Breakfast di Morning Bakery, Batam

Breakfast di Morning Bakery, Batam

Breakfast di Morning Bakery, Batam || Hari Ahad lepas haritu Nona & friends bersarapan kat Morning Bakery, Batam. Kat sana ada banyak cawangan Morning Bakery ni. Besar tempatnya. Dua tingkat ui! Full house ye. Actually ada baca ramai komen servis tak begitu laju tapi sebab viral, nak jugaklah try yerk. Tempat bersih. Level 2 pun ada toilet disediakan. Tak perlu turun ke bawah kalau nak membuang.

Banyak pilihan roti. Dan Ternyata, memang agak slow servis tapi pekerjanya okay je. Bail layanannya. Bukan makanan je..Minuman pun lambat la ek sampai. Huhu... Nona beli roti bun (Sedia terpapar dalam bekas kaca jualan), Double Eggs& Cheese Burger berharga 25K rupiah berserta Red Velvet Hot (Fresh Milk) berharga 33K Rupiah dan Es Kosong.

morning bakery

Mine. Roti bun dah habis dimakan time ni.. Lapar betul. Haha..Dari JB takut nak makan banyak, risau sakit perut. Sedap je isinya. Roti agak rangup. Huhu.. 

Sandwhich

Menunggu minuman sampai kejung dah cheese dalam sandwhich tu 😅

Mi Siram

Mee Siram. Not bad.  Ini menu mak kawan aku. Rasanya macam Mee Ladna gituh.

Red Velvet

Memula teringin try Hot Red Velvet (Oatmilk) tapi daku order yang susu punya sahaja. Sebab nampak kalau nak letak oatmilk kena tambah harga lagi. Tapi setelah sekian lama menanti, dorang datang Dan inform, susu punya takda stock. Cuma ada yang oatmilk je. Whoa .So amek je apa yang ada. Dah lambat ni. Hhaa.. Bolehlah rasanya tapi macam kurang minat combination oatmilk dengan Red Velvet. Huhu.. 

morning bakery

Ramai banget manusia! Fahamlah why slow sikit order sampai..Maybe kurang kaki tangan jugak..Kan..

morning bakery

Alhamdulillah done bersarapan di Morning Bakery. Maybe lepasni kita cari lain tempat pulak tuk breakfast.. Kalau nak try pun..Try cawangan lain pulak. Soalnya kalau kurang bersabar, memang tak suggest ke sini la sebab memang agak lambat lah bagiku. Er...Next kemana ya beraktivitas? Hehe..


Post a Comment

0 Comments