Makan Set Bubur Nasi Sedap kat Taman Molek, Johor

Makan Set Bubur Nasi Sedap kat Taman Molek, Johor || Pagi ni Pasir Gudang dihujani hujan. Ehh, apa benda ayat aku. Haha.. Tempat aku ni dituruni hujan. Redup je cuaca sampai ke tengahari ni.. Syok tidur oi.. 

Time sejuk sejuk ni teringat pulak kat bubur sedap area Taman Molek, JB yang aku try beberapa bulan lepas. Bukan dalam kedai mahupun gerai tapi kat lori je. Lepastu disediakan sikit kerusi dan meja untuk customer. 

Actually dah dua kali makan sini. First time try, sedap. Second time try lagi . Ehhh, memang sedap! Bukan je ada bubur yang lengkap dengan bahan bahannya tapi ada jugak jual ikan bakar, dan nasi lemak yang sedap! Ehh, char kue teow pun ado! 

Harini aku sajikan gambar set bubur nasi berserta nasi lemak ye. Gambar dengan ikan bakar sebelumni tak tahu mana letaknya. Haha.. Ampun! 

Bubur Nasi

Nasi Lemak


Bahan untuk campur dalam bubur. 
Ada telur asin, bawang goreng, kacang, kuah yang padu! 


Taman Molek

Jauh member datang dari Batu Pahat makan bubur nasi Taman Molek. Fiza ngan member Coway lah yang kenalkan i tempat nih 🤩 Rindu pulak kita. Jumpa bulan Ogos k! 

Bubur Nasi Taman Molek

Imej from Google. 

Tiap kali datang, aku mesti order bubur je.. Nanti try lelain lah.. huhu..

Lokasi di tepi jalan je: 

48, Jalan Molek 1/10, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor






Post a Comment

5 Comments

  1. nampak sedap bubur nasi dengan nasi lemak tu. Best lah ada port makan fav, boleh selalu pergi ke situ

    ReplyDelete
  2. Memang sedappp! Hehe, yes....best ada port makan ni, baru jadi favourite..tapi x selalu gak perginya..Huhu..

    ReplyDelete
  3. Selamat menjamu selera
    Nampak sedap

    ReplyDelete
  4. Hehe susah jumpa orang jual bubur nasi dengan bahan sampingan di Melaka.
    Ya kalau sudah rasa sedap satu juadah rasa berat hati cuba makanan lain.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya bubur nasi ada pelbagai menu lauk dia. kalau sedap confirm akan repeat kan. Menu menu dia yang lain pun sedap sedap tu nona.

    ReplyDelete

Thanks For Coming!
Terima Kasih Kerana Singgah!