Makan Makan Birthday kat Spoon and Fork & Dessert, Taman Kota Masai, Pasir Gudang|| Birthday anak member bulan lepas. Haruslah berkumpul Makan makan dan gosip gosip sikit menceritakan kisah kehidupan.. Ewah! Rindu la ek budak comel Dua ketul tuh (Anak member: Sorang laki, sorang girl) Hehe.. Cun cun timing aku dapat balik kerja awal time tu. Alhamdulillah. Maka menjadik aku Makan gather gather ngan dorang.. Bila si Rabitah bagitau, barulah kutahu kedai Makan baru area Taman Kota Masai ni. Huhu.. Dah lama dah tutup kedai Makan sebelumni. Memang area Eko Perniagaan Kota Masai tu Banyak kedai bukak tutup Dan silih Berganti.
Spoon & Fork Western & Dessert ni menyediakan pelbagai menu western, ada jugak menu yang diffusion kan macam menu yang aku makan tu. Rambang mata nak makan apa. Dan aku tertarik dengan bekas makanan berbentuk kereta untuk kids meal set tu. Bebudak pun mesti suka lah. Cute!! Tapi tak perasan pulak kek kat situ. Macam takda.. Lain kali lah tengok balik. Haha...
Ours
Mine. Spicy Spaghetti Chicken Cili Padi.
Agak pedas tapi tidak terlalu spicy. Portion cukup tuk makan malam. Tapi kalau makan siang ni dan perut tengah lapar betul, taklehlah menu ni. Tak cukup nanti! Ehek.. Mee Dan ayam tu lembut. Risau jugak kalau Mee nya kejung tuk menu dry camni. Huhu..Selamat okay.. Licin gue Makan!
Member semua cakap sedap menu pilihan yang dorang Makan. So far okay, ngam dengan tekak. Kiranya boleh repeat lagi lah next time. Tak terlalu muak, secukup rasa semuanya. Memuaskan hati dengan apa yang dibayar. Oh ya, Restoran beraircond lagi. So just nice. Aku suka lah!
Menu Dinner Kami Pada Haritu:
Zoom in. Beli set Mantao with Creamy Clamp Buttermilk. Fuh,sedap jugak lemaknya! Secukup rasa! Kena try lagi kalau dapat. Harga agak pricey tapi okay je Sesekali makan.
Emm..ada cerita lain pasal menu Mantao ni. Camni... Memula aku dah terorder Ala carte Mantao sebab tak perasan set clamp tu dah siap dengan Mantao. Masa order start sampai, sempat aku cancel so tak dapatlah Mantao ala carte tu. Cuma yang terkejutnya bila tengok balik resit, ehhh..masuk list lah Dan aku dah Siap bayar untuk makanan yang dibatalkan tu. Hahaa.. Salah sendiri sebab aku pun tak tengok cecepat time dapat tu. Bila balik rumah bagi gambar kat dorang, laju members highlight kat aku. Hahahaha...cuai Nonaaaa! 😢
Is it cute?? I think yes! Nak try cari kat
Shopee.. Boleh bagi buat hadiah kat anak member, bagi semangat Dan selera makan bertambah. Hiuhiu..
Interior design yang menenangkan.
Semoga perhubungan kami sentiasa dilindungi Allah Dan dipanjangkan usia memasing.
Dorang nak tengok aku kawen katanya..so please bersabar, terus sihat Dan kuat okay! Hahaha..
SUBHANALLAH makin besor makin cute ini budak!
Happy Birthday Fatima Naaila comel sayang! Semoga kamu membesar jadi anak yang baik, solehah, bijaksana, Dan insan berguna kelak. Aamin ya Rabb!
Notakaki: Rindu pulak kat budak Dua ketul tuh..
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .