Makan Nasi Lemak Tomahawk Pak Mat Western

Makan Nasi Lemak Tomahawk Pak Mat Western

Makan Nasi Lemak Tomahawk Pak Mat Western || Pak Mat Western, sebuah nama atau brand yang cukup popular dalam Malaysia ni. Laju jer bila ada artis or influencer viral, Pak Mat mesti sambar dulu! Haha..Selalu baca Komen macamtu lah. Pak Mat Western is watching 👀 Lebih tertarik bila tengok host cantik cantik dan comel yang keluar kat video dorang. Petah bercakap gitu. 

Nampak Pak Mat Western sedang rancak buat road tour seluruh Malaysia. Whoaa! Depa nak mai lah!! Beberapa hari mereka bertapak di Mydin Mutiara Rini, Johor, last minute baru aku plan nak singgah sekejap time balik dari kampung nenekku (Batu Pahat). Meskipun cawangan kedaiya ada kat area Johor, Nona tak pernah try langsung dan tak pernah datang sana. TAPI bila keluar menu Nasi Lemak Tomahawk dalam road tour kalini.. Perghhh! Terliur! Nak tahu apa rasanya ek. Cuma untuk tour ke Johor, Una dan Ica tu tak dapat join pulak.. Mereka ada kat Melaka nanti. It's okay, adik Mesya pun ada!!! Cute la host host Pak Mat Western ni..huhu..

Nasi Lemak Tomahawk

Printing~


Nasi Lemak Tomahawk Pak Mat Western

Apa itu Daging Tomahawk?


Daging steak tomahawk ialah potongan ribeye (lembu) premium dengan tulang rusuk yang panjang, menyerupai kapak perang, dan terkenal dengan teksturnya yang lembut, berair, dan kaya dengan lemak atau marbling. Ia popular untuk hidangan istimewa seperti barbeku dan menyediakan rasa yang unik kerana kandungan lemaknya yang banyak.

Sumber: GOOGLE

Set Nasi Lemak Tomahawk Pak Mat Western

  • Nasi Lemak (Tiga bekas)
  • Seketul Daging Tomahawk
  • Black pepper sauce

Harga Set E Nasi Lemak Tomahawk


RM169.50

Nasi Lemak

Actually, nak beli saiz kecik sikit Tomahawk tu tapi dah habis katanya. Kena jugaklah beli satu size Lebih besar ni demi tak nak kempunan. Yihh! Actually, burger ayam pun ada dijual tapi time kami sampai, habis dahhh! Ingatkan nak makan simple je lagi lagi bila dah tengok harga set Nasi Lemak Tomahawk tu! Haha.. Dah gigih drive untuk sampai ke sini, better beli dari dok terfikir fikir. Anggap reward diri lah you! Nanti ikat perut semula ye. Lahh! *Bukan Paid Review Tau!

 Daging Tomahawk

Share with my mom! Auuu! Besar portion sekotak set Nasi Lemak Tomahawk ni ye!

Bagi Nona, nasi Lemak tu Macam biasa la. Sambal nasi Lemak just nice. Daging Tomahawk, sedap bila dimakan bersama kuahnya. Isi daging lembut but not too juicy lah. Nona boleh je gigit Dan kunyah!

Cuma untuk mak aku yang Gigi tak kuat, ada beberapa part dalam Daging tu agak liat tuk Gigi mak aku. Tak dapat dikunyah. Huhu.. Mak aku Makan sikit sikit gitu.. Now I know apa itu rasanya Daging Tomahawk! Kami tak dapat habiskan Daging ni, sebab dah makan nasi Lemak tu kot. Hehe.. Tapau bawak balik! 

Nasi Lemak

Comel kan para host Pak Mat Western ni?!

Sosial Media Pak Mat Western



Notakaki: Awal September dimulai dengan kesihatan diri yang tidak memberangsangkan.. Doakan Nona 😌

Post a Comment

2 Comments

  1. Akak pernah makan ngan uami tomahawk ni kat Menate JB....dah nampak post Nona ni terus rasa nak makan lagi..

    ReplyDelete
  2. Aduhaii tomahawk tu.. mengeliurkannnn sangatt..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .