Padu! Menu Ikan Bakor Selatan Jadi Pilihan||  Hai, dah habis menu raya. Kita cerita menu lain pulak. Ini kisah haritu, hari malas masak kat rumah maka kita order luor. Nak keluar rumah pun agak tak rajin rasanya. Hahaha. 

So mak aku and kami adik beradik order je nasi serta ikan bakor yang sedap ni dari member adik. My sister memang dah try.. Padu katanya, so teringin la pulak...Tengok kepaduannya. Order la ikut jenis ikan yang kita nak. Ada siakap, cencaru, pari dan kembung. 

And this is my choice, ikan kembung! 

RM7


Nasi ni baru half aku letak. Tapi serious banyak betul nasiknya.. Family aku pun cakap banyaknya.. 
Mak i tak habis makan woo.. Dan lebih padu semestinya sambal atau kuah ikan bakar ni! Pedassss gilo tapi pedas yang sedappppp gitu. 

Puas hati sangat ler, kuah sambal tu pun banyak, maybe sebab makan sikit pun dah pedas, so tak makan sambal banyak la... Isi ikan lembut, tak hanyir dan nasi yang diberi tu pun cukup.

Masa aku order, harganya camni:

Pari 1/2 ekor RM8
Pari sekor RM15
Siakap RM13
Kembung RM7

Suggested bagi korang yang berdekatan untuk try kepaduan rasanyaaa..AWAS kalau tak tahan podeh (Loghat Negeri Sembilan yang bermaksud : Pedas)


Sila try! Mesti try! Jemput try!

Oh ya, ini area Seri Alam, Masai, Johor. Boleh jugak order guna Food Panda.