Teruskan Bersabar Nona! || Entri peribadi ke ni? Mungkin. Nona nak membebel, meluah rasa Dan mungkin terbuka untuk meminta pandangan pembaca? Adalkah berkenaan jodoh? Err..Tidak.. 'Keluarga?' Pun tidak! Hal berkaitan kerja. Dunia pekerjaan. Rasanya kalau aku tak share link kat What's App status, takda lah rakan sekerja yang membacanya. Haha..Kalau terbaca, terima jelah ek.
Jujur cakap, aku punya rasa nak give up Dan boring tu ada. Bukan boring sebab kerja tak banyak. Atau takda kerja langsung. Kerja mana pernah habis nok! Tapi sebab sistem yang adakalanya memeningkan Dan menyakitkan hati.

Uhhh! Dah 10 tahun kerja, Memang saban tahun ada la Beberapa kali cakap nak berhenti sampai kawan kawan perempuan yang saing saing batch aku masa awal awal masuk pun banyak dah berhenti (Lain department). Itu pun dah menyedihkan la at first. Surrounding bertukar geng, teman, bos Dan kewujudan newbie. Ok je ada orang baru, kita pun dapat pengetahuan gak dari otak otak fresh dorang ni kadang kadang.. Aku takda masalah sangat dengan yang tu.
Cuma start tahun ni, sejak timing kerja aku bukan lagi normal which is 08.30pagi bertukar masuk shift, (7am Dan 11am), aku macam krik krik Jap. Haha.. Dulu masa interview masuk kerja normal, after almost 10 years kerja sini, aku kena masuk shift sebab Memang dah takda orang sangat dah. Partner sebelumni berhenti, then next tu berpindah Department. Department aku Memang ada empat orang tapi Dua atas tu exec so tinggal aku dengan sorang member laki (baru)
Apa yang membuat aku takleh bla ialah cuti annual year yang boleh carry forward ke next year ialah empat hari sahaja. Aku punya lah banyak annual leave, macamtu je kena burnt kalau tak habis. Berbelas gak cuti aku tahun ni setakat sampai bulan ni. Hehee..
Bukan tak nak pakai atau habiskan cuti. Tapi aku ni ada gak la common sense. Kadang tempat kerja ni, ada time bila dorang dah push dapatkan sales,aku punya timing kerja sampai Lebih 8 jam gitu. OT Memang dapat, tak pernah missed lah. Bagus! 'Poket koyak' la orang cakap ek. Cuma kalau lah aku plan nak cuti Dua atau Tiga hari berturut turut, kesian member kena cover sampai habis. Sebagai contoh, masuk shift 7 pagi. Lepastu Salah sorang dari kami nak cuti. Time tu order banyak masuk, production tak dapat buat laju, atau ada transport issue.. So memang kena kerja sampai kul 10 atau 11 malam, and then besoknya member yang cover tu kena masuk lagi 7 pagi lagi keesokan hari sebab Salah seorang dari kami cuti. Ko ngase? Bapak penat kan.. Hal ni bukan hari hari pun. Depends pada order tapi kerap kali berlaku tu ada jugak. OT Memang lah OT. Syukurrr tapi badan sakit sakit...Sendirik tanggung kan..Haha...
Aku merungut pun tak dapat apa melainkan sendiri tarik hand brake. I know that..Huhu.. Just berfikir Dan berfikir lagi. If I not stop and wait, what will happen next? Ada good news agaknya? OR Maybe kali ni kena talk to myself, why not you stop and see how is it? Keep thinking oi! Usia macamni aku Memang dah tahap malas nak cari kerja lain plus banyak benda aku belajar kat sini but sampai bila nak jadual kerja macamni ye? Huh! Dilemma.
Jadik apa je boleh cakap buat masa sekarang? Teruskan Bersabar Nona! Allah akak datangkan yang terbaik buat kehidupanmu. Ini mungkin doa doa kau dulu, nak duit Lebih. Tapi kau lupa nak berdoa nak duit halal yang Lebih Dan kerja yang stabil jadual kerjanya. Maybe kena tukar cara berdoa lah ni. Ye tak? Di samping berusaha cari kerja lain.. ? Aku tahu Memang banyak kerja lain yang mencabar kesabaran Dan Lebih banyak orang yang susah kat luar sana. Tapi aku punya tahap kesabaran tu maybe tak sama dengan orang yang kerja susah susah. Pernah je set kat otak ni, "Cuba kau tengok orang yang lagi susah kerjanya daripada kau". Tapi now lain situation which is over my limit yih!!!
Berkenaan perangai manusia Memang macam macam sebab diri sendiri pun perangai memacam.. Khen! Hm. La Tahzan, lihatlah orang yang Lebih tinggi kesabarannya berbanding dirimu, Nona! Urghh..I have my limit too! Grrrr..
Bulan Disember ni, cukup lah 10 years bekerja di tempat kerja sekarang. Sedekad Tau! Tak terlalu lama Dan Tak jugak terlalu singkat tempoh masa tu. It's hard to say bye bye but it's so sick to manage this feelings and situation! Do i need a BREAK or BRAKE? Tolong pray for for me okay?? Bagi sikit kata kata semangat yang padu mantap atau suggestion yang bernas! Hahaha.. Love you all!
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .