Cara Membeli Tiket Wayang Online Superstar Cinema

Cara Membeli Tiket Wayang Online Superstar Cinema

Cara Membeli Tiket Wayang Online  Superstar Cinema || Di manakah Superstar Cinema? Selalu dengar GSC, TGV, dan lelain.. Kan. Ini tak berapa popular tapi kat tempat aku, dah cukup terbaik jugaklah. Hehe.. Paling dekat dengan rumah kami.. Lokasinya dalam Today's Mall Seri Alam. Ada lagi satu cawangannya kat Segamat.. 

Sini boleh tahan harganya murah berbanding tempat lain dan baru tahun ni saja try beli tiket melalui online.. Selalunya time balik kerja singgah beli tiket awal awal kalau nak tengok wayang hari hari tertentu tuh.. Kalini member nak cuba beli secara online. Haa... So aku nak share la cara cara pembelian tiket melalui online kat sini. Berbeza jugak pengeluaran tiketnya tu nanti..Setakat ni try buat pembelian menggunakan FPX dan Touch N Go je..Jemput scroll baca sampai akhir entri ya. 

1. Layari website https://tickets.superstarcinema.com.my/

2. Pilih panggung wayang berhampiran anda,  Kemudian pilih seat. 


Todays Mall Seri Alam


5. Klik NEXT

Superstar Cinema Seri Alam


6. Keluar paparan seperti di bawah. Masukkan details yang diperlukan. 


7. Di bahagian Payment Option, ada pilihan jenis pembayaran yang boleh dilakukan. Kat sinilah member pernah guna pembayaran melalui FPX, Nona pula pernah try guna 'Touch N Go'. 

Wayang

Cinema

Kalau menggunakan FPX, ianya lebih mudah sebab akan keluar paparan berserta code yang boleh di scan oleh pihak panggung. So nanti sebelum masuk, tinggal scan aje. 

Tapi bila try bayar guna Touch N Go, details yang keluar lain. Takda scan code tu, kita kena tunjuk kat counter ticket dan print. Haa.. yang ni orang tu suruh datang awal takut ramai nak beli tiket time kita nak print ticket kat mereka... So better pilih cara pembayaran yang mana?? Hehe.. I prefer guna FPX. Lelain cara, Nona tak tahu camana sebab takda try.. 

Tiket Wayang Online
Pembayaran menggunakan sistem perbankan FPX



Superstar Cinema Seri Alam

Paparan setelah pembayaran melalui Touch N go


Ha, settle! So tak perlulah beratur terlalu lama atau terkejar kejar nak beli tiket wayang kat situ. 

Mat Kilau

Letak satu gambar support filem Mat Kilau haritu 😁 Tonton hari Rabu murah sini...
 RM17 untuk dua tiket tu.. Mudahkan bila dah tahu cara membeli tiket wayang online  Superstar Cinema ni... Tiap minggu kang singgah 😄



Post a Comment

3 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .