Hadir ke Majlis Perkahwinan Saudara di Singapura || Alhamdulillah. Selamat menghadiri majlis perkahwinan saudara di Singapore baru baru ni. Kami ke sana menaiki kereta sewa. Tak reti nak bawak kereta sendiri Masuk sana. Tak payah pening pening, share je duit sewa kenderaan ke Singapore. Haaa..settle! Hehe.. Seawal jam 9.30 pagi bertolak ke lokasi majlis perkahwinan iaitu Saf Yacht Club: 43, Admiralty Rd West Singapore 759962 Gem by The Sea Ballroom (Level 1).
Sejujurnya, Aku tak berapa Kenal rapat dengan saudara yang ni sebab jarang sangat jumpa tapi nenek aku lah sudah tentu yang Paling rapat Dan dikenali. So kami beramai ramai ikut nenek Hadir ke sini... Aku setuju nak join sebab ada plan jalan ke tempat lain selepas majlis wedding ni. Hehe.. Sambil menyelam minum air! Terpesona tengok tempat majlis berlangsung. Bahagian luar tersedia pelamin Dan meja Makan. Rasanya ni sesuai untuk yang buat tema garden Dan outdoor wedding. Simple tapi cantik dekorasinya!
Nice, is it? Cuma kalau outdoor wedding, kena berjaga jaga dengan cuaca. My relatives buat indoor wedding dalam dewan. (Bebetul berhadapan area tempat outdoor wedding ni). So ada je yang duduk Dan bergambar kat pelamin luar ni.
One step closer. Its the tie knot day! Majlis belah laki Dan perempuan berjalan serentak!
Bergambar selepas lepas majlis pernikahan. Kami sampai time dah settle upacara pernikahan.
Semoga Sulaimi dan Nuriliyana dikurniakan perkahwinan yang bahagia, sihat dan saling mencintai sampai ke akhir hayat. Semoga perkahwinan dibina sentiasa dilindungi Allah dan mendapat rahmat-NYA. InshaAllah!
Bersanding jam 1230pm. Cantik mempelai dalam persalinan songket. Warisan Melayu tetap menjadi pilihan. I like it!!! Nampak sopan, ceria dan sama padan lah dorang berdua!!
Ada jugak booth bergambar hitam putih camni. Photographer amekkan gambar, then tunggu 10 minit, siap ler gambar atau boleh jugak download pada bar code yang ada. Huhu.. Aesthetic gitu..
Pilih doorgift sendiri! Aku suka booth ni. Dorang sediakan beberapa jenis Korean skincare seperti sunscreen, toner pad, kipas tangan tradsional dan payung comel. Geram tengok, macam nak ambil semua!! Haish, ingat ingat sikit orang belakang~
Dalam gambar ni ada keluarga Singapura, Indonesia Dan Malaysia. Love! Meriah banget! Mak Pengantin yang berbaju dusty purple tu. Gambar bersama nenek.
Semoga Allah panjangkan usia semua dalam gambar ni ke tahun 2027 Dan seterusnya. Aamin ya Rabb! Happy tengok nenekku ceria jumpa sedara mara yang Masih ada. Syok pimpin nenek amek dooorgift sebab nanti orang tu bagi lebih lebih (makanan berkat)... Hahaa tempias sikit kat aku 😅
Ini kawasan sekitar. . Bukan di Korea. Bukan jugak di Puteri Harbour, JB. Tibber! Tenang walaupun cuaca panas berdenting weh...
Ok, dah dapat dooorgift cantik Dan Pelbagai serta duit jajan sikit...Eheee... Boleh Balik Dan sambung jalan jalan Singapore pulak. Semoga dilimpahkan rezeki buat pakcik yang bagi kami 'duit jajan' haritu... Tak sangka, meskipun tak rapat...Ada jugak manis manisnya ye...Terharu beb! Semoga kita berjumpa lagi di lain hari. InshaAllah...
2 Comments
seronoknya. pilih doorgift tu teruja pula rasa. semoga pengantin berbahagia hingga akhir hayat
ReplyDeleteSalam blogwalking. Bagusnya perkahwinan yg menghimpunkan 3 negara. Doorgift pilih sendiri tu memang rare.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .