Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37)

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37)

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) ||  Berakhir sudah Anugerah Juara Lagu 37 (AJL). Seperti yang diketahui ramai, AJL merupakan salah satu program berprestij dalam Malaysia yang ditunggu tunggu ramai saban tahun. Tak semua orang tonton program ni tapi aku, memang akan tengok. Sama ada sambil update blog atau makan makan. Saja hiburkan hati sendiri 🤩 Suara semua sedap sedap belaka bukan sumbang, haruslah dengar! Hehe..  Tahun ni berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil dengan bertemakan 'Dimensi Muzik'.

Anugerah Juara Lagu 37

Fuh, maka terjawablah debaran semua orang tentang siapa agaknya yang bakal merangkul gelaran Juara kalini. Tahniah kepada semua pemenang Dan jugak kepada semua peserta lain yang layak ke final AJL 37.

SENARAI PESERTA FINALIS:

1. Iman Troye - Nang

2. Marsya - Kembali Terang 

3. Naim Daniel - Mainan

4. Liza Hanim & Shila Amzah - Bahagiakan Dia

5. Alif Satar - Anugerah Terindah 

6. Ernie Zakri - Korban 

7. Shiha Zikir - Irama

8. Joe Flizzow & Sonaone - Satu Malam Di Temasek

9. Amir Masdi & Dayang NurFaizah - Debu 

10. Noki & MK - Payung Pelangi

11. Khai Bahar - Sengsara

12. Aina Abdul - Terus Hidup

Amir Masdi

Sedikit sedutan by Amir Masdi & Dayang

SENARAI PEMENANG AJL 37:

JUARA (Sebuah trofi+ RM100K) 

Aina Abdul

Tajuk lagu: 'Terus Hidup' 😃


NAIB JUARA  (Sebuah trofi + RM50K)

Joe Flizzow Dan Soneone

Tajuk:  Satu Malam Di Temasek.


TEMPAT KETIGA (Sebuah trofi+ RM30K)

Aliff Satar

Lagu: 'Anugerah Terindah'

VOKAL TERBAIK 

Aina Abdul 

Tajuk lagu: 'Terus Hidup'

PERSEMBAHAN TERBAIK

Shiha Zikir yang menyanyikan lagu bertajuk Irama

PENYANYI PILIHAN ALHA ALFA (Menang hadiah wang tunai berupa RM12K) :

Khai Bahar dengan lagunya Sengsara 

Congratulations! Overall kalini, bagi aku kedua dua pengacara iaitu Sherry Alhadad Dan Jihan Muse masih berjaya memeriahkan keadaan cuma iklan tu macam banyak benor ye.. Iklan dalam majlis tu sendiri pun banyak dah 😅🙏Lol.. Tapi kita faham kenapa ia perlu ada. 

Ops, untuk lagu yang masuk kalini, ada ler yang aku suka Dan kurang minat. Walaubagaimanapun, kesemuanya padu sama ada Dari segi suara, atau props yang digunakan.

Ya, aku tunggu persembahan dari Shiha Zikir. Fuh, canggihnya time berjoget tu..Unik! Persalinan pakaian pulak of course dari Aina Abdul yang dinanti nanti kami😃 

Aina Abdul

Cantiknya baju Aina Abdul 🤩

Malam yang bakal diingati, seronok sebenarnya tengok senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) kalini.

Again, lagu Aina Abdul nampaknya akan terus hidup! Banyak Aina Abdul tapau ek!  Huhu, rezeki. Tahniah yer semual! Sebak! Alhamdulillah for everything ❣️


Notakaki: Tertidur dah sebenarnya Dan terbangun semula 😂


Post a Comment

1 Comments

  1. kita tahu lagu Nang Iman troy tu je... sebab selalu ada kat radio dan tik tok.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .