Tips Memilih Dekorasi Dan Konsep Pelamin

Tips Memilih Dekorasi Dan Konsep Pelamin

Tips Memilih Dekorasi Dan Konsep Pelamin || Majlis pertunangan dan perkahwinan sering dimeriahkan dengan kewujudan pelamin untuk mempelai duduk bersanding atau Menyarung cincin (Semasa pertunangan). Oleh sebab itu, penting untuk mencari pelamin yang bersesuaian majlis dan mengikut bajet masing masing. Harini Nona kongsikan Tips Memilih Dekorasi Dan Konsep pelamin yang boleh dirujuk oleh bakal mempelai.

Rancanglah konsep Dan dekorasi pelamin yang diinginkan Dari awal serta carilah trusted wedding planner agak tidak ditipu dan kecewa di kemudian hari. Pelbagai jenis pelamin yang disediakan sama ada pelamin untuk kanopi, dewan, rumah Dan sebagainya. Bagi warga Johor yang sedang mencari wedding planner atau pelamin tunang, kahwin Dan lain lain di sekitar Johor, Nona ada share beberapa link wedding planner di bahagian bawah gambar pelamin yang mana gambarnya Nona letak dalam entri harini. 

Tips Memilih Dekorasi Dan Konsep Pelamin

1. Elakkan Terlalu Banyak Penggunaan Warna

Sebaiknya mempunyai 3 atau 4 unsur warna sahaja. Hal ini bagi mengelakkan daripada pelamin kelihatan berserabut dengan terlalu banyak warna. Jika ingin warna yang banyak, padankan dengan warna senada. Sebagai contoh, terdapat warna pink sebagai warna utama pada pelamin, bolehlah digabungkan dengan warna seakan akan hampir dengan pink atau mix dengan warna pastel, warna soft Dan sedap mata memandang. Kebiasaannya, langkah Selamat ialah dengan menggunakan warna putih sebagai background Dan dipadankan dengan sedikit warna lain pada props atau hiasannya.

 

2. Menutupi Keseluruhan Background Dewan di Bahagian Pelamin

Pelamin akan nampak cantik bila keseluruhan bahagian background tu ditutupi dengan props dekorasi seperti bunga atau apa apa barangan yang berkaitan dengan konsep pelamin. Jangan dibiarkan ruangan kosong terlalu banyak di bahagian tepi pelamin. Cover dengan langsir plain mengikut tema pun dah nampak kemas jika tidak memiliki begitu banyak props lain yang digunakan.

Pelamin Neelofa

Siapa ingat pelamin siapa? Ya, inilah pelamin Neelofa Dan PU Riz suatu ketika dahulu ✅


3. Tidak Memilih Warna yang Sama Dan Serupa dengan Warna Baju Pengantin

Pemilihan warna tema atau warna utama pelamin seharusnya tidak sewarna Dan senada dengan warna baju mempelai yang bakal dipakai pada hari majlis. Ini adalah perlu bagi mengelakkan daripada pengantin kelihatan 'tenggelam' dengan warna background pelamin. Sebagai contoh, jika warna pelamin sudah berwarna bold, padankan baju Pengantin dengan warna sedikit cerah atau pastel begitu juga sebaliknya. Mix and match dengan betul. Apa yang penting, pengantin perlu lebih menyerlah daripada pelaminnya ❤️


4. Kenalpasti Keluasan Dan Kesesuaian Ruangan Untuk Meletakkan Pelamin

Pentingnya mengetahui design atau tema pelamin yang dipilih tu betul betul muat Dan sesuai dengan Keluasan ruangan yang tersedia. Sekiranya pelamin memerlukan banyak props untuk kelihatan cantik, ukur siap siap ruangan bagi menempatkan pelamin agar senang untuk diatur. Berbincang dengan wedding planner sama ada sesuai atau tidak dengan saiz Dan ruangan pelamin tersebut mengikut konsep yang diinginkan.


5. Pencahayaan Yang Cukup

Pastikan pencahayaan yang cukup agar nampak jelas pengantin Dan pelaminnya. Bila cahaya cukup, gambar pun akan jadi cantik Dan nampak berseri seri. Pencahayaan amat penting semasa majlis persandingan ✅ Oleh itu, sediakan sumber cahaya yang cukup.


6. Elakkan Spotlight Menghala ke Muka

Jangan membiarkan spotlight berada betul betul di hadapan muka Dan menyuluh direct ke muka. Ini boleh mengakibatkan silau Dan ketidakselesaan pengantin atau tetamu yang hadir untuk bergambar. Biarlah cahayanya sekadara mencukup Dan tidak terlalu terang benderang.


Enam Konsep Pelamin

1. Pelamin Klasik atau Tradisional

Tema Dan Konsep Tradisional seringkali bermotifkan songket, Dan batik. Ianya menjadi pilihan untuk menampakkan keunikan tradisi orang Melayu. Selain itu, boleh juga unsur  moden dicampurkan dengan unsur Tradisional bagi menyerlahkan lagi pelamin raja sehari. 

Pelamin tradisional

Cantik hasil tangan Whitebox Bridal!

Pelamin Motif Batik

Baru baru ni viral, kisah Haris Rashid melukis untuk pelamin tunang kawannya..Motif Batik yang sering popular dalam adat Melayu.. Unik! Nona suka!

2. Pelamin Menggunakan Bunga Sepenuhnya

Seluruh pelamin dihiasi bunga Dari bawah sehingga hujung dinding atas. Lebih menambah keseriannya apabila bunga bunga yang digunakan itu adalah fresh flower yang mengeluarkan bauan Manis yang menyegarkan. Ada juga yang suka dengan bunga yang berjuraian pada background pelamin. Wow.. Pasti terbuai buai dengan Konsep ini.

Pelamin Bunga

Ini adalah contoh jika pelamin berada di bawah kanopi Dan bertemakan bunga penuh. Ianya kelihatan seperti ini. Jika ada kemampuan lebih, bolehlah buat seperti pelamin Neelofa tu ye, kat hall lebih besar.


3. Pelamin Bertema

Ini bermaksud, pelamin mempunyai tema seperti aerospace, galaxy, garden Dan juga kartun atau animasi kegemaran

Pelamin Doraemon

Sumber Gambar di Facebook 'Saya Anak Johor' (Posting pada tahun 2018)

Galaxy


Wedding Garden Theme

Tema Garden Dan Galaxy dari Whitebox Bridals. Terpulang untuk membuat tema ini secara indoor atau outdoor. Gambar ni Nona snap sendiri few months ago kat Thistle Hotel, JB. Kalau nak tahu, Whitebox Bridal inilah yang Deko deko pelamin untuk Intan Najwa haritu.

4. Background Menggunakan Props

Props yang digunakan adalah seperti kayu, bunga hiasan atau gegelung. Segala peralatan tu disangkut dan diletakkan di sekeliling  kawasan pelamin. Kelihatan sangat ceria dengan kehadiran props

Pelamin Kahwin


Pelamin

Gambar Dari Facebook page yang bukan wedding planner. 

5. Pelamin Mengikut Tema Warna 

Penggunaan warna tema tu digunakan lebih banyak pada pelamin. Sebagai contoh, pengantin memilih warna cream sebagai warna tema utama, Maka kebanyakan warna yang diguna pakai pada pelamin adalah warna cream. Sedikit sentuhan daun atau bunga dengan kuantiti yang sedikit sahaja. Masing masing mengikut warna tema yang disukai. Ada yang meminati warna biru, jadi pelaminnya mempunyai hanya satu warna sahaja iaitu biru.

Pelamin Moden


6. Mini Pelamin

Pelamin ini sangat sesuai untuk ruangan yang tidak begitu besar Dan sederhana tempatnya. Walaupun mini, Ia tetap kelihatan elegant apabila mengenakan props yang bersesuaian. Kebiasaannya digunakan semasa majlis pertunangan atau pernikahan. Simple tapi menarik.

Mini pelamin

Lokasi Sinar Embong di area Pasir Gudang, Johor. Boleh lihat pelamin mini yang murah dengan dorang.

Kesimpulan

Perbanyakkan survey mengenai pakej perkahwinan yang trusted, pilih pelamin mengikut tips yang diberikan Dan saling berbincang bersama pasangan Dan wedding planner untuk dapatkan hasil yang memuaskan. Semoga konsep pelamin yang dipilih menjadi sejarah terindah dalam Perkahwinan yang dibina Dan merakam beribu memori bersamanya. 



 

Post a Comment

17 Comments

  1. menarik semua corak2 pelamin tuuh., hehe

    ReplyDelete
  2. pelamin sekarang lawa2.. bertema dan berkonsep bagai... pelamin saya dulu tahun 2008 kalau sekarang ni jatuh pada mini pelamin je kot... simple je x byk main warna cuma ada ranting kayu

    ReplyDelete
  3. Banyak pilihan tema pelaminan, bisa di sesuaikan dengan anggaran/dana, cantik "tema pelaminan di atas, bisa jadi rujukan/pilihan buat calon pengantin, tapi saya suka tema simpel perpaduan white dan gold, an bunga" terimaksih infonya sis menarik sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa, banyak ✅ Oook..simple itu nice, kan..Good choice!

      Delete
  4. Eh, hari tu post pasal cincin tunang/nikah, kali ni post pasal pelamin pulak. Ehem2x... 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehem, ehem..takda Pape lah 😂 Sekadar perkongsian ❤️

      Delete
  5. lawa lawa hurm doakan sy jumpa jodoh ye

    ReplyDelete
  6. cantik2 semuanya.... bakal pengantin boleh rambang mata nak pilih tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Betul tuhhh, memang rambang mata ler ✅❤️

      Delete
  7. Ish3 ns ehem3
    Cerita pasal pelamin pulak

    ReplyDelete
  8. banyak2 pelamin, sy pilih pelamin penyanyi Yuna... banjaran titiwangsa sbg background...👍👍👍

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .