Pengalaman Menonton Perlawanan AFC Champions League di Stadium Sultan Ibrahim, Johor

Pengalaman Menonton Perlawanan AFC Champions League di Stadium Sultan Ibrahim, Johor

Pengalaman Menonton Perlawanan AFC Champions League di Stadium Sultan Ibrahim, Johor || Pengalaman penuh semangat yang amat bermakna. Bulan April 2022 yang lepas, pertama kalinya aku jejakkan kaki ke stadium bola sepak yang terbesar dalam Johor ni iaitu Stadium Sultan Ibrahim. Lokasinya di Iskandar Puteri, Johor. Namanya sudah tentu diberikan sempena nama sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Dibuka pada tahun 2020 menggantikan Stadium Larkin. Stadium ini mempunyai kapasiti yang dapat menempatkan seramai 40,000 orang penonton. Fuhh! Besar sungguh!

First time sampai, I am so excited nak tonton perlawanan bola sepak LIVE! Haha.. Bentuk stadium ni dari luar nampak unik! It is crown! Ya, JDT memang terkenal dengan Crown tu.. Cahaya bila malam, kelihatan lagi cantik bangunan Stadium Sultan Ibrahim. Love! 

Stadium Sultan Ibrahim

Yay! Jejak kaki ke sini! 

Stadium Sultan Ibrahim

Hidup JDT! 

Suka tengok cahaya lampu yang bersinar bila malam menjelma 🤩 Sesak memang sesak kalau time ada game. Layankan aje. Haha...Kawasan parking agak luas.  Haritu bas turut disediakan kat certain checkpoint. Boleh naik bas yang ada tu untuk sampai ke sini. 

Stadium

Suasana malam hari

Kota Iskandar

Suasana siang hari. Ini last game, perlawanan sebelum time berbuka puasa. 

Selain itu, peralatan seperti kerusi dan persekitaran dalam stadium nampak dalam keadaan elok, bersih dan teratur. Senang cakap, selesa. Taklah dipenuhi dengan sampah atau tumpahan air. Takdalah kes kerusi goyang goyang nak tercabut.. Huhu... Macamni baru syok nak tengok bola sepak tanpa sebarang masalah.. 

Kawasaki

Hello Kawasaki team! 

Bola Sepak

Stadium Sultan Ibrahim

Luas permandangan tengok aktiviti kat atas padang yang hijau berseri tuh.. 

Screen besar jelas terpampang. Seronok jugak melihat perlawanan bola sepak kat sini ek. Suasana dan semangat memasing yang menonton tu pun benda yang best kita boleh lihat depan mata. LIVE! Berbeza ya tengok LIVE dalam TV dengan LIVE kat stadium. Debaran sepanjang perlawanan takkan dilupakan lagi lagi bila nampak hantaran padu dari pihak lawan sehingga menjaringkan goal atau saat hampir hampir nak masuk gol. Time tengok gol dijaringkan, menjerit jerit semua orang.... Haha.. 

Betul... Bila pihak lawan yang goal, jeritan frust dikeluarkan. Kalau team JDT goal, sorakan dan nyanyian bertambah tambah meriah! 

Bagi team penyokong Johor, of course ada Boys of Street yang setia menyanyi dan bersorak macam macam lagu sepanjang perlawanan.. Kita yang lain ni follow la nyanyi sekali kalau datang semangat nak bersorak untuk pemain bola sepak JDT. 

Surau

Nampak tak surau lelaki teramat dekat dengan laluan keluar dari tempat duduk penonton dalam tuh. 

Surau Perempuan

Surau perempuan

Luas, bersih, kerusi, sejadah dan telekung disediakan masa ni. Tempat wudhu yang cukup ✅

Johorean


Snack

Tempat makan dan minum pun tersedia kat sana. So bila time rehat atau rasa nak refreshment menunggu jaringan gol, singgah jap ke sini..Cuma time rehat memang semua sudut pun beratur panjang sungguh! Huhu.. 

Johorean

Tunggu semua dah keluar stadium, baru kita bergambar dengan mafla... Hehe.. 

Woodfire

Woodfire

Restoran Woodfire.. Salah satu restoran yang ada kat situ. Lambat booking meja, laju je full bila time ada game. Pelbagai jenis burger yang nampak menyelerakan! Nanti Nona cerita lagi pasal Woodfire ni kat entri lain tauu!

Malaysian

Puas hati menonton bola sepak kat sini! Bukan sahaja mempunyai ruang yang luas, kemudahan dan keadaan kat sini pun terbaik serta lengkap untuk semua pengunjung. 

Nak solat, surau dah ada cuma masih terdengar lah gema suara orang bersorak tapi kat surau perempuan, sayup sayup gitu dengar sound dari luar. Kalau nak makan, ada ruangan untuk dibeli makanan dan minuman. Rasa-rasa nak ke toilet, pun dekat je. Screen besar dah tersedia bagi nampak kutipan goal..hehe..... 

Takda isu lain yang terlalu rumit sepanjang aku kutip pengalaman menonton perlawanan AFC Champions League di Stadium Sultan Ibrahim, Johor 🤩 Yang pasti, meriah dan semangat kesukanan aku memuncak bila sampai sini 👍

Nak singgah tengok tengok sekitar kawasan? Atau datang saja makan kat Woodfire?? Waze jer nama Stadium Sultan Ibrahim. InshaAllah sampai ye. 




Notakaki: All the best player yang berjuang dalam game Bola Sepak Liga Super 2022. JDT VS Penang Rabu nanti. Take note 😂


Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .