Sambutan Maulidurrasul 1447H Peringkat Pasir Gudang, Johor

Sambutan Maulidurrasul 1447H Peringkat Pasir Gudang, Johor

Sambutan Maulidurrasul 1447H Peringkat Pasir Gudang, Johor || Masih dalam suasana Maulidurrasul. Selawat dan Salam buat Rasulullah S.A.W. Sentiasalah berselawat lebih bukan sahaja pada bulan Maulidurrasul. Semoga kita mendapar syafaat di akhirat kelak. Harini Nona join program Sambutan Maulidurrasul 1447H Peringkat Pasir Gudang di Dewan Serbaguna, TMIYC, Pasir Gudang. TMIYC merupakan salah stau tarikan baharu di Pasir Gudang ni. Pelbagai aktiviti telah diadakan dan ada pelbagai jualan dari peniaga food truck ka sana. Nice!

Malam tadi ada program berselawat kat sini tapi Nona tak pergi sebab balik kerja lambat. So harini alang-alang amek cuti half day, Nona singgah sini kejap untuk memeriahkan sambutan Maulidurrasul.. Hehe... Di samping itu, aku nak tengok suasana kat dalam sebab tak pernah naik ruangan atas bahagian dalam bangunan ni. Plus ada artis jemputan dari kumpulan Far East membuat persmebahan dan of course pengisian ilmu yang lain. Ye, ada forum perdana sekali diselitkan dengan selawat dan diakhiri dengan jamuan makan berdulang.

Maulidurrasul²

Sambutan Maulidurrasul

Pasir Gudang

Ada screen yang dipasang kat atas ni. Tak perlulah nak menjenguk ke bawah, kan. Hehe..

Dewan Serbaguna TMIYC

Majlis dah nak habis. Persembahan dari artis. Kutunggu tunggu lagu ni dari awal. Haha..Nak tengok dorang nyanyi LIVE! Aku minat lagu 'Menanti di Barzakh' yang dinyanyikan Kumpulan Far East ni. Zaman sekolah dulu, cikgu selalu pasang bila ada kem motivasi atau usrah di Hari Jumaat. Liriknya sebak, menakutkan dan menginsafkan. Time dengar tu bebetul buat insaf seketika.. Rasa nak menitis air mata kalau hayati liriknya. Cubalah you all dengar sekali. Dengar dan fahami sorang sorang. Confirm menusuk ke jiwa! Huhu..

Nasi Briyani

Makan Berdulang. Banyak betul lah. Terlebih cukup bagi kami empat orang. 

Bunga Telur

Bunga Telur as a gift. Alhamdulillah. Thank you!





Post a Comment

0 Comments