Wordless Wednesday: Lunch Penuh Pinggan Berharga RM9.90 Saja di Owl Cafe, Masai

Wordless Wednesday: Lunch Penuh Pinggan Berharga RM9.90 Saja di Owl Cafe, Masai

Wordless Wednesday: Lunch Penuh Pinggan Berharga RM9.90 Saja di Owl Cafe, Masai 

Owl Cafe

Penuh Pinggan saya! 

Cuba kira ada berapa lauk Nona ambil? Nasi pun ada tu tapi amek suku sahaja. Total lauk kalau tak silap, ada lebih kurang 12 lauk dalam sepinggan tu! Wowww! Syokk! Murah betul dah ni! 

Ikan Keli Masak Lemak, Ikan Jacket Masak Sambal, Ikan Patin, Ikan Asam Pedas, Ayam Sambal, Ayam Masak Lemak, Sayur Batang Keladi , Sayur campur bersama Suhun, Ulam ulaman, timun, Sayur Bayam Tumis Air, Dan Sambal Belacan. Air FREE! Ada air masak, the O, Dan sirap berserta ais disediakan. 

Semua lauk pauk bila digaul makan, sedap rasanya! Nyumm! Maybe sebab dah terbiasa makan buffet, so bila amek lauk bebanyak dalam sepinggan,  Tetap boleh licin dimakan uii! Tak kekok nak makan. Mak cakap nasi ti ada macam keras sikit beberapa butir tapi aku tak merasainya. Maybe sebab tak terkena part tu ataupun banyak kuah dah atas nasi tu. Hehe..

Ikan Patin

Licin ye Nona makan dengan penuh selera Dan nikmat!

Ya, nampak tak.. Banyak jugak lauk Pauk. Selalu beli beberapa Jenis lauk, harga dah Lebih melebih ni. Huhu.. 

Kedai Makan Tengahari Murah

Lunch buffet murah

Aneka Lauk Pauk yang menyelerakan. 
Aku cari telur goreng, tapi takda pulak. Haha..

Masai

Air FREE

Owl Cafe

Antara tempat duduk yang ada kat bahagian dalam. 

Belibis Road

Apa yang penting, makan ikut kemampuan. Jangan nak rasa rasa je tapi time makan, tak habis. Membazir tu... Ramai orang lagi boleh makan kuantiti yang berlebihan tu tau. 

Oh, nak try ke? Boleh jenguk Tik Tok Owl Cafe ni. Rajin dorang buat LIVE. Suggested place!! Dekat je dengan kedai kain kat Masai nun! Huhu..  Alhamdulillah! Terima kasih abah, belanja kami. Semoga Allah limpahkan rezeki buatmu, Abahku. Sihat selalu ya!


Post a Comment

2 Comments

  1. Pergh!! Macam tak percaya tengok lauk penuh gitu cuma bayar kurang RM10!
    Dah la ada ayam, ikan segala. Rezeki Nona dan penduduk di sana la kan.
    Moga Allah murahkan rezeki pemilik kedai yang baik hati ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah..Tuhlah tu...Alhamdulillah.. Rezeki.. Terbaik kan...Berbaloi..Sampai malam kenyang..Hahaa..

      Aamin..Moga dilimpahkan rezeki buat pemilik kedai tersebut. InshaAllah!!

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .