Bintik Bintik Merah pada Kulit Kepala Tanda Kanser?

Bintik Bintik Merah pada Kulit Kepala Tanda Kanser?

Bintik Bintik Merah pada Kulit Kepala Tanda Kanser? ||  First time aku baca, seram jugak ek! Kena ambil tahu info ni guys. Ramai yang anggap kanser kulit hanya berlaku di bahagian yang terbuka seperti kulit muka dan sebagainya. Sebenarnya, barah kulit boleh juga terjadi di kawasan yang terlindung daripada cahaya matahari seperti di kulit kepala. Ia boleh membuatkan kulit kepala merah dan berkuping.

Namun, kanser kulit yang terbentuk pada kawasan kulit kepala sukar untuk dikesan. Malah, sebarang abnormaliti seperti tahi lalat atau kulit kepala merah susah untuk dilihat kerana ia mungkin terlindung di sebalik helaian rambut.

Walaupun rambut pada kawasan kepala boleh memberikan perlindungan daripada pancaran matahari, namun sebenarnya ia tidak dapat melindungi sepenuhnya.

Oleh sebab itu, individu yang berisiko untuk menghidap kanser kulit perlu lebih berhati-hati dan memberikan tumpuan yang lebih pada kawasan kulit kepala.

Kanser kulit VS kanser kulit di kawasan kepala

Walaupun nampak berbeza, ia berkongsi simptom yang sama. Cuma, penghidap kanser kulit di kepala menghadapi cabaran yang lebih besar kerana ia sukar untuk dikesan dan dicegah.

Lebih menyukarkan keadaan, kebanyakan orang yang sering melakukan pemeriksaan kendiri juga tidak akan memeriksa kawasan kulit kepala.

Tidak dinafikan, pemeriksaan kulit kepala merupakan sesuatu yang sukar untuk dilakukan sendiri.

Sebab itulah, menurut laman sesawang Roswell Park, tukang gunting dan pendandan rambutlah yang selalunya berjaya mengesan sebarang abnormaliti pada kawasan kulit kepala pelanggan mereka.

Ada beberapa jenis kanser kulit yang berbeza boleh terbentuk pada kawasan kulit kepala.

Dua jenis kanser yang paling lazim ialah kanser kulit sel basal dan sel skuamus. Kedua-dua kanser kulit ini mempunyai kadar kesembuhan yang tinggi.

Namun, ada satu lagi jenis kanser yang lebih agresif dan sukar untuk dirawat iaitu kanser kulit melanoma.

Kanser kulit melanoma yang berlaku pada kawasan kulit kepala lebih berbahaya berbanding melanoma yang lain.

Malah, ada kajian yang menunjukkan kanser kulit melanoma yang berlaku pada kulit kepala dan leher mempunyai kadar kematian dua kali lebih tinggi berbanding kanser kulit yang berlaku di kawasan lain.

Bahaya bukan!

Apakah tanda kanser di kulit kepala?

Tanda kanser pada kulit kepala mungkin berbeza mengikut jenis:

1. Kanser kulit sel basal

Kanser sel basal merupakan penyakit kanser kulit yang paling ringan dan lazim berlaku. Malah, ia sering ditemui di kawasan kepala dan leher berbanding anggota badan yang lain.

Antara tanda kanser ini ialah kulit kepala merah, berbintik dan mudah terluka. Jika kanser tersebut lebih besar, pesakit mungkin boleh nampak salur darah pada permukaannya.

2. Kanser sel skuamus

Kanser sel skuamus pula ialah kanser jenis kedua yang lazim selepas sel basal. Ia selalunya menyerang individu berkulit cerah dan muncul pada kawasan kulit yang terdedah pada cahaya matahari, termasuklah kulit kepala.

Pesakit kanser sel skuamus mempunyai kulit kepala yang kasar dan berkuping. Kanser tersebut juga akan membentuk benjolan yang lembut apabila disentuh. Tidak mustahil pesakit akan alami kulit kepala merah dan bersisik.

Apabila kanser kulit menjadi semakin teruk, pesakit mungkin akan alami ulser pada kulit kepala.

3. Kanser melanoma


Tanda kanser melanoma pada kulit kepala mungkin berbeza mengikut individu. Namun, kebanyakannya muncul sebagai bintik hitam. Tahi lalat ini juga mungkin bertukar warna dan mempunyai keliling yang lebih gelap.

Walaupun begitu, kanser melanoma juga boleh muncul sebagai bintik merah pada kulit kepala. Namun, kondisi ini lebih jarang berlaku.

Bagaimana saya boleh periksa kulit kepala saya?

Tidak dinafikan, pemeriksaan kulit kepala merupakan sesuatu yang sukar. Malah, untuk mengesan sebarang abnormaliti juga bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi dengan rambut yang menutupi kulit kepala.

Jika anda risau mengenai kanser pada kawasan kulit kepala, anda perlu minta pertolongan orang lain seperti pasangan atau kawan untuk memeriksa rambut anda secara berhati-hati.

Namun, jika anda inginkan pemeriksaan profesional, doktor boleh melakukan pemeriksaan fizikal untuk anda. Mereka juga mempunyai alatan yang sesuai untuk melakukan diagnosis.

Oleh sebab itu, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan secepat mungkin, lebih-lebih lagi jika anda berisiko tinggi untuk mengalami penyakit kanser kulit.

Jika kulit kepala merah, sakit atau berkuping tanpa sebab, pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Mungkin semua masalah ini berlaku disebabkan masalah kesihatan lain, namun masih ada risiko untuk anda menghidap kanser.

Kanser yang dikesan awal mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk sembuh. Sebab itulah, pengesanan awal amat digalakkan oleh pakar.

Kesimpulan

Punca utama kanser kulit adalah pendedahan terhadap cahaya matahari. Walaupun terhalang dengan rambut, kulit kepala juga boleh terdedah kepada sinaran matahari lebih-lebih lagi jika anda botak atau mempunyai rambut yang nipis.

Oleh sebab itu, anda perlulah melindungi kulit kepala daripada sinar matahari. Pakai topi jika boleh dan semburkan pelindung matahari pada kawasan kulit kepala anda.

Jika anda berisiko untuk mengalami penyakit kanser kulit, periksa kulit kepala anda dengan kerap. Gunakan cermin untuk memudahkan pemeriksaan.

Selain itu, pastikan anda berjumpa doktor jika kulit kepala merah, berkuping atau mengalami pertumbuhan yang abnormal.

Kanser pada kawasan kulit kepala selalunya mempunyai prognosis yang lebih teruk berbanding kanser kulit biasa. Jadi, jangan pandang rendah kanser kulit pada kawasan kepala. Dengan pengesanan awal, anda boleh mencegahnya.




INFO from here: 

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Post a Comment

8 Comments

  1. ish seram aku baca..terus teringat ada banyak jerawat kat kepala kalo nak period..

    ReplyDelete
  2. Thank u for sharing.. :)
    Kena cakna..

    ReplyDelete
  3. baru tahu ni , apa-apa pun terima kasih share

    ReplyDelete
  4. Mak aiih seram nya baca. Betul lah tu. kalau kepala ni macam mana nak monitor kan? Suruh lah sesiapa tengok2kan :') Semoga dijauhkan kita semua dari sebrang penyakit

    ReplyDelete
  5. Tak sangka akan mengakibatkan kanser jugak. Terus rasa nak membelek. Thanks share nona.

    ReplyDelete
  6. So far only a less number of Internet casinos
    could be trusted for investing money, however their numbers are progressively growing.
    There is something enthralling and captivating in playing online flash games, especially gauzing from the different arrangement of cards and figuring the very
    best that matters. Check out the bingo reviews to obtain more specifics of
    particular online bingo site and you'll earn extensive money.오피

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .