Makan Makan Ikan Pancing Sendiri kat Restoran Bara Stulang, Permas Jaya, Johor Bahru || Satu pengalaman menarik makan makan kat Restoran Bara Stulang JB yang kini berada di area Senibong, Permas Jaya! Nona pergi haritu sebab tengok IG dorang re- opening semula setelah penutupan restoran yang kat Stulang tu.. Lokasinya kalini tenang dan damai sebab bersebelahan je kawasan tempat memancing! Kalau nak memancing kan kena sebuah tempat yang tenang! Baru ikan datang..Ye tak? Hehe.. View pun tenang, sedap mata memandang lagi lagi datang situ time senja menyapa.
Kenapa Nona cakap pengalaman menarik? Ianya sebab Nona sebagai customer kat situ boleh pancing sendiri ikan segar yang nak dimakan! Ya, pelanggan Restoran Bara Stulang dibenarkan memancing di kolam khas untuk pancing ikan fresh yang nak dimasak dan di makan di sana. Kolam khas ni memang confirm ada ikannya. Tak perlu tunggu lama pun tuk dapat ikan sebab dorang dah letak ikan sesiap dalam tu.. Depends pada korang nak makan berapa ekor ikan. Pancinglah dan terus masak, makan kat sana! Nasiblah dapat ikan apa masa tu. Hehe. Ada empat jenis ikan iaitu Ikan Kakap Merah, Kerapu, Jenahak dan Ikan Merah.

Senja Menjelma, Perut pun Lapar..
Inilah Pak Akob Kolam Pancing

Muka excited dapat seekor ikan setelah berkali kali terlepas 😁
Oh ya, Joran dan umpan pakai sana punya je. Melainkan nak pancing kat Pak Akob punya Kolam Pancing tu, haa..Itu bawak sendiri barang dan bayar lain harga. Kolam khas ni terpisah dengan kolam luar yang kebiasaannya berejam mancing tu. Huhu..
Ikan bakar berserta sambal. Umpphhh mantap!
Ikan yang disebut di atas tadi kita leh request nak masak apa jenis masakan. Ops, Ikan Siakap tak termasuk dalam kolam khas untuk dipancing tu, ianya ikan promo tau. Kalau tak nak mancing, takpa. Banyak menu lain seperti Sotong Goreng Tepung, ikan Siakap Bakar, Tom Yam Seafood dan lain lain menu, bolehlah order terus je kat kedai.
Ikan Steam Lemon. Favourite sebab lembut! Padu!
Harga Ikan (Flat Rate)
RM12 Per 100 gram
Promo Menu
Ikan Siakap Bakar berserta Sambal: RM15 sahaja for first order.
Sotong Salted Egg. MUST TRY! Worth it!

Dan menu menu lain yang sedap belaka!
Datang sini mesti pekena seafood lah! Baru ngam ngam soi! Bawak sekeluarga datang, meriah! Lebih lebih lagi kalau Sambil mancing, sambil Makan minum! Fuh, syahdu!
Berseleranya mak saya makan! Alhamdulillah! Belanja mak. Ni kira advance birthday treat lah! Haha..
Kemudahan Di Restoran Bara Stulang JB
1. Parking FREE, banyak dan luas.
2. Toilet
3. Bersebelahan Pak Akob Kolam Pancing
Kaki Pancing yang suka memancing, bolehlah memancing kat kolam Pak Akob yang luas tu. Nak Makan Minum pun dah Senang sebab ada Restoran Bara Stulang Laut kat sebelahnya, beroperasi sampai jam 2 pagi! Mana tahu dapat ikan banyak, boleh mintak tukang Masak Restoran tu tolong masakkan sekali. Upah lain harga la ye..
Alamat Restoran Bara Stulang JB (Permas Jaya)
Waze terus ke Pak Akob Kolam Pancing
📍 13, Jalan Persiaran Senibong, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor
Masa Operasi
Restoran Bara Stulang: 4PM sehingga 2AM
Kolam Pancing: 24 jam
Contact Number
Hubungi 016-4020350
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .