Beli Kuih Serabai Kuah Durian kat MaQan Food Fest 2025, Plaza Angsana, JB|| Baru baru ni, settle je kerja kat area Tebrau, teruslah aku ke MaQan Food Fest 2025, Plaza Angsana, JB with my beloved mom. Alang alang dah keluar rumah. Kita Teruskan perjalananan. Festival ni memang saban tahun pun berlangsung setakat ni.
Nona ternampak satu kuih rare Dan jarang dijumpai di sekeliling Nona. Tengok pulak kuahnya tu ada kuah durian plus ramai yang beratur maka haruslah daku try jugak takut teringat ingat kalau tak Cuba.. Kuih Serabai Kuah Durian namanya Tapi ada je kuah kuah lain selain durian yang dijual. Cuma pada asalnya memang lebih menyelerakan bersama kuah durian lah. Ianya popular kat Melaka, Dan Pulau Pinang. Patutlah jarang jumpa kecuali dalam festival makanan Gini.
Kuih Serabai ialah kuih tradisional Malaysia yang diperbuat daripada tepung beras dan nasi, dimasak nipis seperti lempeng dan dimakan bersama kuah manis gula melaka dan santan, atau kuah durian.
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .