Brunch dengan Beef Soondubu Jigae (Korean Food) di Restoran Dubuyo, Mid Valley, JB

Brunch dengan Beef Soondubu Jigae (Korean Food) di Restoran Dubuyo, Mid Valley, JB

Brunch dengan Beef Soondubu Jigae (Korean Food) di Restoran Dubuyo, Mid Valley, JB || Semalam Nona dengan insan kesayangan buat medical check up 2025 kat salah satu hospital swasta. (Got Promo prices). Pagi pagi sampai buat test semua, then kena tunggu sampai pukul 2 petang baru dapat result. Sementara menunggu result, kami 'berbuka puasa' kat Dubuyo, Mid Valley, Johor. Since malamtu dah berpuasa sampai ke 11 pagi keesokan hari demi untuk mendapatkan result yang valid semasa medical check up. Hehe..

Ini merupakan kali pertama Nona makan Urban Korean food kat Dubuyo! Excited pulak nak try meskipun dah lama kewujudannya kat mall tuh. Sekadar lalu depan Restoran tu memang selalu.. Tempat yang Bersih dan teratur. Buku Menu dah ada siap siap atas setiap meja. Tak perlu tunggu buku menu diberi. Ramai jugak yang datang Makan masa kami sampai sebab its lunch time. Apa yang lebih penting, Duboyo ada HALAL Cert tau! So tak perlu ragu atau was was lah. Peminat Korean Food mesti selalu datang sini ek?

Dubuyo Mid Valley
Our Brunch! 

Masing masing order set Siap dengan nasi. Lapar betul walaupun aku dah alas perut dengan karipap hospital Dan roti Kopi lepas check up tu. Haha..Mana taknya, lepas check up, singgah Larkin Junction mall Jap untuk tengok tengok apa yang ada kat sana. Briskwalk ke beberapa tingkat dalam mall tu.. Takda pulak menu Korean food kat situ jadik kami ke Mid Valley, JB lah. Around 17 minutes je Dari Larkin Junction. 
Adik aku pilih menu namanya Dak Galbi Dan set lain.

Beef Soondubu Jigae
Beef Soondubu Jigae set

Nona amek set Beef Soondubu Jigae. Terdapat tauhu, daging, telur, nasi dan tiga jenis side dish dalam set ni! Ia adalah set offer pada hari tersebut. Kalau nak ikutkan RM24 macamtu tapi sebab ada offer, harganya jadi below RM20 gitu! Siap dengan pilihan tiga jenis air. Nona choose Teh Barley sejuk. Memula datang air tu, aku dah pelik..Asal kaler gitu? Aku fikir air Barley kaler putih. Oh sebab kan ada teh namanya. Of course la gitu warna airnya! Kekeke..

Korean Food

Nice, tak tawar sangat atau masin. Bukan rasa sup biasa atau tom yam, susah jugak nak describe ek! Haha.. Rasa Tauhu ler. Can imagine? Aku tak hirup macamtu je tapi campur kat dalam mangkuk nasi tu. Nikmatnya!! Teras berada di Korea bila makan makanan Korean! Hihi.. Nona bukan peminat tauhu tapi sebab ada telur kat dalam, kasik try satu kali lah. Not bad combination tauhu, telur dan daging tu berserta daging Parsley. Cuma aku fikir ada pedas sikit tapi non ado rupanya. Aku pun tak bertanya banyak. Ok kan aje sebab dah namanya mencuba sesuatu yang baru.

Ops.. minuman pulak terasa sedikit tawar. Maybe memang untuk kesihatan. Aku krik krik Jap tapi boleh mintak tambah Gula. Dorang bagi air Gula perang yang dah Siap dibancuh. Haa.. Barulah ada Manis Manis dik! 

Lepasni boleh try menu spicy macam Ramen pulak. Nyumm! Nampak sedap gak tu. Oh ya, Aku bertambah suka sebab tak lama sangat menunggu makanan sampai. Pantas Dan efficient. 

Dubuyo

Ruang dalam Restoran Dubuyo, Mid Valley, JB. Outlet tempat lain tak tahu Macam Mana ye. Belum pernah pergi. Next time boleh try and repeat Makan kat Dubuyo lah! Puas hati Dan tekak! Lagi syok kalini ada orang yang belanja Makan! Hahaaha..Semoga dilimpahkan rezeki Dan berbahagia Dunia akhirat buat yang belanja ni. Baik hati orangnya! Love youuu! Adikku! Hehe ..




Post a Comment

0 Comments