Belanja Adik Ipar Baju Raya kat Butik KACAX, Johor Bahru

Belanja Adik Ipar Baju Raya kat Butik KACAX, Johor Bahru

Belanja Adik Ipar Baju Raya kat Butik KACAX, Johor Bahru || Hi! Korang dah ada baju raya ke? Tak lama lagi bulan Ramadan, lepastu berjumpa dengan hari Raya Aidilfitri . Baju raya antara benda penting yang kena ada time hari raya. Tu bagi aku la. Sunat juga memakai baju baru di pagi raya Pertama tu. Harini nak cerita Kisah minggu lepas, aku Dan adik survey survey baju raya kat Plaza Angsana. Awal awal beli, baru tak kalut! Singgah Butik KACAX, tengok tengok baju raya tuk adik ipar sekaligus belanja dia. Sebab birthday haritu tak bagi apa-apa, so ni kira hadiah lah. Sesekali belanja, apa salahnya. Ye tak? 😁

Kami pergi Butik KACAX yang berada di Plaza Angsana Mall, JB. Masuk Masuk je terus rambang mata. Banyak betul pilihan baju! Design Dan warna baju pun cantik cantik ek! Ada Baju Melayu (Cekak Musang dan Teluk Belanga). Then ternampak kurta (Plain Dan bercorak). Haaa, kurta menjadi pilihan adik ipar aku kalini sebab dia tengok Banyak yang lawa lawa! Adik ipar aku test test baju, kemain posing sakan! 😄 Kalau tengok video, lagi Kelako! Terhibur kak ipor!

KACAX

Dari luar dah nampak deretan baju baju untuk kaum Adam.

Butik KACAX

KACAX yang selesa dan menarik!


Kelebihan Membeli Baju di Butik KACAX

  • Banyak pilihan design yang cantik Dan terkini
  • Banyak pilihan warna yang hot 2024 Dan yang sering menjadi pilihan (Tak lapuk dek zaman)
  • Kain yang selesa Dan sedap dipakai
  • Dari size S sehingga 5XL
  • Ada Baju yang sedondon anak dan bapak 

Ciri Ciri Baju Melayu KACAX

  • Dua jenis: Cekak Musang dan Teluk Belanga
  • Ada design yang boleh pair anak Dan bapak

Ciri Ciri Kurta KACAX

  • Berzip di Bahagian Tepi Baju
  • Ada design yang sedondon untuk pair bapak Dan anak
  • Berpoket
  • Dua jenis lengan (Lengan Pendek& Panjang)
  • Bercorak jalur halus Dan besar
  • Plain colour
  • Pelbagai Warna yang In Trend
Baju Melayu

Cantik cantik warnanya😍 Memang warna yang selalu orang selalu cari. Kain punya lah selesa.

Kurta

Ada zip di bahagian tepi kurta

Baju Melayu

Sedondon bapak dengan anak. Baik baju Melayu mahupun kurta, design Dan warna yang dikeluarkan ada yang boleh dipairkan. So Senang, tak payah pening pening cari lain lain..Ni sebijik ada sedondon bapak and anak! Hehe.. Tinggal cari baju si ibu jer.. Oh ye, ada jugak design baju mak yang sedondon ngan anak Dan bapak di Butik berhampiran, Butik Jamilah namanya.. Hehe

Baju Melayu 2024

Ruanhan Kids. (Dari size 1 Tahun)

Lebih Senang bila ada jual sedondon bapak Dan anak. 

Kurta

Design Dan jenis kurta mengikut peredaran zaman. 

Kurta Raya

Ewah, dia posing! Sama macam model dalam gambar belakang tu tak? 😆

Baju raya

Brother ni video call ayah dia Tanya nak baju raya warna apa kat sini. Ayah dia suka baju Dari brand KACAX ni.. Terharu aku tengok anak belikan baju bapak.. 🥹

Aksesori

Selain daripada tu, ada jugak aksesori lain seperti butang baju Melayu, samping Dan lain lain yang boleh Dan sesuai dipadankan dengan baju baju yang sedia ada. Confirm Nampak segak bergaya di hari raya! Gituhh!

Butik KACAX

Alhamdulillah. Done beli baju raya! Aku rasa, tak sampai raya pun dah pakai kurta tu time Ramadan sebab elok kejadiannya bila dipakai 😃

Lokasi Butik KACAX

⏩ Level 2 Level 3, Plaza Angsana, JB
(10AM-10PM)

⏩ Uda Business Centre (UBC), JB

Uda Business Centre (UBC)
Lokasi Butik Kacax
No. 24, Jalan Padi Emas 1/4, 
Uda Business Centre, 
Bandar Baru Uda, Johor Bahru
(10AM-7PM)

No untuk di hubungi : 019-7341 037 / 019-7351 037

Lokasi Butik JAMILAH

LEVEL 3, PLAZA ANGSANA MALL, JB

And soon, ada booth di B5, Tampoi, JB 😃
























Post a Comment

4 Comments

  1. Untung adik ipar hehe....
    Nampak menarik semua koleksi pakaian kat butik ni 👍

    ReplyDelete
  2. Wah cantik juga yer . Leh usya-usya baju melayu Kacax la untuk adik CCL

    ReplyDelete
  3. Cantiklah butang baju Melayu dia. Jahitan pun kemas. Berbaloi sangatlah kan shopping baju raya di KACAX ni. Auto KACAX!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .