Kes Rogol? Akta Hukuman Bagi Perogol Yang Bersalah

Kes Rogol? Akta Hukuman Bagi Perogol Yang Bersalah

Kes Rogol? Akta Hukuman Bagi Perogol Yang Bersalah || Kes rogol sudah tidak asing lagi dalam negara Malaysia. Walaupun nampak pelbagai hukuman diberikan namun Masih ada yang tidak takut Dan sedar akan impaknya.  Seperti baru-baru ni, kes rogol bergilir-gilir, kes abang ipar rogol adik ipar, kes ayah rogol anak, dan banyak lagi kes berkaitan jenayah tersebut yang menyebabkan trauma pada si mangsa. Malah lebih teruk apabila ada yang membunuh selepas memperkosa! Nauzubillah! Sadis! Walaubagaimanapun, ada jugak kes yang disebut 'rogol' meskipun dilakukan secara sukarela oleh kedua Dua pihak kerana usia budak perempuan tersebut yang masih berada di bawah umur. Betulkah semakin bertambah kes rogol? Akta hukuman bagi perogol yang bersalah perlu disebarkan agar sedikit sebanyak dapat membanteras aktiviti tidak bermoral begini.

Setiap kali terdengar atau terbaca berita mengenai kes rogol atau cabul, banyak pertanyaan dalam fikiran. Antaranya, mengapa tergamak untuk melakukan perkara tidak bermoral macamtu, "dah takda otak ke?" Dan bermacam macam ayat sumpah seranah laju terkeluar dari mulut.

Perogol

Gambar Dari ikram.org

Maksud Rogol atau Cabul

Rogol atau cabul atau perkosa adalah salah satu jenayah dalam bentuk serangan seksual dan dianggap oleh kebanyakan orang sebagai  kesalahan yang sangat serius. Dalam undang-undang, istilah "rogol" merujuk kepada serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa (perempuan) yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual. Sesetengah perundangan menggunakan istilah seperti "serangan seksual" atau "dipukul untuk seksual" dan ada juga yang menggelar "rogol" sebagai serangan seksual dengan penembusan. Rogol sering diiringi oleh kecederaan fizikal kepada mangsa perempuan, dan juga boleh mengakibatkan kecederaan terhadap mental dan psikologi. 

Punca-punca Kes Rogol Berlaku

1. Medium Elektronik atau Sosial Media

Pendedahan terhadap dunia online Dan sosial media yang semakin meluas. Bahan lucah seperti gambar gambar wanita seksi berposing Dan video yang bukan bukan mudah dijumpai di laman Instagram, Facebook Dan sebagainya yang boleh merangsang seseorang untuk melakukan aktiviti jenayah rogol. Selain itu, terdapat bahan bacaan yang menceritakan mengenai pengalaman melakukan aktiviti jenayah ini di beberapa website. Ada jugak dark web yang menyediakan perkhidmatan tidak bermoral bagi menambah minat seseorang terhadap aktiviti jenayah seperti itu. Inilah yang dikatakan sebagai ketagihan pornografi. Khayalan mereka jauh tentang hubungan seksual. Mereka ketagih menonton aksi aksi di dalam gambar atau video porno yang dipertonton!!

Hal ini jika tidak dipantau Dari awal, bakal menimbulkan masalah di kemudian hari! Mereka akan terus menyukai dengan adegan yang Dilihat Dan ingin mempraktikkannya selalu bagi mengetahui apa rasanya melakukan aktiviti jenayah tersebut.

2. Kurang Didikan Agama

Kenapa dikaitkan dengan kurang didikan agama? Ya,  tidak mendapat didikan Secukupnya atau kurang pengisian jiwa mengenai Hal dosa Dan pahala berzina atau merogol. Ini semua bermula Dari hati Dan jiwa yang kosong.  Jiwa kosong bererti tiada 'makanan' yang diberikan terhadap jiwa sendiri. Input berkenaan apa ajaran dalam Agama itu tidak sampai. Apabila tiada pemahaman mengenai dosa Dan pahala mencabul orang, Maka tiada rasa bersalah dalam diri perogol untuk memulakan Dan melakukannya secara berterusan. Mereka hanya bertindak mengikut Nafsu Dan tidak dapat mengawalnya kerana nilai murni tentang Agama itu tidak ada dalam jiwa.

3. Kisah Silam Pernah Dilayan Teruk oleh Wanita

Ada satu artikel pernah menceritakan tentang seorang Lelaki di mana dia teruk didera oleh ibu tirinya Sewaktu zaman kecilnya. Maka dia melakukan aktiviti mencabul kehormatan anak kandungnya sendiri berulang kali. Saluran kemarahan melalui anaknya sendiri. Dahsyat!

4. Mempunyai Motif Dendam

Motif dendam terhadap mangsa atau yang rapat dengan wanita terbabit seperti keluarga atau teman baik pun boleh dijadikan punca dalam diri seseorang untuk bertindak di luar kewarasan mereka. Perogol saja mendera perasaan orang yang menyakiti hati mereka melalui cara mengganggu ketenteraman ahli keluarga atau sesiapa yang berkaitan dengan musuh yang tidak disukainya. Asbab dendam terhadap orang lain, rakan atau keluarga rapat menjadi mangsa. 

5. Pergaulan Bebas

Anak muda seringkali dikaitkan dengan jiwa yang memberontak. Tidak semua tapi ada. Pergaulan bebas dengan sesiapa tanpa mengira apa pun boleh menyebabkan jenayah rogol berlaku. Ada dalam kalangan mereka terpengaruh dengan rakan Dan tidak kurang jugak yang ingin menunjukkan kehebatan mereka berjaya dalam membuat aktiviti seksual secara haram, sehinggakan kemudiannya seorang perempuan dengan senang senang menjadi 'lauk' beramai ramai!! 😨 

6. Mengamalkan Ajaran Sesat

Sesetengah manusia adakalanya Masih mengamalkan Ajaran Sesat dalam kehidupan. Tiada landasan yang betul. Sebagai contoh, pergi berubat dengan pengamal ubatan yang mengamalkan ilmu hitam untuk mengubati seseorang yang sedang dirasuk atau meminta pertolongan demi mendapatkan kekayaan, anak Dan bermacam macam lagi sehingga perlu mempersembahkan diri walaupun tanpa rela si mangsa. Itu pun dikira sebagai rogol. 

7. Memakai Pakaian Seksi

Tidak semua Kes berkaitan pemakaian seksi seseorang tetapi ianya tidak mustahil jugak. Hal ini disebabkan setelah menonton video porno, mereka terikut ikut adegan dalam video tersebut.. Jadi, apabila melihat wanita seksi yang memakai pakaian sehingga nampak lurah Dan segala bentuk tubuh badan, kewarasan mereka hilang Dari fikiran Dan mereka ingin mendapatkan layanan daripada fugura wanita tersebut.

8. Mempunyai Penyakit Pedofilia/ Pedophilia

Pedofilia bererti si pemangsa mempunyai minat seks yang utama atau eksklusif terhadap kanak-kanak belum baligh, berusia 13 tahun atau lebih muda! Selalu terdengar ada perogol mencari mangsa yang beruniform sekolah. Yes, mereka lebih tertarik dengannya Dan bukan dengan perempuan dewasa. 

Rogol

Gambar from Google

Kesan Daripada Kegiatan Merogol

1. Mangsa Mengalami Penembusan Yang Menyakitkan.

2. Mangsa Boleh Hamil Anak Luar Nikah

3. Mangsa Mengalami Jangkitan Urin

4. Mangsa Boleh Mendapat Jangkitan Seksual seperti HIV, Gonorrhea Dan Bermacam macam lagi.

5. Mangsa Mengalami Tekanan Emosi Dan Mental yang Sangat Kuat

6. Trauma Dan Malu untuk Keluar


Akta Hukuman Bagi Perogol  

Seksyen 377CA dalam Kanun Keseksaan memperuntukan bahawa mana-mana orang yang mempunyai hubungan seksual dengan orang lain dengan memasukkan apa-apa objek ke dalam faraj (vagina) atau dubur seseorang lain tanpa kebenaran akan dihukum dengan penjara sehingga maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan sebatan! 


Baca Info Lain : Akta Hukuman Bagi Perogol

Di dalam kes rogol juga, saksi yang paling penting merupakan pegawai perubatan yang akan memeriksa keadaan mangsa Dan boleh mengesahkan sama ada berlakunya hubungan kelamin tersebut atau tidak dan sama ada hubungan kelamin tersebut dilakukan dengan sukarela atau tanpa kerelaan mangsa.


Mangsa Rogol Jangan Berdiam Diri!

Betul. Bagi sesiapa yang menjadi mangsa, jangan mendiamkan diri seperti tiada apa apa Berlaku tetapi sendiri kemurungan Dan fobia. Kita ada undang undang Dan Kegiatan seperti ini perlu dibanteras! Sampai bila harus dibiarkan syaitan bertopengkan manusia ini terlepas?


Kesimpulan

Ibu bapa Dan guru memainkan peranan penting dalam mendidik Dan memantau aktiviti yang anak anak lakukan, gambar, atau video apa yang mereka tonton. Sekat input yang tidak perlu. Dan jika boleh, ambil tahu dengan siapa mereka berkawan. Risau tersalah langkah. Musnahlah generasi pada zaman sekarang. Jika Dari awal dijaga, inshaAllah Kes rogol berkurangan. Tiada lagi perogol bebas melakukan jenayah seperti ini terhadap orang lain. Kesedaran mengenai Kes Cabul jugak harus diperluas agar tiada lagi jiwa tersakiti dengannya. Marilah kita bersama sama menjadi seorang insan yang berguna dan memberi manfaat kepada orang lain. Isi jiwa untuk melakukan kebaikan 🩷


Baca Juga: Doa dalam Kesulitan Dan Kesempitan

Post a Comment

8 Comments

  1. ramai yang mendiamkan diri kerana harga diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...Malu...Tapi bukan Salah sendiri 100% ... Ada yang lebih bersalah..patut dihukum lebih..

      Delete
  2. setuju sgt.. patut dikenakan hukuman yg lebih berat. sama mcm kes dera kat pusat asuhan tu, makin berleluasa plak lately ni kan.. geram & kesian sgt bila dgr...memang MA mengucap panjang bila dgr tu....Allahu...

    ReplyDelete
  3. Perogol ni kadang2 confident je mangsa takkan buka mulut sbb taknak aibkan diri-sendiri. Biasanya mangsa dah ditakut2kan atau kena brainwash dulu, tak pun pelaku ambik gambar mangsa dalam keadaan tak berbaju lepas tu ugut utk sebarkan kalau bukak mulut.

    Kesan trauma ke atas mangsa bukan setakat fizikal, emosi dan mental mangsa dan keluarga pun terjejas jugak. Lagi2 kalau termengandung lepas tu. Sebab tu pendapat alim ulama ikut hukum Islam, perogol ni kena hukum macam orang berzina - hukuman sebat 100x kalau belum berkahwin dan dibuang negeri / rejam sampai mati untuk yang dah berkahwin sebab kesan perbuatan merogol tu sangat buruk dekat masyarakat.

    ReplyDelete
  4. Di Indonesia baru2 ini teruangkap case perkosaan yang dilakukan seorang guru Agama di suatu pesantren . Kejadiannya sudah bertahun, dan anak yang diperkosa ada banyak, bahkan beberapa sampai melahirkan anak.

    Sempat gempar, saya bahkan takut utk menyekolahkan anak ke pesantren kalau macam itu tabiat gurunya. Penjahatnya sudah ditangkap, dan trakhir dihukum mati, walau belum tahu kapan.

    Terlalu bejat, karena anak2 itu sampai melahirkan. Kami berharap hukuman matinya tidak berubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Astaghfirullah! MashaAllah! Seram betul..Tuhlah..susah nak percaya..Sebab sikap individu tu.. Ustaz ke tak Ustaz...Kan

      Delete
  5. Moga kita semua dijauhkan dari ujian sebegini rupa

    ReplyDelete
  6. kesalahan yg mmg tak boleh dimaafkan. bagi hukuman berat2

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .