Makan Roti Coffee Mix & Royal Choco Menu Baru di RotiCoffee || Pernah dengar nama kedai RotiCoffee? Nona selalu je makan sebab kedainya tak jauh sangat dari rumah ni. And rotinya pun Sedap, lembut dan berasa. Gituh! Baru baru ni saja ajak mak jalan jalan Lotus Kota Masai mencari makanan dan lagi satu, mak tak pernah singgah Lotus situ.  

Tiba Tiba Nampak Kedai RotiCoffee lah kat sana! Bau haruman Kopi menusuk hidungku. Nice! Rupa rupanya ada menu baru ek?! Apa lagi, tengok tengok, tanya tanya Dan ajom kita makan di petang hari. Hehe.. InshaAllah kenyang sampai ke malam harapnya 😄 Cuma menu baru ni just ada kat satu outlet sahaja iaitu Lotus Mall Taman Kota Masai! Situ je ada ek!! Huyyoo!

Roti Coffee

Royal Choco and Coffee Mix.

Aiskrimnya sedap dan tak terlalu Manis tapi roti Kopi tu agak Manis la. Bila bergabung Kedua Duanya, jadi lebihh Manis. Hehe.. Bising mak aku sebab Manis sungguh. Kahh! Snap dulu lelaju sebelum aiskrim Mencair di bahagian atas.. Rasa Macam Makan roti aiskrim gituh! 

Chocolate
Mak punya

Mak aku memang Takleh lari Dari coklat. Ya, suatu kemestian memilih coklat. Nona pilih Coffee la sebab suka bau Dan aroma Kopi tu sendiri! 

Roti Coffee
Mine

Lotus Kota Masai

Kat Lotus Taman Kota Masai aje ek?

Roti Kopi

Boleh repeat tapi kena time perut bebetul kosong sebab sangat mengenyangkan. Alhamdulillah!