Teruskan Bersabar Nona!

Teruskan Bersabar Nona!

Teruskan Bersabar Nona! ||  Entri peribadi ke ni? Mungkin. Nona nak membebel, meluah rasa Dan mungkin terbuka untuk meminta pandangan pembaca? Adakah berkenaan jodoh? Err..Tidak.. 'Keluarga?' Pun tidak! Hal berkaitan kerja. Dunia pekerjaan. Rasanya kalau aku tak share link kat What's App status, takda lah rakan sekerja yang membacanya. Haha..Kalau terbaca, terima jelah ek.

Jujur cakap, aku punya rasa nak give up Dan boring tu ada. Bukan boring sebab kerja tak banyak. Atau takda kerja langsung. Kerja mana pernah habis nok! Tapi sebab sistem yang adakalanya memeningkan Dan menyakitkan hati. 

Sabar

Err! Dah nak 10 tahun kerja, Memang saban tahun ada la Beberapa kali cakap nak berhenti sampai kawan kawan perempuan yang saing saing batch aku masa awal awal masuk pun banyak dah berhenti (Lain department). Itu pun dah menyedihkan la at first. Surrounding bertukar geng, teman, bos Dan kewujudan newbie. Ok je ada orang baru, kita pun dapat pengetahuan gak dari otak otak fresh dorang ni kadang kadang.. Aku takda masalah sangat dengan yang tu.

Cuma start tahun ni, sejak timing kerja aku bukan lagi normal which is 08.30pagi bertukar masuk shift, (7am Dan 11am), aku macam krik krik Jap. Haha.. Dulu masa interview masuk kerja normal, after almost 10 years kerja sini, aku kena masuk shift sebab Memang dah takda orang sangat dah. Partner sebelumni berhenti, then next tu berpindah Department. Department aku Memang ada empat orang tapi Dua atas tu exec so tinggal aku dengan sorang member laki (baru)

Apa yang membuat aku takleh bla ialah cuti annual year yang boleh carry forward ke next year ialah empat hari sahaja. Aku punya lah banyak annual leave, macamtu je kena burnt kalau tak habis. Berbelas gak cuti aku tahun ni setakat sampai bulan ni. Hehee.. 

Bukan tak nak pakai atau habiskan cuti. Tapi aku ni ada gak la common sense. Kadang tempat kerja ni, ada time bila dorang dah push dapatkan sales,aku punya timing kerja sampai Lebih 8 jam gitu. OT Memang dapat, tak pernah missed lah. Bagus! 'Poket koyak' la orang cakap ek. Cuma kalau lah aku plan nak cuti Dua atau Tiga hari berturut turut, kesian member kena cover sampai habis. Sebagai contoh, masuk shift 7 pagi. Lepastu Salah sorang dari kami nak cuti. Time tu order banyak masuk, production tak dapat buat laju, atau ada transport issue.. So memang kena kerja sampai kul 10 atau 11 malam, and then besoknya member yang cover tu kena masuk lagi 7 pagi lagi keesokan hari sebab Salah seorang dari kami cuti. Ko ngase? Bapak penat kan..  Hal ni bukan hari hari pun. Depends pada order tapi kerap kali berlaku tu ada jugak. OT Memang lah OT. Syukurrr tapi badan sakit sakit...Sendirik tanggung kan..Haha... 

Aku merungut pun tak dapat apa melainkan sendiri tarik hand brake. I know that..Huhu.. Just berfikir Dan berfikir lagi. If I not stop and wait, what will happen next? Ada good news agaknya? OR Maybe kali ni kena talk to myself, why not you stop and see how is it? Keep thinking oi! Usia macamni aku Memang dah tahap malas nak cari kerja lain plus banyak benda aku belajar kat sini but sampai bila nak jadual kerja macamni ye? Huh! Dilemma. 

Jadik apa je boleh cakap buat masa sekarang? Teruskan Bersabar Nona! Allah akak datangkan yang terbaik buat kehidupanmu. Ini mungkin doa doa kau dulu, nak duit Lebih. Tapi kau lupa nak berdoa nak duit halal yang Lebih Dan kerja yang stabil jadual kerjanya. Maybe kena tukar cara berdoa lah ni. Ye tak? Di samping berusaha cari kerja lain.. ? Aku tahu Memang banyak kerja lain yang mencabar kesabaran Dan Lebih banyak orang yang susah kat luar sana. Tapi aku punya tahap kesabaran tu maybe tak sama dengan orang yang kerja susah susah. Pernah je set kat otak ni, "Cuba kau tengok orang yang lagi susah kerjanya daripada kau". Tapi now lain situation which is over my limit yih!!!

Berkenaan perangai manusia Memang macam macam sebab diri sendiri pun perangai memacam.. Khen! Hm. La Tahzan, lihatlah orang yang Lebih tinggi kesabarannya berbanding dirimu, Nona! Urghh..I have my limit too! Grrrr..

Bulan Disember ni, cukup lah 10 years bekerja di tempat kerja sekarang. Sedekad gitu Tak terlalu lama Dan Tak jugak terlalu singkat tempoh masa tu. It's hard to say bye bye but it's so sick  to manage this feelings and situation~ Do i need a BREAK or BRAKE? Tolong pray for for me okay?? Bagi sikit kata kata semangat yang padu mantap atau suggestion yang bernas! Hahaha.. Love you all! Sorry kalau terasa annoying bila membacanya yer 😂


Notahati: Puas hati bila dah meluah di sini ek

Post a Comment

12 Comments

  1. Kena fikir sedalam2nya tu. Memang kekaadang kita rasa burnt out. Apa2 kerja pun sama je swasta / gov sekarang dah semakin mencabar dan banyak kerja. Semoga dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete
  2. cubalah usha usha lorong kerja lain di linked in. bila badan makin menua, kudrat dah tak sama macam muda muda dulu. Sakit tanggung sendiri, paling best pun opis boleh hantar bunga aje

    ReplyDelete
  3. Kalau dah tak tahan sangat, sama ada cuba berbincang dan bawa isu ke management atau try recce2 cari tempat kerja lain. Pasal cuti tu, kena plan betul2 utk guna kalau tak rugi bila burnt macam tu je. Masalah ni bukan Nona je yg hadap, husband akak pun sama 😅 Dah berbuih mulut suruh dia ambik cuti, rugi klu burnt mcm tu je. Selalu igtkan dia cuti tu hak dia, klu dia jatuh sakit sbb kerja tak henti2 senang je company nak ganti dgn org baru. Tapi tu la, masuk telinga kanan keluar telinga kiri je nasihat tu 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually ada je diusulkan tapi macam tak kuat sangat dapat support tu. Huhu...

      Delete
    2. Haha..Aduhai laki akak..Sabarr jela yee

      Delete
  4. moga terus bersabar. kadang bila ada isu kita memang tak boleh ubah pihak lain. kita sendiri kena pujuk hati, ubat hati bawa healing sekejap redakan kusut hati dan kemudian hadap semula kisah tu sampai bila bila.huhu

    ReplyDelete
  5. Innalillahiwainnailaihirajiun. Semoga Allah melorongkan Nona pada keputusan yang terbaik.
    Susah juga kalau nak cuti terbebankan pada orang lain. Kalau tidak mampu sampai sakit fizikal dan mental memang terpaksa berhenti.

    ReplyDelete
  6. Faham...aku yg kerja belum sampai setahun pun bila merasa dan mendengar macam2 tentang sistem..rasa macam nak leave, apatah lagi ko yg da sedekad...kawan2 yg masuk sama dengan aku semua da left..tinggal aku je yg masih berusaha bertahan sebab tak mudah nak cari kerja, komitmen pun banyak..maka, bertahan adalah satu2nya cara..moga ko kuat dan jumpa sesuatu yg menggembirakan hati ko untuk keep on datang kerja..ameen!

    ReplyDelete
  7. Sayangnya cuti di tempat kakak bisa diuangkan tak? Macam di sini, ada beberapa company yg bisa menguangkan cuti yg tak sempat diambil oleh staff. Tapi kalau tak bisa, dan harus dipakai, susah juga yaa, sebab staff terbatas. Tak mungkin kita lama2 cuti sementara partner susah

    Kalau masih memungkinkan, coba juga apply ke perusahaan lain kak. Manatahu ada rezeki kan. Kalaupun harus bertahan di perusahaan itu, pastikan kakak masih sabar dan sanggub menghadapi kerjaan shift. Sebab kalau lebih banyak mudharatnya ke tubuh kita, better resign .

    ReplyDelete
  8. Nona sabar. But Kau cakap sikit sikit masa jumpa, rasa dah Kau makin busy. Bila baca entry Kau, sedih Nona. Kenapa aku macam dpt rasa struggle Kau ni Nona hahaha.

    Takpe Nona, ada masa curi masa cuti even half day. Or Kau plan awal awal.

    Take care Nona

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .