Throwback 2024: Join Competition Sempena Deepavali Celebration kat Tempat Kerja

Throwback 2024: Join Competition Sempena Deepavali Celebration kat Tempat Kerja

Throwback 2024: Join Competition Sempena Deepavali Celebration kat Tempat Kerja || Lama punya throwback. Setahun punya cerita baru release. Hahahaa... Last year department QA QC Join Competition Sempena Deepavali Celebration. Aku terkejutz bila dorang bebetul serious nak join! Speechless sebab bab menghias Dan deko Deko ni bukan kepakaran aku la ek. Tapi disebabkan ni aktiviti berkumpulan, aku layankan aje lah! Hahah..Banyak Otak Dan tenaga orang lain boleh digabung untuk menjayakan competition ni kan~ Why not give support, rite?

Deepavali Decoration Competition dan 'Kolam' Competition merupakan satu pengalaman menarik sepanjang aku bekerja kat sini! One of aktiviti yang merapatkan ukhuwah? Yeah, i think so! Jom baca lagi entri yang agak panjang ni. Setahun punya story aku peram😄 Dari rasa terpaksa kepada rela~

Lighting
Happy Deepavali kepada yang menyambutnya. 
Semoga terus bercahaya kehidupan kalian. Ini gambar last year. Salah satu barang perhiasan kami dalam Deepavali Competition. Nice giler kan??
Deepavali Competition

Usaha menghias office dengan penuh semangat! Dalam team kami ada Indian, lepastu kumpul idea semua termasuk pendapat dari exec kitaorang, haa.. bersatulah kami merealisasikan plan tersebut. Terdapat sedikit kesulitan bilamana kita kena belanja Mengikut bajet yang diberikan. Yela..sapa nak keluarkan bajet terlebih melebih pulak kan untuk aktiviti camni. Haha.. 

Tapi emm.. zaman sekarang, barang pun dah mahal. Kain putih yang digunakan sebagai background tu kami sendiri beli baru tau. Masa ni pun dah terfikir rasa nak beli kain jenis satin shining lebih menawan.Tapi over budget. So beli je kain putih biasa. Huhu.. Lega sikit dah ada kain. Kenapa kena ada kain? Sebab background sekitar tu penuh dengan rak file Dan tak cantik la Senang cakap. Kalau nak hias rak pun Macam tak ngam. So lebih Senang tutup guna kain putih bersih. Kain Saree? Ada tapi guna buat lilit kat tangga. Next, budget digunakan untuk beli kertas warna, manila kad, bahan bahan lain seperti gam yang berkualiti, lilin perhiasan dan lain lain. 

Decoration Competition

To me, memang susah weh lagi lagi kalau kurang creative macam aku ni. Lipat lipat bentuk kipas pun tak sama saiz! Haha.. Tersalah tampal lah, tersalah gunting la.. Bentuk origami tak jadik la..Lupa step buat origami lagi. Ada part kena masukkan benang, siap jahit sikit. Give up rasa! I kenot la..Tapi cuba lagi, dan cuba mana yang boleh. Bila part leceh leceh, orang lain ada untuk membantu. Terima kasih yang mengajar aku. Susah nok! 

Camana dalam busy busy bekerja, sempat buat gunting gunting, gam gam, gantung sana sini..semua benda la ek? Ya, inilah namanya pengorbanan!!

 Kadang time rehat, atau kerja dah habis, luangkan masa jap sambung buat ni, then ada orang yang gunakan hari cuti (shift person), sanggup datang membantu beberapa jam, ada yang masuk awal sebelum timing shift dorang untuk tolong tolong dan ada jugak yang siap bawak balik rumah sambung aktiviti. Selain tu, ada yang mintak tolong anak buatkan origami merak. Gigih memasing ye?! Sebab kami percaya, usaha yang gigih membuahkan hasil yang sepadan dengannya. InshaAllah mudah mudahan! Ye, sambil berusaha, kita berdoa. 

Ada sesuatu yang tak kusangka, uncle siap bawak pokok Pisang real di malam hari untuk hias tangga lab kami. Takda gambar tapi video ada. Tentok gambar last, aku bergambar dengan pokok pisang. Perghhh lagi mantap Uncle Ramu! Betul betul kita usaha nak buat vibes macam pergi beraya hari Deepavali ye! Hehe..

Kolam Competition

Pada hari penjurian, ada jugak pertandingan buat 'Kolam'  Merak yang kat atas tu hasilnya. Gambar kat bawah tu, 'kolam' dalam office kami. Bila judges masuk, memang akan nampak 'kolam' ni terpampang situ. Welcoming them. 


Our team with the judges. Love my team yang rajin, creative dan bekerjasama. Nona siap bawak microphone ye.. Jangan memain! Gelang aku pakai, baju raya pun aku dan Uncle Ramu pakai tau! Rajin tak rajin nak tukar tukar pakaian. Hahaha. Selamat ada 'bilik salin' kat office ni 😜

Pertandingan Menghias

Finally. Menang tempat Kedua dalam pertandingan menghias dekorasi Deepavali Celebration Dan hadiah saguhati untuk 'Kolam' competition. Syukur. Lega. Tenang dah settle setelah berhari hari hustle. Ye weh, hustle jugak rasanya ek! Hahah.. Tahun 2025 tukar competition lain... Fuh, Selamat! Tapi Banyak barang barang yang disimpan. Nak buang, sayang ek! Kahhh! Tunggu la next competition kalau ada lagi... Simpan sampai reput~

Deepavali Celebration

Nona with pokok Pisang in the lab. Ye, untuk ke ruangan office atas kena naik tangga tu. Tangga kami dihiasi dengan kain saree, pokok Pisang, Bunga bungaan hiasan, sampul duit raya, lampu lip lap lip lap Dan lilin wangi. Lepastu tutup lampu. Haaa.... Vibes Raya Deepavali sudah Mari! Kekekeke. Cahaya Deepavali! Wahhh. Excited!

Bila teringat balik berapa gigihnya memasing untuk siapkan segalanya, boleh bergenang air mata jugak! I will kee this moment tightly. Yes..Dan simpan sini kenangan yang takkan berulang. Mungkin Tahun lain, team dah berubah, ada yang berhenti kerja, orang baru pulak masuk. Betul tak? So inilah memori 2024 yang ada. Waktu yang diluangkan bersama untuk menjayakan sesuatu misi. We did it guys! Aaaaa....Sobbbs!












Post a Comment

0 Comments