Review Movie 2025 "Air Mata Mualaf" || Baru baru ni ke Tayangan Khas Movie Air Mata Mualaf yang bakal ditayangkan pada 4 November 2025. Aku tertarik nak tonton sebab tajuknya. Lepastu tengok pada pelakonnya pula. Ehh..Dah lama tak tengok Acha Septriasa berlakin then nampak ada reti Malaysia jugak lah berlakon! Apa lagi.. Teruja lah kita nak ke Tayangan Khasnya haritu! Huhu.. Nampak iklan kat Thread pasal movie ni. Yes, of course lah aku nak try tonton! Saja nak galau layan perasaan.. Nak cry cry~
SINOPSIS MOVIE AIR MATA MUALAF
"Air Mata Mualaf" mengisahkan seorang wanita Indonesia bernama Anggie yang tinggal di Australia dan menjadi korban kekerasan dari kekasihnya, Ethan. Suatu hari, Anggie balik dalam keadaan mabuk dan tertidur di tangga masjid. Di sana, Anggie diselamatkan oleh Fatimah, seorang pengurus masjid. Sejak itu, Anggie melihat dan mendengar keindahan bacaan Al Quran lalu membuatkan dia tergerak hati dan berminat untuk mempelajari agama Islam. Maka Bermulalah detik detik ujian dan cabaran yang dihadapi seorang Mualaf bernama Angie. Dalam mengharungi cabaran, terselit jugak Kisah keganasan rumah tangga yang dialami sahabat baiknya.
Para Pelakon Air Mata Mualaf
Acha Septriasa
Syamim Farid (Malaysia)
Jasper Supayah
Review Nona
Bagi Nona, cerita ni mempunyai elemen emosi, sedih, sebak, geram, Dan happy. Boleh dengar dalam wayang tu sendiri time scene geram tu..ada je Suara Suara manusia yang mengeluh marah marah. Hahaa.. Sebak bila mana perjalanan yang dilalui Angie tidak mudah Dan banyak cabaran yang perlu dilalui. Nona Nampak dengan lebih jelas bagaimana permulaan seorang mualaf Dari hari seorang Mualaf start berminat nak pelajari Islam, seterusnga saat perlu berterus terang kepada Keluarga tentang penukaran agama, Dan pelbagai perkara lain yang perlu dilalui dengan air mata Dan sakit hati. Fuh, kalau saya berada di tempat Angie, kena kurung saja..Memang boleh gila. Mujur ada watak yang menyejukkan hati seperti akak Ipar Angie Dan Pak Ustad dalam movie ni. Pengakhirannya tidak cliche sebab ada yang penonton harapkan tidak berlaku. Hehe tapi yang baik baik je di akhirnya buat Angie setelah melalui segala ujian..
Ada scene yang Macam slow sikit tapi scene buat air mata bertakung tu memang Banyak Kali la. Sesuai dengan nama air mata Mualaf. Sayu tapi Terharu bila part dia mengucap shahadah. Aku pulak rasa nak peluk tengok orang Masuk Islam. Huhu.. Bagi aku, sesuai untuk ditonton golongan remaja Dan ke atas. Banyak ayat Al Quran Dan bait bait kata positif yang sedap didengar.




0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .