Sunat Takbir Raya Bermula 9hb Zulhijjah

Sunat Takbir Raya Bermula 9hb Zulhijjah

Sunat Takbir Raya Bermula 9hb Zulhijjah || Dalam perkongsian satu hari satu hadith, aku baca dalam group Family, info yang diforward ni pada 6hb lepas mengenai sunat takbir raya Aidiladha dan pengajarannnya. Baru kalini aku baca betul betul. Selama ni macam tak amek tahu sangat.  Haha.. Ada beza rupanya untuk orang yang tidak menunaikan haji dan yang menunaikannya... 


عَنْ عَلِيِّ وَعَمَّارٍ رضي الله عنهما أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُكَبِّرُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ صَلاةَ الْغَدَاةِ وَيَقْطَعُهَا صَلاةَ الْعَصْرِ آخِرَ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ


Daripada Ali dan Ammar RA: Sesungguhnya Nabi SAW bertakbir pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) selepas solat Subuh dan memberhentikannya selepas solat Asar hari Tasyriq yang akhir (13hb Zulhijjah). (HR al-Hakim No: 1111) Status : Isnad Sahih


Pengajaran:


1. Bagi yang tidak mengerjakan haji, takbir raya bagi hari raya Eidil Adha bermula daripada Subuh 9hb Zulhijjah sehingga waktu Asar hari Tasyriq yang terakhir (13hb Zulhijjah) berdasarkan pendapat Imam al-Nawawi yang dipilih dalam Kitab al-Tashih, al-Majmuk, al-Azkar (Asah) dan Raudhah al-Talibin (Azhar). 

2. Takbir ini dipanggil Takbir Muqayyad iaitu takbir yang dilafazkan mengiringi solat sama ada solat fardu, sunat, tunai, qada’ dan solat jenazah. 

3. Sunat terus bertakbir sebaik sahaja selesai solat setiap solat bermula solat subuh 9hb Zulhijjah sehingga selepas solat Asar 13hb Zulhijjah. 

4. Sunat mengkemudiankan zikir selepas Takbir Muqayyad.

Marilah kita bersedia untuk melaksanakan Takbir Muqayyad dan Takbir Mursal (takbir bermula terbenam matahari masuknya hari raya sehingga solat sunat hari raya Eidul Adha).

Bermakna, hari Sabtu lepas Masuk Maghrib sampailah pagi raya Ahad tu.. Kan... Cuba buat amalan ni sebaiknya. Moga bermanfaat 👍

Takbir Raya

Ambil gambar dari Twitter 🌸


Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#KeluargaUtuh

#MasyarakatProgresif

#BinaNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

6hb Julai 2022

6hb Zulhijjah 1443H


Untuk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram


Notakaki: Raya Aidiladha nanti nak selfie dengan lembu 😂

Post a Comment

2 Comments

  1. Terima kasih atas perkongsiannya.. selamat hari raya Non...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesama kasih... Selamat Hari Raya jugak ye 👍

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .