Rezeki Jawab Kuiz Sempena Hari Kemerdekaan kat TMIYC Pasir Gudang || Alhamdulillah. Rezeki jawab soalan sempena hari kemerdekaan. Soalan ringkas tapi aku pun tak pernah ingat bila tarikhnya. Dulu memang minat sejarah time SPM tapi tentang soalan ni, macam tak terlintas di fikiranku. Haha.. Cuma bila dia sebut hint soalan, aku lelaju lah Google 😄
Gigih Dan semangat aku berlumba kedepan sebab macam tak seramai orang malam Merdeka tu. Hehe.. Soalanya berbunyi seperti ini: "Tahun bilakah Bunga Raya diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan??" Dan orang tu bagi pilihan jawapan. Aku laju menjawab sebelum bebudak lain jawab 😂 Segan tapi sebab nak tahu apa hadiah dalam tu. Haruslah aku try sendiri kan~ So, apa jawapannya ye??!
Pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.



0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .