Buffet Ramadan Citarasa Nostalgia, Amari Hotel, Johor Bahru

Buffet Ramadan Citarasa Nostalgia, Amari Hotel, Johor Bahru

Buffet Ramadan Citarasa Nostalgia, Amari Hotel, Johor Bahru || Bahang Ramadan semakin terasa. Semoga kita semua dipanjangkan usia bertemu Ramadan 2024 kalini. Aamin! Jadi bagi sesiapa yang masih mencari-cari buffet Ramadan yang mempunyai Halal Certified dan sedap menu Ramadan nanti, boleh cuba buffet Ramadan Citarasa Nostalgia, Amari Hotel, JB. 

Nona suka dengan hotel ni bukan sahaja sebab makanannya sedap tapi jugak sebab tempatnya luas dan ada ruangan di luar untuk bersantai-santai. Ini pengalaman pertama jejakkan kaki ke sini, so itulah yang Nona suka kat sini. Bila tempatnya nampak luas dan selesa, barulah keseronokan untuk berbuka puasa tu datang. Makan dengan santai, tak perlu terkejar-kejar dan nikmati semuanya sambil mendengar persembahan LIVE Band. Kalau belanja sampai RM1,000 kat sini, ada chance menang pakej umrah! Wohooo! Jom baca sampai habis!

Buffet Ramadan 2024

Nona with Harissa Spiced Marinated Australian Lamb

Gear Box

Kambing Gearbox Masak Merah Singapore 

Yang ini, korang mesti try kalau datang berbuka. Sedap bethol! Kat sini, ada pelbagai lauk pauk yang disediakan termasuk aneka kerabu dan makanan bakar-bakar. Pencinta nasi? Asalkan nak berbuka mesti ada nasi? Nah, try nasi Dagang Amari atau Nasi Putih atau Nasi Ulam Ulaman! Boleh dimakan bersama-sama lauk pauk seperti Gulai Ikan Tongkol Pantai Timur, Ayam Percik Kelantan, lauk dari Terengganu Kulai Kawah, dan jangan lupa lauk lauk Masak Minang Gulai with Pucuk Paku antaranya ialah Urat Tunjang dan Daging Salai.. Aaaaa! Sedapnya!! Lepastu, pergi ke bahagian aneka kerabu dan ulam-ulamann, sambal-sambal yang disediakan kat sana.

Urat Tunjang

This one lah Urat Tunjang bila dimasak lemak. Tak sangka sedap ek!

Kat sini jugak ada mee rebus, Laksa Johor, Lemang, Mee Soup, Thai Beef Noodles, Penang Char Kway Teow, Chinese Yong Tau Foo dan banyak lagi!! 

Yong Tau Foo

Celurkan Yong Tau Foo dalam air panas dan makan bersama kuah sauce yang disediakan. Nyumm!

Shawarma

Ehh, ada Shawarma lah! Ini stall kat bahagian luar, bersama-sama kambing. satay dan stall nasi ulam-ulaman. Terdapat jugak makanan bakar-bakar di gerai Wood Charcoal Grilled Surf & Turf. Ada ikan cencaru, catfish, lamb shoulder dan macam macam lagi yang korang boleh request untuk dibakar~ Nak makanan beregoreng macam cucur udang, pisang goreng dan sebagainya pun ada di bahagian luar ni. Kat bahagian luar Siap ada tempat duduk Dan meja untuk bersantai ambil angin Dan Nampak la view sekitar JB ni.. I lurv!  

Thai food

Teringin makanan Thai? Sini pun ada! Yihh, sedap!

Nasi Briyani

Nasi Briyani Gam Johor! Yeah, i like! Nasi Dagang pun aku suka! Nasi yang dimakan bersama ulam-ulaman pun aku sukaa!

Tart Durian

Tart Durian

Pelbagai makanan berasaskan durian ada di sini! Tapi ops, buah doyan takdaklah ea. Selain tart durian, ada jugak serawa durian, ais kacang durian dan cendol durian! Haaa..kadang kadang tak panggil durian, kita panggil doyan! Ngehheheehe..

Red Velvet

Nampak hijau, tahu tak dalamnya flavour apa? Haha.. This one ialah Red Velvet! Rasa empuk je! Haha.. Aku suka bahagian dessert kat sini! Meriah! Berdekatan dengannya ada buah-buahan, pelbagai jenis bubur seperti bubur sago, dan pengat pisang. Kuih muih pun disekalikan kat sini. Kueh Koci tu aku ngidam! And then minuman pun bukan setakat dua tiga jenis tapi berjenis-jenis! Ada air tebu, Assam Boi, Sirap Selasih dan macam-macam lagi ler. Aiskrim pun of course ada. Buat sendiri kat mesin aiskrim tu..Nyaman! 

Overall, aku suggest sangat buffet Ramadan kat Amari Hotel ni! Padu beb! Tak sia -sia try! More pictures, Nona simpan kat Facebook Nona. Sila ler terjah! Hehe..

POSTER CITARASA NOSTALGIA BUFFET


Segala info, boleh refer seperti dalam poster di bawah ye. 

Hotel Amari

Contact Number Hotel Amari for Buffet Ramadan

+60167768547

Surau di Level Berapa

2 & 9

Ok, dah.. Jom berbuka puasa di Hotel Amari, Johor Bahru!














Post a Comment

4 Comments

  1. Banyak menu nostalgia ye seperti temanya. Unik betul luar warna hijau dalam red velvet rupanya. harga macam boleh tahan juga tu. Wahh bertemakan perempuan melayu terakhir Nona.

    ReplyDelete
  2. Gerammm kann nengok dessert diaaaa

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .