Jamuan Akhir Tahun 2025 kat Tempat Kerja || Semalam berlangsungnya majlis jamuan Akhir Tahun 2025 kat tempat kerjaku. Bukan anjuran company. Just a few departments Berbeza. Aku join the hypes la dengan department lain. Saja menyelit di situ 😆Bayaran Sebanyak RM20 untuk jamuan kalini.
Alhamdulillah, sampai jugak ke penghujung tahun 2025. Pelbagai ups and down sama seperti tahun lain cuma tahun ni aku sempat jadi viral sekejap! Kelakar pulak bila diingat balik 🤣 Semoga panjang umur ke tahun 2026 dan seterusnya. Audit pun dah settle untuk tahun ni. Lega! Ok, Jom tengok hidangan buffet lunch kami semalam.
Love the vibes!
Dekorasi dan Menu menunya bertemakan tradisional Dan kampung. Kenapa Macam terasa vibes Ramadan preview pulak ni ek 😜 Ya, kalau dengan team dorang ni, jarang tak meriah dan hiasan pun kemain tip top Tau!
Pelbagai menu menarik seperti Nasi, sate, aneka kuih muih, soto nasi, Pengat Pisang, buah buahan Dan dessert lain. Mantap!
Bekas yang digunakan untuk letak lauk pauk pun cantik ikut tema.
Sedapnya kuih muih tradisional Dan ada jugak kek Pisang tu. Lazat ui! Kebanyakan hidangan kena dengan tekakku cuma daging masak kicap tu kurang lembut but still boleh digigit. Alhamdulillah apa adanya!
Aku terlambat sikit datang sebab ada kerja lain tengahari tu tapi syukurlah Masih Banyak lagi makanan.. So ambil sikit je gambar. Lain lain ambar Dan video adalah ihsan Dari member. Huhu..Jadi aku tak terlibat pada permulaan acara. Just di akhir acara tolong kemas Kemas serta bungkus apa yang perlu. Licin! Hahaha.. Sorry gais!
Semoga semua panjang umur ke tahun 2026 dan tahun seterusnya. Kekal kuat dalam dunia pekerjaan di sini! Semangat terus! Korang pun ada buat jamuan akhir tahun ke tuu?






1 Comments
Meriah juga..macam macam ada ..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .