Ebook Si Cantik Mardiha oleh Ida Anuar || Ebook Si Cantik Mardiha mengisahkan tentang Hazran yang dikhianati tunangnya, Syafinas (kantoi bercinta dengan abangnya, Adli) Dan si Cantik Mardiha yang dicurangi suaminya (Berkahwin dengan perempuan lain di Thailand selepas tiga hari perkahwinan mereka). Hazran Dan Mardiha membawa diri dengan bekerja di tempat yang jauh Dari rumah masing masing sekaligus mengubati hati yang terluka Dan tersakiti.
Takdir menemukan mereka di kampung Hazran. Mak Kiah, emak kepada Hazran sangat rapat dengan Mardiha sepanjang Mardiha Tinggal di sebelah rumah. Namun begitu, jiwa Hazran Masih membeku untuk membuka hati lagi setelah lama berlalu episod duka. Kehidupan Mardiha kembali bermasalah apabila bekas suaminya (Haidar) datang menagih kasihnya kembali. Gila talak orang cakap. Langkah seterusnya adalah........

REVIEW EBOOK SI CANTIK MARDIHA
Ebook Si Cantik Mardiha ni berjaya memainkan emosi aku sebagai wanita. Sebut tentang kekeluargaan, kecurangan, Dan perihal cinta sering Kali mengasak jiwa. Pedihnya bila orang yang kita sayangi curang Dan lebih teruk apabila dengan ahli Keluarga sendiri. Nauzubillah.. Ya, kisah dalam Ebook Si Cantik Mardiha membuat aku marah, sedih Dan kadang kala tersenyum sendiri bila membacanya! Keluar je part kena curang, bapak tak suka Dan kena fitnah, fuh..dada terasa berat..
Walaubagaimanapun, aku paling suka part Mak Kiah bila berkata kata! Hehe! Kelakar Dan sempoi tapi ada masanya memang menusuk ui! Biasalah, orang tua tua bercakap. Ada jela nasihatnya. Anak Mak Kiah, si Hazran pun boleh tahan kelakar dengan sikap bekunya tapi bila angin kus kus datang, memang keluar Muay Thai dia 😌
Penulis membuat aku terbayang bayang seorang Mardiha yang cantik Dan Mempunyai sikap yang baik terhadap orang sekeliling. Aku nak jadi Macam Cikgu Mardiha ni tapi tak nak lah perangai lembik tu! Kena pijak Kang dah satu Hal. Ebook ni ada happy ending, memang best baca! Sweet moment tu maniss betol ek! Si CANTIK MARDIHA ni gatal tapi dengan lakik sendiri lah. Kekeke..
PENGAJARAN DARI EBOOK SI CANTIK MARDIHA
1. Sebuah Keluarga harus lebih mempercayai keluarganya berbanding orang luar.
2. Setiap kejahatan pasti ada balasan.
3. Setiap keburukan yang berlalu, pasti terselit kebaikan lain di kemudian hari.
4. Berhati hati menghadapi fitnah.
5. Bagus ada CCTV Dan Dashcam kat rumah Dan kereta. 😄
6. Berhati hati dengan orang gila talak! Yihhh!
7. Cintai Diri Sendiri sebelum Mencintai Orang Lain. Jaga Iman dalam hati.
8. Bertuturlah dengan lembut kepada suami sendiri Dan Layan dia sebaiknya.
Ok, Nona suka ebook ni! You guys bolehlah baca. Takda konar konar or plot twist ye. Bagi yang nak membacanya, boleh contact terus dengan kak Ida:
+60186616108
1 Comments
Wah, drama keluarga sampai ada Muay Thai sekali! Si Cantik Mardiha ni bukan main, cantik je tapi power jugak bila kena angin kus kus. Patutlah happy ending, mesti penat dah layan segala gila talak dan fitnah! eh aku cakap apa ni? hahaha
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .