Jom Naik Bas dengan Perkhidmatan myBAS Johor Bahru

Jom Naik Bas dengan Perkhidmatan myBAS Johor Bahru || Hai semua! Sihat ke? Semoga baik baik je ye! Okay, ini kisah haritu Nona lepas rindu nak naik bas! Bas apa? Bas my BAS Johor Bahru!! 

Pelik ke rindu?? Kenapa rindu naik bas?? Sebab banyak kenangan Nona dengan pengangkutan awam nan satu ni pada masa dahulu. Zaman study kan, memang bas sahaja satu-satunya pengangkutan yang Nona mesti guna. Nak naik teksi terasa pricey pulak. Sekejap duduk, sekejap kena berdiri..Lepastu kena standby nak tekan loceng beberapa saat sebelum sampai ke tempat yang diinginkan, bila dah tekan loceng, buzzz... semua pun ikut pandang.. Haha.. Memori indah juga walaupun macam-macam keadaan dalam bas tuh. 

Ya, seperti yang kita semua tahu, bas merupakan salah satu pengangkutan yang sentiasa diperlukan, dan penting oleh ramai orang. Dengan adanya bas, dapat memudahkan seseorang untuk pergi dari satu destinasi ke destinasi yang lain dengan harga yang murah. 

Haritu Nona nampak seorang emak bawak anak kecilnya menaiki bas sambil membawa bag susu, orang tua suami dan isteri, student dan ramai lagi. Bas ni sesuai untuk semua golongan tidak kira tua atau muda. Kalau ada yang nak keluar masuk Singapura, naik bas ni pun boleh. 

Perkhidmatan myBAS Johor Bahru telah dirasmikan oleh YB Menteri Pengangkutan pada 20 Februari 2022 dan mula beroperasi pada 31 Mac 2022 secara berfasa. Ianya melibatkan 19 laluan di lima koridor iaitu Koridor Kota Tinggi, Koridor Masai, Koridor Kulai, Koridor Gelang Patah, dan Koridor Pontian. 

Selain itu, perkhidmatan myBAS adalah salah satu inisiatif di bawah program ' Stage Bus Service Transformation (SBST) atau dalam bahasa Melayunya,  'Transformasi Perkhidmatan Bas Terhenti-Henti' yang sebenarnya telah dilaksanakan di empat lokasi iaitu Kangar, Seremban, Ipoh dan Kuala Terengganu sejak tahun 2015.

Lebih teruja lagi bila Nona tahu bahawa myBAS Johor Bahru juga merupakan perintis kepada penggunaan bas elektrik pertama di bawah program SBST apabila dua laluan myBas Johor Bahru bakal beroperasi menggunakan bas elektrik (EV). 

TERKINI: Banyak fasa dan laluan yang telah pasti dilalui myBAS Johor Bahru dan senang korang jumpa myBAS ni nanti.  Antaranya ialah:

F200 : Terminal Masai-Bandar Seri Alam

F201 : Terminal Masai- Taman Rinting

T11  : JB Sentral- Taman Setia Indah

T40  : Larkin Sentral- Gelang Patah Sentral

F100 : JB Sentral- KSL

T33  : JB Sentral-Taman Sri Yaacob

dan banyak lagi destinasi yang boleh dituju. Namun begitu, terdapat perbezaan waktu operasi untuk beberapa destinasi perjalanan. Tak kesemuanya mempunyai waktu operasi yang sama ya. 

ManjaLink

ManjaLink

Penumpang boleh membayar tambang bas secara tunai (sediakan duit kecik) atau tanpa tunai dengan menggunakan kad ManjaLink. Ha, ingat tu... Penting sediakan duit kecik,  driver maybe tak miliki banyak duit baki. Lepastu, kita boleh plan perjalanan kita dengan menggunakan aplikasi LUGO! Wow, satu persatu kita cerita ye. 

Nona lebih suka guna kad ManjaLink sebab bagi Nona, bayar guna ManjaLink lagi senang, mudah, cepat dan best! Perasaannya macam pakai 'Touch N Go' tapi ini untuk versi bas 😍 So tak perlulah risau duit dalam dompet cukup ke tak nak bayar tambang bas. Just make sure bawak kad tersebut dan dalam kad ManjaLink tu mesti ada wang yang mencukupi. Hehe.. 

Cara cara menaiki myBAS Johor Bahru tanpa cash:

1. Beli kad ManjaLink berharga RM30.60 dan top up isi di dalamnya kat kiosk yang tertentu.

2. Tap In and Out. Berbeza antara mereka yang Cross Border and Connecting Bus Service, dengan bas yang stop stop kawasan tertentu dalam JB nih. 

3. Gunakan aplikasi LUGO untuk ketahui update terkini tentang perjalanan bas yang dinaiki. 

myBAS JOHOR BAHRU

Untuk Nona yang jalan sekitar JB, Nona follow cara camni. Tap sebelum naik bas dan sebelum turun dari bas. 

ManjaLink

Khas untuk mereka yang Cross Border and Connecting Bus Service, tap in masa naik bas tapi tak perlu tap out lagi sebelum turun bas


Kat mana bole beli dan dapatkan kad ManjaLink?

👉 CALTEX @ TAMAN DAYA
Location: Jalan Nipah 2 Taman Daya 81110 Johor
Operation Hours: 6:00 AM -11:30 PM

👉 JB SENTRAL
Location: JB Sentral Level 1, Jalan Jim Quee 80300 Johor Bahru Johor
(In front of Bus Terminal Platform)
Operation Hours: 5:00 AM - 9.30 PM

👉 JB SENTRAL CIQ
Location: Jalan Sultan Ibrahim (antara Jalan Sawmill & Jalan Tun Abdul Razak), 80300 Johor Bahru, Johor Johor
(Beside the Queuing Lane for Causeway Link)
Operation Hours: 5:00 AM - 9.30 PM

👉 GELANG PATAH BUS AND TAXI TERMINAL:
Location: Jalan Sultan Ibrahim (antara Jalan Sawmill & Jalan Tun Abdul Razak), 80300 Johor Bahru, Johor Johor
(Dalam Terminal Bas)
Operation Hours: 5:00 AM - 9.30 PM

👉 TF VALUE-MART NUSA BESTARI
Location: 1, Jalan Bestari 7/2 Taman Nusa Bestari 81300 Skudai Johor
(Dalam shopping complex)
Operation Hours: 10.30 AM - 9:00 PM


Okay, dah ada kad ManjaLink, kemana Nona jalan jalan ek? Ini dia.... Nona enjoy perjalanan T33: Dari JB Sentral ke Taman Sri Yaacob. Boleh tengok route Nona haritu, kat mana bas akan lalu.

Bas

Oh ya! Tak perlu risau tentang masa atau isu ketinggalan bas sebab myBAS ni akan sampai setiap 15 minit tau. Tapi kekerapan boleh mengikut waktu puncak dan luar waktu puncak seperti dalam kertas info di atas. 

Seronok jugak eh tengok orang turun dan naik bas sambil memerhati pula jalan raya yang penuh dengan kenderaan dan bangunan. Best tengok view dari bas sebab kita lebih tinggi daripada kenderaan lain yang lebih rendah. So far tak boring, celik mata sebab dah lama tak naik bas, kan.. Hahaa.. 


myBAS

myBAS


myBAS JOHOR BAHRU

myBAS Johor Bahru

Apa kelebihan yang Nona suka dengan myBAS Johor Bahru ni? 

1. Bersih dan selesa.
2. Ada penghawa dingin
3. Loceng yang berbunyi kuat hanya kat tempat driver. Tidak terlalu bingit sampai ke belakang. Soft je..  
4. Memiliki simbol 'Emergency Exit' yang dilekatkan pada tingkap.
5. Tempat duduk dalam keadaan teratur dan elok

6. Mesin untuk tap-tap kad ManjaLink dalam keadaan baik dan laju. Tak perlu tunggu lama. Kedudukannya di tempat driver dan di pintu bas bahagian tengah. 
7. Driver bas yang ramah dan cekap. Ada time keeper yang memastikan bas sampai tepat masanya

myBAS JOBIR BAHRU


Taman Sri Yaakob

Selamat sampai ke Taman Sri Yaakob dah! Kat sini la pit stop kami yang terakhir untuk route T33: JB Sentral- Taman Sri Yaacob. Dan kemudian berpatah balik ke JB Sentral 👍

Aplikasi LUGO

Gunakan aplikasi LUGO untuk mengetahui tentang masa perjalanan dari satu tempat ke tempat lain yang ingin dituju, info dan update terkini mengenai myBAS. So bolehlah tahu maklumat dari satu checkpoint ke checkpoint lain, berapa minit lagi nak sampai...Huhu... Just masukkan route kita dari mana daan nak ke mana. Camtuu.. 

1. Download aplikasi LUGO kat playstore
2. Masuk dalam apps dan pilih 'Plan a Trip' 
3. Masukkan lokasi bas yang kita naiki dan lokasi yang ingin dituju, route apa semua..Klik GO.
4. Nanti keluar details perjalanan

Eh, nampak tak, memang senang lah ada sistem gini.. Kalau ada anak anak yang mak bapaknya suka naik bas untuk kemana mana, boleh tolong topup kan kad ManjaLink nih. Sesiapa sahaja dibenarkan menaiki myBAS Johor Bahru ni tau. 


JDT Blogger

Model myBAS Johor Bahru. 
Just kidding, don't take it seriously! Hihi..Sementara bas belum bergerak, orang pun takda, kita pose lah satu dengan pengangkutan awam myBAS ni.. 

Untuk info lanjut,  korang boleh layari 

No telefon: 07-3602244


Sekali lagi Nona ajak korang, jom naik bas dengan perkhidmatan myBAS Johor Bahru! Rasai pengalaman naik myBAS, bawak anak anak try naik bas pun okay jugak.. Gunakan kemudahan yang diberikan sebaiknya ya 👍 




Post a Comment

13 Comments

  1. Bas lebih selesa kalau bergerak dan boleh berehat. cuma timing bas kena ontime lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul!!! Saya setuju!!! InshaAllah, bas ni on time 🤩

      Delete
  2. Lamanya tak naik bas, sampaikan nak tunggu bas pun dah tak tau kat mana Non..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Lama tu.... Wahduh, gawat ni dah tak tahuu.. hahaa... Cari bus stop sis.. hahahhaha

      Delete
  3. Lama betul tak naik bas tingtong. Rasa mcm nak bawak anak2 merasa naik bas lah. Tq nona share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... hehe.. silakan.. Anak anak kena jugak kasik try naik bas.. Baru tahu camana rasa naik bas tuh

      Delete
  4. teringat dulu naik bas berdiri lepas tu asek nak jatuh haha. Bas ni nampak bersih and tak crowded

    ReplyDelete
  5. seronok betul kan naik mybas. Luth pun happy je tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa, syok woo! Alhamdulillah, Luth happyyy!!! Suka dia ehh... Tak selalu naik, kan... Anak happy, senang ler hati omak.. hehee..

      Delete
  6. Bestnya naik bas. Rasanya dah lama tak nak bas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besttt! Kan.. Lama tu x naik.. bolehlah try #myBAS

      Delete
  7. Menarik untuk dicuba.. kena jalan johor lah nampaknya nie..

    ReplyDelete

Thanks For Coming!
Terima Kasih Kerana Singgah!