dari awal. Datang datang sana nampak dorang tengah bersorak sorak suruh kalahkan musuh..Huhu.. Teringat zaman kat sekolah dulu, aku masuk kelas silat tapi bila part nak kena berlawan sampai terlentang bagai, fuh, terus pakat stop, tak habis kelasnya..Adoi! Hangat hangat tahi ayam la Nona ni πŸ˜„

Makin banyak kelas silat yang aktif sejak keluar movie Mat Kilau haritu... Aku nampak jugak perubahannya.. Lagi lagi lepas musim PKP dan covid ni... Syukurlah banyak anak muda nak belajar tentang silat dan menjadi pelapis kelak. InshaAllah.. Belajar silat untuk mempertahankan diri bukan untuk bergaduh kat sekolah.. Ha gitulah cikgu cakap dulu... 

Barang antik

Terdapat booth yang memaparkan banyak barangan kayu seperti keris Dan kraf dipamerkan serta dijual di sana. 

Keris

Alhamdulillah selesai menonton... Tak beli apa..Saja nak tengok hal berkaitan silat. Jarang jarang berlaku.. Kan.. 


Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .