Happy Birthday Emak Nona

Happy Birthday Emak Nona

Happy Birthday Emak Nona || Baru baru ni birthday emak Nona. Semakin menua. Tapi Tetap nampak remaja lah mak saya! Ehek.. Semoga emak Nona diampunkan segala dosanya, diberkati Allah, dipanjangkan usia ke tahun 2026 dan seterusnya serta sihat sihat menuju ke hari tua. 

So di kesempatan masa yang ada haritu plus aku dapat balik awal sebab tulang sakit disebabkan beberapa perkara. Next, lepas jer bangun tidur Zuhur tu, terus bersiap siap ke tempat makan. Aktiviti makan makan start lepas asar. Tempatnya tak jauh pun dari rumah. Cuma lima enam minit gitu dah sampai. Senang bukan. Parking pun banyak. Tempat biasa tapi tempat istimewa bagi kami sekeluarga. Syukur.

kek birthday

Special for my mom. Cantik ker cute? 4 inch tinggi..

Murah, tak sampai RM57 pun. Sedap, manis secukup rasa. Terima kasih ye kak Nurul bagi contact number. At first nampak kek birthday akak tempat kerja tu cantik. Teruslah nak try! 

Special menu haritu? Aku order awal Ikan Siakap Tiga Rasa, telur Dan sayur kailan ikan masin. Lepastu dah sampai sana baru order sup Daging. Ngam sedap masakan kedai kegemaran kami ni! Huhu.. Puas hati dapat makan semua secara beramai ramai. Adik aku yang duk KL pun turun sekali Cuma adik bongsu and husbandnya takdak. Sebab memasing ada hal. Huhu.. Next time ler ye..

ikan siakap tiga rasa

Ikan Siakap Tiga Rasa. 
Jarang makan. Tapi special day kan..Order lah special sikit dari biasa. Hehe ..


Next order tu ada telur dadar dan sup daging tapi  tak bergambar sebab time dah start makan baru plan tambah lagi menu lain. Silap aku, tak cakap nak telur dadar. Itu keluar telur mata.. Huhu..

Apa pun, Alhamdulillah! Syukur pada Allah di atas segala nikmat yang diberi.. Moga Allah makbulkan doaku buat emak tercinta ✨


Notahati: Sambung menaip entri ni dalam feri. Nantikan cerita selanjutnya~



Post a Comment

0 Comments