Pengalaman Glamping Berhawa Dingin di Rare Hut Glamz, Johor || Throwback Awal Tahun 2025 haritu. Memilih glamping Berhawa dingin sebagai aktiviti percutian kami. Apa itu Glamping? Ianya adalah gabungan daripada perkataan glamour camping. Jadiklah Glamping. Hehe.. Sesuai betul dengan aku yang tak berapa reti dan ingat bagaimana nak pasang cabut khemah camping tu. Cuma harga berbeza dengan camping biasa yang kena pasang tutup sendiri khemah camping... Lain feeling glamping dengan sebenar benar camping. Huhu..
Alhamdulillah. Sesampainya kami di sana, cuaca baik dan cantik untuk memulakan holiday. Err.. matahari terik sikit. Kami Sewa satu ruangan glamping untuk orang laki Dan satu lagi untuk para wanita. Auuu..Thank you ye Korang tak tinggalkan saya yang single ni. Kahhhh!!! Tapi ada jugak yang stay dengan family memasing Dan ada jugak yang memilih tidur di tapak camping.
Pintu Gerbang yang Menyambut kedatangan Tetamu
Gambar bahagian dalam glamping tersebut. Ada dua katil, cermin tinggi di tengah tengah, meja kecik dan towel. Terlalu dekat lah pulak gambar ni😂 Kami gabungkan katil. Kedudukan Aircond berdiri bebetul berhadapan katil. Sejuk? Ya, sejuk gilaa! Nak keluar masuk, kena hati hati. Ada dua zip kena bukak. Risau nak terkoyak kalau bukak kasar kasar. Heee 😁 Katil tu tak muat tuk semua tapi ada yang dah standby tilam toto. So tidur bahagian bawah gak. Ada ruangan sikit tuk solat dan sebagainya. Toilet di bahagian luar Dan kuantitinya banyak. Share share gitu. Toilet okay, tak Kotor atau teruk sangat condition Dan tidak berbau.
Pengalaman kelakar malam sebelum tidur: Ada cicak dalam khemah! Hahaa..Sesat mana tahh! Berkejaran nak tangkap cicak tu bagi keluar. Dia pusing satu khemah tu. Khemah glamping kan bersaiz bulat dan melengkung gitu kan. Hahaa. Lincah betul. Risau ek kalau tidur kat lantai bawah tetiba datang cicak..Tapi kena faham. Ini kawasan apa. Kena ready ler ek..
Zoom out. Cedok gambar Dari Facebook dorang.
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan kat sini antaranya ialah BBQ, Camping,
Main Dart,
Berbasikal,
Mandi pool,
Memancing, Dan
ATV! Menarik kan?! Banyak jugak aktiviti yang ada. Tapi lain bayaran la ye untuk beberapa aktiviti seperti ATV tu.. Masa kami datang,, nampak jugak ada family lain yang sedang mengadakan family day kat sana. Meriah Habis lah!
Tapak BBQ Dan tapak camping disediakan. Pool untuk kids! Aku tak terjun kolam time ni. Huhu.. Pada malam hari, selain daripada aktiviti BBQ Dan Makan makan, bolehlah memancing kat tasek tu Dan mereka jugak ada buat tayangan movie bagi para pengunjung. (Kain slide Dan projector) Bila ada bebudak, of course cerita yang bersesuaian dengan kanak kanak dityangkan ye.
Member aku, Norman yang camping sana pun bawak
kain rentang ngan projector, dia pasang
wayang pacak malamtu depan khemah dorang. Fuh, banyak peralatan camping dia. Dah namanya hobi kan~ Aku excited tengok orang yang ada hobi berkhemah gitu. Dah lama aku tinggalkan perkhemahan macam zaman sekolah dulu.. Last time pergi
PLKN and after that, no more camping.
Simple decoration by us. Kerusi healing, meja bersiap dengan alas Dan pastu Bunga hiasan! Ewah!!! Kerja ni biasanya orang lain yg buat. Dan aku? Bergambar je lebih 😅 Part mencuci boleh pass pada saya 😆
Our dinner on that night.
Menu kami malamtu Lengkap dengan makanan berat seperti
nasi goreng kampung, nasi putih, menu BBQ, fries, nugget, buah buahan Dan desserts. Nyummy! Sungguh menyelerakan anak tekak! Ops, tak cukup meja, letak kat atas tikar jela.. Kerus Healing pun tak banyak mana.. Hoho..
Kami. Semoga Allah panjangkan usia Dan permudahkan urusan mereka semua dalam gambar di atas. Aamin ya Rabb! Tema pada hari tersebut ialah
Burgundy Black! Niceeeee kan!
Second day.
Nasi Lemak Pandan disediakan sebagai sarapan oleh pihak sana.
Marshmallow bakar, menu special Dari adik member. Memang ni menu saban tahun dari cik Fatin cuma haritu biskut keping terlupa dibawa so Makan secara bakar gitu aje ler.. Cara yang betul, kepitkan marshmallow bakar tu dengan dua kepingan biskut berbentuk empat segi. Ya, bakar sekejap, jangan sampai hangus!! Sedap oi!! Menu ni aku akan makan time cuti ngan dorang je.. Err.. Buat sendiri macam belum lagi setakat ni..Hehe
Lepastu kalau nak ber ATV pun boleh. Nampak tak Bangunan sebelah parking ATV tu? Haa..itulah mini shop untuk yang nak beli barang keperluan atau maggi atau makanan ringan lain. So tak perlu keluar Dari Kawasan tu in case nak cari pad, atau jajan jajan di pagi hari. Hehe..
Next, disebabkan tak sambung tidur balik, and done Kemas Kemas sesikit, aku main basikal pulak! Rasa mengimbau kenangan lak main basikal bonceng Siap bakul ni. Haha.. Bawak anak kak Nurul naik sekali. Suka dia aku bonceng naik basikal pusing Kawasan dalamtu. Bila dah berani sikit..aku bawak pulak basikal ke luar tapi sorang sorang la.. Saja pusing tengok Kawasan kampung tuu..Syoknyaaa hirup udara kampung! Bila fikir balik, macam bahaya ek sengsorang bawak basikal area situ 😅
Alhamdulillah Done Glamping di sini. Nona duduk bilik
Family Hut.. First time berglamping! Syukur sangat dapat peluang merasa suasana Glamping. Hehe.. Boleh try tempat glamping yang lain pulak pasni ek?
Feedback berkenaan Rarehut Glamz Resort
So far okay, not bad. Tenang suasananya. Pelbagai kemudahan disediakan. Line internet pun okay. Cuma condition air cond dari luarannya nampak macam dah hampir uzur.. kayunya ada start tertanggal gitu tapi berfungsi elok!! Bagi saya, Overall okay je Dan puas hati. I like it!
Harga Glamping di Rarehut Glamz Resort (Untuk 2 hari 1 malam)
*Harga pada Awal Tahun haritu ye*. Tak tahu kalau sekarang ada perubahan.
Family Hut: RM380
Datang bersama Dua tilam Queen, Sarapan 6 paxes, Plug Point, Penghawa Dingin
1 Tilam Queen, Tiga tuala, Sarapan tuk Tiga pax, Plug point Dan Penghawa Dingin.
2 Tilam single, 2 towel, Sarapan untuk Dua pax, Plug point Dan Penghawa Dingin
RM100 (2 Hari 1 Malam)
RM190 (3 Hari Dua Malam)
1 tapak campsite, Plug point, Parking, Kolam Memancing
Sosial Media Rarehut Glamz Resort
Alamat Rarehut Glamz Resort
1 Comments
Meriah dan macam-macam aktiviti disediakan. Siap boleh tengok wayang beramai-ramai.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .