Lunch Daging Salai Dan Telur Itik Masak Lemak || Alhamdulillah. Bermulalah Minggu baru baru dalam Tahun baru ni. Alamak, dah berapa hari ek tak update 😂 Apa ni.. Awal Awal lagi azam Tahun baru tuk blog dah ke laut. Nak kena kejar kan?! Kahhh! Ini Kisah semalam. Boleh dikira sebagai brunch or lunch? Jam 10+ am datang lunch Daging Salai Dan Telur Itik Masak Lemak kat D Mawar Cafe, Taman Mawar, Pasir Gudang. Jarang datang sini tapi beberapa Kali jugaklah singgah. Kat sini ada Banyak gerai yang menjual bermacam macam i menu seperti menu Masakan Melayu, Dan Western. Ya, kat sini lengkap dengan hidangan sarapan pagi, tengahari Dan sampai ke malam hari. Hehe.. ABC jela yang aku pernah Makan memang sedap kat sini. Western food okay okay macamtu. Not bad..
Niat di hati nak cari lontong basah tapi bila Nampak lauk pauk yang baru dimasak, belum diusik Dan pelbagai jenis?? Apa lagi, Teruslah daku ke gerai yang ada Macam Macam lauk pauk terutamanya Menu Daging Salai tuh! Actually sehari sebelum tu ke Melaka tapi tak sempat nak merayap tempat lain, rindu pulak lauk Daging Salai Negeri Sembilan..Haaa..Kita cuba kat sini!



4 Comments
Selamat menjamu selera.
ReplyDeleteAlhamdulilah janji sedap.
ReplyDeleteKalau mahal2, rasa kelaut tk syok gk kan
tengok tajuk kak ana ingat kan di negori rupanya di Johor.. sedap nampak menu-menunya.
ReplyDeleteDaging salaiiii .. feveret CCL
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .