Santapan Rasa Paragon Buffet Ramadan 2026 di Grand Paragon Hotel

Santapan Rasa Paragon Buffet Ramadan 2026 di Grand Paragon Hotel

Santapan Rasa Paragon Buffet Ramadan 2026 di Grand Paragon Hotel || Ramadan 2026 bakal menyapa. Alhamdulillah dapat melangkah Masuk ke Tahun baru ni. Semoga panjang umur bertemu kita dengan bulan mulia iaitu bulan Ramadan. InshaAllah. Bila sampainya Ramadan, semua umat Islam Wajib menunaikan rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa sebulan. Setelah seharian berpuasa, tiba waktu berbuka puasa. Haaa.. Masa ni la kita Sesekali berbuka puasa kat luar (rehat dari memasak). Nona nak ajak korang berbuka puasa dengan pelbagai menu sedap sedap kat sebuah hotel ni. Apa salahnya, Ada masa sebulan kan.....Huhu

Harini tempat berbuka puasa 2026 yang Nona nak suggest adalah di sekitar Johor Bahru. Bulan puasa nanti, Grand Paragon Hotel ada buat bufet  'Santapan Rasa Paragon' untuk dinikmati semua. Kat sini, kita dihidangkan dengan bermacam macam juadah masakan ala kampung Dan fusion yang enak!! Ok, Jom tengok apa yang ada buat kita! Dan kalau boleh, Korang grab harga early birds serta promo yang diberi tu..Kalau last minute, risau dah takda table atau promo pun dah habis..Kena bayar harga lain nanti..Huhu

Siakap

Antara menu 'Santapan Rasa Paragon'

  • Kambing Panggang Kuzi Bersama Nasi Kabsha & Telur Rebus Safron 
  • Siakap Goreng Sos Thai La Pad Prik dan Epal Asam Boi
  • Lamb Chop Bakar Sambal Getok Merah
  • Ketupat dan Lemang 
  • Ketam Goreng Bercili 
  • Udang Bakar Cheese Bawang Putih Bersama Sos Krim Nenas Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi Belimbing Buluh 
  • Kari Kepala Ikan Kerala 
  • Kerang Sambal
  • Aneka Kerabu Dan sayur sayauran
  • Durian Goreng

Dan banyak lagi!! Mana taknya, ada lebih 100 jenis hidangan setiap hari ye... Special buat para customer semua! Confirm rambang mata nak ambil yang mana dulu 😌

Kambing

Ketupat

Ketupat Dan lemang pastilah ada. Lembutnya lemang tu... Sekian lama tak melemang ek...

Ikan Masak Kari

Siakap Goreng Sos Thai La Pad Prik dan Epal Asam Boi 🔥

Udang

Bukan biasa biasa. Lain daripada lain! Banyak jugak seafood kat sini. Ada kerang, siput sedut, Dan ikan! Puas hati la tengok menu sesuai tekak ni. Hehe.. Banyak gerai makanan nanti. Sila singgah semua. Gerai Roti Turkey bersama Daging Keema, Sup Utara Berempah, Lok Lok Melaka bersama sos Kacang Nyonya! Fuhhhh terliur beb!

Buffet Ramadan Grand Paragon Hotel

See. Luas kan? Aku suka tempat yang ceilingnya tinggi macamni. Rasa luas mata nak makan berbuka puasa..

Kek

Aneka kek, kuih Dan buah buahan kat sini ye. 

Cendol

Siap boleh buat ABC atau Cendol sendiri ye. Air minuman pun ada berbagai bagai Tau! Gambar menu lain ada kat Facebook Nona. Boleh jenguk sana.. Sungguh Menggiurkan! Hahahaha..

NOW DAH START HARGA EARLY BIRDS! Time nihlah korang kena grab cecepat! 

EARLY BIRD VOUCHER 

RM130 (Purchase on or before 16 February 2026)

Kalau lambat grab, dah kena bayar harga asal seperti di bawah: 

Harga Buffet Ramadan After 16 February

Dewasa - RM160 nett 
Kanak Kanak (5-11 tahun): RM80 nett
Warga Emas (60 tahun ke atas) - RM115 nett

Tawaran Exclusive aka Special Offer

 RM115(adult)
👉🏼 MUST Dine on 1st week of Ramadhan(20-22 Feb 2026) & Terhad kepada 50 orang saja sehari! 

Kemudahan Disediakan


✅ Surau Lelaki di Tingkat 3
✅ Surau Perempuan di aras M
✅ Parking

Jujur ye... Surau kat sana pun selesa. 

Info Lanjut Bufet Ramadan 'Santapan Rasa Paragon' 

📍Cafe Para Para | Level G (Waze / Maps Grand Paragon Hotel, JB)
🗓️ 20 Feb hingga 19 Mac 2026
⏳ 7pm to 10pm
📞 016-733 7363 | 607 268 5255


Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .