Juadah Berbuka Hari Ketiga Belas Ramadan

Juadah Berbuka Hari Ketiga Belas Ramadan || Spagheti bolognese telur bakar sebagai menu berbuka puasa harini. Ikut resepi Kimball..Selalunya copy resepi Che Nom tapi kalini tukar citarasa lah. Macam biasa, bukan ikut sebiji resepi asal. Cuma for the first time, aku campurkan sos tiram Kimball ke dalamnya. Nak tengok camana perginya...Hehe..Sedapp or sedihhh...

Sphagetti Bolognese

Sphagetti, bukan mee rebus. 

Dah kenapa ada telur tuh/ Hahaa..Baca sampai habis dulu. 

Setelah settle masak dan makan, pada saya, rasanya sedap! Adik cakap okaylah...Eleh saja tak nak puji kann?! Ya, siap telur bakar. Not telur rebus. Ianya sebab aku bakar telur tu ke dalam air fryer selama 15 minit, guna suhu 110C. Gituh!! Bila sos pasta bergabung dengan sos tiram Kimball, of course ada rasa masam manis. Aku siap tabur lada hitam dengan cili padi. Nak rasa pedas tapi bila dah siap, tak pedas pulok...Haha..Bulan puasa, tak dapat nak try. Masak main agak aje. . Walaupun tak pedas, makan tetap makan cuma berpada-pada. 

Ramadan

Sebenarnya, gabungan telur dan daging ayam cincang cukup mengenyangkan tanpa spaghetti tuh. Tapi rasa tak lengkap pulak. Bagi sesiapa yang pernah makan spaghetti kat Family Mart, mesti tahu spaghetti FM  ada satu jenis tu siap dengan telur. Kan...Hehe.. So aku konon tiruvasi. Kalau ikutkan resepi asal, telur tu dimasak telur goyangggg camtu. I tukar lah, mood nak telur rebus yang dibakar ni.. KAHHHH!

So ini resepi penuh kat IG feed Kimball:

Bahan-bahan:
Spageti Kimball (nona guna jenis Angel hair) 
Minyak menumis
2 ulas bawang putih
Sebiji bawang besar (dipotong dadu)
Ayam kisar
1/2 botol Sos Spageti Tradisional Kimball
Oregano
2 sudu besar Sos Cili Kimball
Air rebusan pasta
Cili api.

Bahan - bahan Chicken Chop:
Ayam tanpa tulang (disalut tepung perasa) ,
2 sudu mentega
Sebiji bawang besar (dipotong dadu)
1 sudu besar lada hitam
2 sudu besar tepung gandum
Air secukupnya
Kiub pati ayam
3 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
1 sudu besar kicap manis
Cendawan shitake
Brokoli
Telur.

Cara memasak:
1.Rebus spageti bersama garam. Panaskan minyak menumis. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu dan masukkan sos spageti Kimball bersama sos cili Kimball dan oregano. Kacau rata.
2.Tambah air rebusan pasta sesuai kepekatan kuah yg dikehendaki.
3.Akhir sekali taburkan cili api sesuai rasa. Ketepikan. 4.Panaskan minyak dan gorengkan ayam yang telah diperap bersama tepung perasa segera. Panaskan butter, tumis bawang besar bersama lada hitam. 5.Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau rata. 6.Masukkan air sesuai kepekatan yg disukai dan kacau sebati.
7.Tambah kiub ayam, sos tiram Kimball dan kicap manis. Boleh tambah garam jika perlu.
8.Akhir sekali masukkan cendawan shitake.
9.Panaskan hot plate bersama mentega dan masukkan spageti bersama kuahnya serta chicken chop bersama gravy nya.
10.Tambahkan brokoli dam pecahkan sebiji telur. Siap 😋


Yang penting, makan berpada pada dan tidak terlalu membazir. Korang berbuka juadah apa pada Ramadan ketiga belas nih? Moga sihat-sihat aje ye...





Notakaki: Cepatnya dah hujung minggu!




Post a Comment

4 Comments

  1. simple tapi mengenyangkan👍👍👍

    ReplyDelete
  2. Kalau orang Itali baca marah letak sos tiram dengan telur bakar. Haha.

    ReplyDelete
  3. makaran simple macam ini sebenarnya memang sangat mengenyangkan. Tak perasan pula kalau ada spaghetti dengan telur kat FM sebab jarang tengok makanan berat..

    ReplyDelete
  4. Okaylah tiruvasi janji sedap. Rare telur bakar tu nona.

    ReplyDelete

Thanks For Coming!
Terima Kasih Kerana Singgah!