Tips Memilih Dekorasi Dan Konsep Pelamin || Majlis pertunangan dan perkahwinan sering dimeriahkan dengan kewujudan pelamin untuk mempelai duduk bersanding atau Menyarung cincin (Semasa pertunangan). Oleh sebab itu, penting untuk mencari pelamin yang bersesuaian majlis dan mengikut bajet masing masing. Harini Nona kongsikan Tips Memilih Dekorasi Dan Konsep pelamin yang boleh dirujuk oleh bakal mempelai.
Rancanglah konsep Dan dekorasi pelamin yang diinginkan Dari awal serta carilah trusted wedding planner agak tidak ditipu dan kecewa di kemudian hari. Pelbagai jenis pelamin yang disediakan sama ada pelamin untuk kanopi, dewan, rumah Dan sebagainya. Bagi warga Johor yang sedang mencari wedding planner atau pelamin tunang, kahwin Dan lain lain di sekitar Johor, Nona ada share beberapa link wedding planner di bahagian bawah gambar pelamin yang mana gambarnya Nona letak dalam entri harini.
Tips Memilih Dekorasi Dan Konsep Pelamin
1. Elakkan Terlalu Banyak Penggunaan Warna
Sebaiknya mempunyai 3 atau 4 unsur warna sahaja. Hal ini bagi mengelakkan daripada pelamin kelihatan berserabut dengan terlalu banyak warna. Jika ingin warna yang banyak, padankan dengan warna senada. Sebagai contoh, terdapat warna pink sebagai warna utama pada pelamin, bolehlah digabungkan dengan warna seakan akan hampir dengan pink atau mix dengan warna pastel, warna soft Dan sedap mata memandang. Kebiasaannya, langkah Selamat ialah dengan menggunakan warna putih sebagai background Dan dipadankan dengan sedikit warna lain pada props atau hiasannya.
2. Menutupi Keseluruhan Background Dewan di Bahagian Pelamin
Pelamin akan nampak cantik bila keseluruhan bahagian background tu ditutupi dengan props dekorasi seperti bunga atau apa apa barangan yang berkaitan dengan konsep pelamin. Jangan dibiarkan ruangan kosong terlalu banyak di bahagian tepi pelamin. Cover dengan langsir plain mengikut tema pun dah nampak kemas jika tidak memiliki begitu banyak props lain yang digunakan.
3. Tidak Memilih Warna yang Sama Dan Serupa dengan Warna Baju Pengantin
Pemilihan warna tema atau warna utama pelamin seharusnya tidak sewarna Dan senada dengan warna baju mempelai yang bakal dipakai pada hari majlis. Ini adalah perlu bagi mengelakkan daripada pengantin kelihatan 'tenggelam' dengan warna background pelamin. Sebagai contoh, jika warna pelamin sudah berwarna bold, padankan baju Pengantin dengan warna sedikit cerah atau pastel begitu juga sebaliknya. Mix and match dengan betul. Apa yang penting, pengantin perlu lebih menyerlah daripada pelaminnya ❤️
4. Kenalpasti Keluasan Dan Kesesuaian Ruangan Untuk Meletakkan Pelamin
Pentingnya mengetahui design atau tema pelamin yang dipilih tu betul betul muat Dan sesuai dengan Keluasan ruangan yang tersedia. Sekiranya pelamin memerlukan banyak props untuk kelihatan cantik, ukur siap siap ruangan bagi menempatkan pelamin agar senang untuk diatur. Berbincang dengan wedding planner sama ada sesuai atau tidak dengan saiz Dan ruangan pelamin tersebut mengikut konsep yang diinginkan.
5. Pencahayaan Yang Cukup
6. Elakkan Spotlight Menghala ke Muka
Jangan membiarkan spotlight berada betul betul di hadapan muka Dan menyuluh direct ke muka. Ini boleh mengakibatkan silau Dan ketidakselesaan pengantin atau tetamu yang hadir untuk bergambar. Biarlah cahayanya sekadara mencukup Dan tidak terlalu terang benderang.
Enam Konsep Pelamin
1. Pelamin Klasik atau Tradisional
Tema Dan Konsep Tradisional seringkali bermotifkan songket, Dan batik. Ianya menjadi pilihan untuk menampakkan keunikan tradisi orang Melayu. Selain itu, boleh juga unsur moden dicampurkan dengan unsur Tradisional bagi menyerlahkan lagi pelamin raja sehari.
2. Pelamin Menggunakan Bunga Sepenuhnya
Seluruh pelamin dihiasi bunga Dari bawah sehingga hujung dinding atas. Lebih menambah keseriannya apabila bunga bunga yang digunakan itu adalah fresh flower yang mengeluarkan bauan Manis yang menyegarkan. Ada juga yang suka dengan bunga yang berjuraian pada background pelamin. Wow.. Pasti terbuai buai dengan Konsep ini.
3. Pelamin Bertema
Ini bermaksud, pelamin mempunyai tema seperti aerospace, galaxy, garden Dan juga kartun atau animasi kegemaran
4. Background Menggunakan Props
5. Pelamin Mengikut Tema Warna
6. Mini Pelamin
Kesimpulan
Perbanyakkan survey mengenai pakej perkahwinan yang trusted, pilih pelamin mengikut tips yang diberikan Dan saling berbincang bersama pasangan Dan wedding planner untuk dapatkan hasil yang memuaskan. Semoga konsep pelamin yang dipilih menjadi sejarah terindah dalam Perkahwinan yang dibina Dan merakam beribu memori bersamanya.
17 Comments
menarik semua corak2 pelamin tuuh., hehe
ReplyDeleteKan... hihii... 😁😁
Deletepelamin sekarang lawa2.. bertema dan berkonsep bagai... pelamin saya dulu tahun 2008 kalau sekarang ni jatuh pada mini pelamin je kot... simple je x byk main warna cuma ada ranting kayu
ReplyDeleteBanyak pilihan tema pelaminan, bisa di sesuaikan dengan anggaran/dana, cantik "tema pelaminan di atas, bisa jadi rujukan/pilihan buat calon pengantin, tapi saya suka tema simpel perpaduan white dan gold, an bunga" terimaksih infonya sis menarik sekali
ReplyDeleteYaa, banyak ✅ Oook..simple itu nice, kan..Good choice!
DeleteEh, hari tu post pasal cincin tunang/nikah, kali ni post pasal pelamin pulak. Ehem2x... 🤭
ReplyDeleteEhem, ehem..takda Pape lah 😂 Sekadar perkongsian ❤️
Deletelawa lawa hurm doakan sy jumpa jodoh ye
ReplyDeleteAamin ya Rabb! ❤️❤️❤️
DeleteDoremon pun ada...? Huih!
ReplyDeleteAdaaaa 😁👍
Deletecantik2 semuanya.... bakal pengantin boleh rambang mata nak pilih tu....
ReplyDeleteKan... Betul tuhhh, memang rambang mata ler ✅❤️
DeleteIsh3 ns ehem3
ReplyDeleteCerita pasal pelamin pulak
Haha...Saja share info ❤️🫶
Deletebanyak2 pelamin, sy pilih pelamin penyanyi Yuna... banjaran titiwangsa sbg background...👍👍👍
ReplyDeleteWhoaaa..itu tema Garden, kan 🤩
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .