Puas Hati Makan Makanan Western Sedap kat KBB Steak & Burger, Kota Bharu, Kelantan

Puas Hati Makan Makanan Western Sedap kat KBB Steak & Burger, Kota Bharu, Kelantan || Hai Korang! Harini Nona nak share satu tempat makan Western paling best dan terkenal kat Kelantan yang menyediakan makanan western seperti steak, burger dan macam macam Western food yang paling padu! Mantop rasanya! Sekian lama bertempat di Kota Bharu, Kelantan, restoran KBB Steak & Burger ini kelihatan eksklusif dan mempunyai ruang yang selesa buat semua pengunjung. Seramai 100 hingga 150 orang boleh dimuatkan dalam satu masa kat sini. Haaa..cukup luas kan??

Steakhouse

Bukan sahaja tempatnya selesa, menu yang disajikan pun sangat sedap belaka! Pelbagai menu seperti steak&ribs, steak&lamb, burger, tomahawk, pasta, wagyu dan banyak lagi makanan paling best yang boleh dicuba kat sini. Sebut je nak apa. Steak, Pasta, burger, ribs, atau lamb? Semua ada, pasti rambang mata nak pilih yang mana untuk dimakan. Beberapa makanan paling viral memang ada kat sini tau! Tak sia-sia datang sebab sedap, harga mampu makan, masih murah dan berbaloi baloi dengan harga! Lepastu ambil gambar gaya hipster! Ehh tibber! Haha..

Tomahawk

TOMAHAWK

Wagyu

GAMBAR A5 JAPANESE WAGYU

Burger

SMOKEY MEAT BURGER

Western Food Kelantan

CRISPY CHICKEN

Bagi peminat pasta, Pasta Spicy Clam Marinara paling sedap manakala Mac & Cheese Carbonara sesuai untuk kanak-kanak. Makanan paling best yang boleh digelarkan ‘best seller’ ialah Wild Ribs Burger, Backribs, Wagyu Burger. Haaa, baru je baca dah meleleh air liur saya. Rasai kelembutan burger Wagyu, dan keenakan Wild ribs burger kerana mempunyai double patty dengan ribs. Terpaling dahsyat tuh! Sesiapa datang sini, kena cuba menu yang disebutkan tuh! Kalau dah tak tahu nak makan apa sangat, boleh pilih menu yang I suggest tu yer. Tapi confirm rambang mata tengok semua menu menyelerakan! Tak pasal-pasal nanti lepas makan situ, order pulak untuk bungkus bawak balik. Haha..

Cheese

MAC & CHEESE

Wild Ribs Burger

WILD RIBS BURGER

Steak cut pun ada bermacam-macam seperti ribeye, sirloin, dan  t-bone porterhouse. Pakej pakej menu (steak&ribs, steak&lamb) yang disajikan adalah seperti di bawah:

Lamb

STEAK AND LAMB PACKAGE

Steak

STEAK AND RIBS PACKAGE

Sedap! Sedapnya nampak! Juicy betullah ceritanya! Uii, bukan kat mata je mampak sedap berjuicy, kat lidah dan tekak pun sedap okayh! Tempat ni terbahagi kepada dua bahagian iaitu di bahagian atas dan bawah. Terpulang kepada customer nak duduk kat mana.

Steak House KBB

UPPER DINING ROOM 1

Steakhouse

LOWER DINING ROOM

KBB Burger & Steak ni juga merupakan salah satu tempat popular yang menyediakan dua ruangan khas Meat Club. Tempat perjumpaan gituh. Sesuai sangat untuk mengadakan apa jua ‘private event’ seperti birthday, annual dinner, anniversary, parti perpisahan dan lain-lain.

Bilik yang dikhaskan untuk event ni boleh memuatkan seramai 10 hingga 12 orang untuk buat celebration. Ruangan luar untuk Meat Club pun sama tau. Boleh memuatkan seramai 10-12 orang. Haaaa, kan best tuh. Tempat makan menarik, tertutup dan selesa untuk semua peringkat umur. Hehe.. Lepak lelama pun tak boring sebab makanan dan minuman tip top!!

Western food

MEAT CLUB VIP

Steakhouse

MEAT CLUB AREA NON VIP

Bagitau atau tanya je staff kat sana yang ramah tu, mesti dorang boleh tolong untuk booking tempat dan request benda lain. Senang cakap, tak perlu pening-pening lah. Mereka boleh guide pasal menu ni semua.

‘Kalau warga Kelate kelik kampong, nanti singgah la sini deh!’

‘Sesiapa yang berkunjung ke Kelantan pun dicadangkan try Western food kat sini tau!’

 

Oh yaa! Korang tak tahu KBB Burger & Steak ni jugak ada outlet kedua di Terengganu tau! Mereka baru je mula beroperasi penghujung Februari lepas di Terengganu.. Fuhh memang mantap la ni... Agak-agak lepas ni diorang buka kat mana pulak ya? Aku teringin nak dorang bukak kat Johor sebab macam macam makanan Western yang ada 🤩

Okaylah, kalau nak tahu betul ke tak staff mereka friendly, terbaik servis, dan makanan western semua sedap berbaloi dengan harga? I tell you, inilah steakhouse wajib singgah di Kota Bharu, Kelantan. Dan jugak Terengganu..! Memuaskan hati! Suggested  👍 Boleh singgah makam dan lepak KBB Burger & Steak ya. Rujuk info di bawah:


KBB Burger & Steak Kota Bharu

No 2713 Jalan Kuala Krai

15150 Kota Bharu

Kelantan

No : 010 258 1001 (KBB Burger & Steak Kota Bharu)

Link Whatsapp : https://kbbdelivery.wasap.my

Operation hours : 12pm – 11pm / Jumaat : 3pm -11pm (Setiap Hari)


KBB Burger & Steak Kuala Terengganu

Lot 4063 Jalan Sultan Zainal Abidin

2000 Kuala Terengganu, Terengganu

No : 010 254 1001 (KBB Burger & Steak Kuala Terengganu)

Link Whatsapp : https://kbbterengganu.wasap.my

Operation hours : 

12pm – 11pm / Jumaat : 3pm -11pm (Open Daily)


FACEBOOK

https://www.facebook.com/kbbburgerandsteak (KBB BURGER & STEAK KOTA BHARU)

https://www.facebook.com/kbbburgerandsteakterengganu (KBB BURGER & STEAK KUALA TERENGGANU)

INSTAGRAM

https://www.instagram.com/kbbburgerandsteak

TIKTOK

https://vt.tiktok.com/ZSdKfrnDy/



Post a Comment

5 Comments

  1. Daging nampak berjus. Kira pandai masak.
    Wah ada kedai makanan Barat di KB dan KT yang artisan jual macam-macam bahagian daging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Alhamdulillah.. Pandai letew.. hehe..

      Delete
  2. Fuyooo ingat ko pi Kelantan makan Nonn hehehehe

    ReplyDelete
  3. Ya allah....masuk sini je dihidangkan dengan sesuatu yang menyenangkan yang menjadi idaman...wagyu A5 tu akak pernah makan...lembut..melt in ur mouth..oh gosh....kena cari lagi ni...

    ReplyDelete
  4. wah lama tk blk KB...sedap nmpk tmpt ni

    ReplyDelete

Thanks For Coming!
Terima Kasih Kerana Singgah!