Cara Menunaikan Solat Isyak Dengan Betul|| Solat Isyak merupakan salah satu solat Fardhu empat Rakaat yang wajib dilaksanakan bila masuk waktunya. Jika tertinggal melaksanakannya disebabkan perkara yang tidak disengajakan seperti tertidur atau terlupa, haruslah menqada' kan solat Dan jika sengaja ditinggalkan adalah berdosa hukumnya. Selagi waras Dan mampu, Wajib mendirikannya.
Bilakah Waktu Perlu Menunaikan Solat Isyak?
Bermula selepas mega merah di ufuk timur hilang dan berterusan sehingga terbit fajar pada hari keesokannya.
Zaman sekarang lebih mudah sebab waktu solat boleh boleh check waktu solat Dan set Azan melalui online seperti aplikasi TheNoor Dan lain lain yang ada di Google Play. Tiada alasan untuk tinggalkan solat Maghrib lagi.
Cara Menunaikan Solat Isyak
1. Mengambil wudhu
2. Berdiri tegak menghadap Qiblat Dan mulakan Lafaz serta Niat Solat Isyak.
Lafaz Dan Niat Solat Isyak
Maksud Dan Niat: Sahaja Aku Solat Fardhu Isyak, Empat Rakaat Tunai Kerana Allah Taala.
✅ Rakaat Pertama Solat Isyak
3. Membaca Doa Iftitah pada Rakaat Pertama Solat Isyak (Hukumnya Sunat, tidak Wajib)
4. Rukuk Dan Iktidal
Bacaan rukuk Dan iktidal
5. Sujud
Bacaan Semasa sujud
6. Duduk Antara Dua Sujud
Bacaan Semasa Duduk Antara Dua Sujud
7. Sujud semula Dan bangun berdiri untuk rakaat kedua pula.
Note: Selepas Sujud yang kedua, terus bangun untuk rakaat kedua
✅ Rakaat Kedua Solat Isyak
- Membaca Al Fatihah Dan diikuti Surah lazim yang lain
- Rukuk
- Iktidal
- Sujud
- Duduk Antara Dua Sujud
- Sujud semula
- Duduk Tahiyat Awal
Bacaan Tahiyat Awal
Note: Selesai Sujud yang kedua, jangan terus berdiri. Mesti duduk untuk bacaan Tahiyat Awal terlebih dahulu.
✅ Rakaat Ketiga Solat Isyak
- Membaca Al Fatihah Dan diikuti Surah lazim yang lain
- Rukuk
- Iktidal
- Sujud
- Duduk Antara Dua Sujud
- Sujud semula
- Bangun untuk menunaikan rakaat keempat
✅ Rakaat Keempat Solat Isyak
- Membaca Al Fatihah Dan diikuti Surah lazim yang lain
- Rukuk
- Iktidal
- Sujud
- Duduk Antara Dua Sujud
- Sujud semula
- Tahiyat Akhir
Bacaan Tahiyat Akhir
8. Memberi Salam ke kanan Dan kiri
Amalan Selepas Solat Isyak
1. Mengucap Istighfar Dan Selawat berulang kali
2. Membaca Doa untuk Kedua Ibu Bapa
اَللهُمَّ اغْفِرْلِىْ ذُنُوْبِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا
Allah ampunkanlah segala dosa ibu dan ayahku,
Dan kasihilah mereka sepertimana mereka menjagaku sejak kecil.
3. Doakan untuk diri sendiri Dan sesiapa saja yang diingini. Doakan apa jua yang dihajati agar Terlaksana.
Solat Isyak Boleh Dijamak dan Diqasarkan
Ya, solat Isyak Boleh diiqasarkan aka dipendekkan menjadi dua rakaat Dan dijamakkan.
Kesimpulan
Solat Isyak waktunya tersangat lama. Bagaimanapun, kita disarankan solat di awal waktu. Berusahalah untuk tidak meninggalkannya Dan dapatkan pahala dengan mendirikannya sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah. Semoga solat Isyak kita diterima Allah.
Baca Juga: Solat Jamak Dan Qasar yang Betul
2 Comments
good sharing..peringatan bersama
ReplyDeleteterima kasih nona atas sharing yg bagus ni
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .