Ujian Buat Korang Lebih Kuat

Ujian Buat Korang Lebih Kuat

Ujian Buat Korang Lebih Kuat || Ujian. Banyak hal tentang ujian. Bila susah, itu ujian. Bila senang pun dikira ujian jugak. Kita tak terlepas dari ujian selagi jantung berdegup, dan nyawa bersama. Harini rasa lemah dengan ujian yang melanda...Tapi jangan dibiarkan kesedihan tu berlarutan sampai tak mampu nak buat apa apa lagi. Kita masih ada agama. Kita ada Pencipta yang menakdirkan segalanya dan maha Mendengar apa pun keluhan kita. Sesiapa yang berada dalam kesenangan pun sebenarnya sedang diuji. Yang maha Esa nak tengok apa yang kita lakukan saat kesenangan tu dilimpahkan. 

Ujian

Aku pun pernah terlarut dalam kesedihan sampaikan rasa macam kenapa ye hidup aku ditakdirkan begini.... Kenapa ya aku tak boleh hidup tanpa sebarang ujian..Hm... So aku akan cuba muhasabah semula, tengok kisah orang lain yang lebih teruji... Sikit sikit cuba cari solusi, ketenangan dan berdoa untuk terima Qada dan Qadar Allah. Sebagai hamba, aku kena akur, aku kena beringat, dan teruskan kehidupan menghadapi ujian yang menimpa. Aku cuma hamba dan Allah jua yang Maha Mengetahui segalanya meskipun kesedihan dan kemarahan merajai hati time diuji. 

Oleh itu, be strong dan keep going hadapi kehidupan yang dikurniakan sekarang. Semoga dipermudahkan urusan. Percayalah, kita semua kuat! 




Notakaki: Petikan tersebut dipetik dari buku yang aku sedang baca. 


Post a Comment

8 Comments

  1. Betul. Ujian buat kuat. Thanks for reminding us for being hamba. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Ujian untuk orang kuat. Terima kasih kerana sudi membaca isi dalam gambar tu.. Hehe... Yes, being hamba. We are created by Him, and return to Him too 😔👍

      Delete
  2. Kita semua hidup dengan ujian ..sebab tu Allah minta hambaNya sentiasa sabar . Setiap kesabaran ada kemanisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Mesti ada ujian.. Pasti manis bila sabar melaluinya satu persatu.. InshaAllah

      Delete
  3. Apakah tajuk buku itu?
    Ya kadang-kadang akan ingat susah dan senang akan bergilir-gilir.

    ReplyDelete
  4. Keep going ya. Semua orang ujian tak sama, Insha Allah kita sama-sama berjuang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa.. Sesama lah kita berjuang... Hadapi kenyataan kehidupan ini...

      Delete
  5. Ujian semua orang berbeza-beza, antara kuat dan tidak aja.. dan yang pasti, Allah beri kita ujian sebab Allah tahu kita kuat...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .