Bukan Kuning, Hijau @ Merah, Tapi Kahak Berwarna Hitam Yang Patut Anda Takuti!

Bukan Kuning, Hijau @ Merah, Tapi Kahak Berwarna Hitam Yang Patut Anda Tahu ||  Betapa tak minatnya aku bila kahak tersekat atau nak keluar dari tekak ni. Ada budak tak reti nak keluarkan kahak, ada yang kena sampai kuat kuat bunyi, baru keluar kahaknya. 


Punca kahak terhasil

Pakar Laringologi dari Cleveland Clinic’s Voice Center, Dr Paul C. Bryson menyatakan bahawa lendiran terhasil secara semula jadi oleh tubuh kita pada setiap hari.

Beliau menambah, “Walaupun jumlah sebenar lendiran yang dihasilkan masih tidak diketahui, tapi kebanyakan pakar menganggapnya kira-kira satu liter sehari!”

Ia mempunyai peranan yang penting dalam badan seperti melapisi banyak tisu tubuh kita.

Konsistensi lendir yang licin membantu untuk melindungi dan melembapkan, serta memerangkap perengsa yang mengganggu sistem tubuh kita.

Tubuh anda akan menghasilkan lendiran yang banyak di dalam tekak, iaitu kahak apabila mengalami keradangan disebabkan oleh :

Warna kahak boleh berubah bergantung kepada elemen yang mempengaruhi seperti jangkitan kuman, masalah kesihatan dan sebagainya.

Spektrum warna kahak

punca kahak

#1 Kahak kuning atau hijau

Sekiranya anda melihat kahak berwarna kuning atau hijau, biasanya ia adalah tanda bahawa badan anda sedang melawan jangkitan kuman.

Warna yang dihasilkan berasal daripada sel darah putih anda.

Pada mulanya, anda mungkin melihat kahak kuning yang kemudian bertukar menjadi hijau. Perubahan yang berlaku bergantung kepada tahap keterukan dan tempoh anda sakit.

Ia boleh disebabkan oleh jangkitan kuman yang ringan seperti selesema ataupun yang lebih serius seperti :

  • Bronkitis
  • Keradangan paru-paru
  • Keradangan sinus
  • Cystic fibrosis

#2 Perang

Kahak berwarna perang yang kelihatan seakan-akan ‘berkarat’ merupakan tanda darah lama dalam kahak.

Ia merupakan perubahan warna kahak daripada merah atau merah jambu.

Selain daripada tanda keradangan paru-paru oleh jangkitan bakteria, ia juga boleh disebabkan oleh penyakit bronkitis kronik yang sering dialami oleh perokok dan cystic fibrosis.

Menyedut bahan berbahaya seperti asbestos juga boleh menyebabkan penyakit paru-paru yang tidak dapat disembuhkan dan menghasilkan kahak perang.

Bagi kes yang lebih teruk, kahak perang boleh menjadi tanda abses paru-paru, iaitu koleksi nanah yang menyakitkan, disebabkan oleh jangkitan bakteria.

Apa pun penyebabnya, kahak perang tidak seharusnya diambil mudah terutama sekali jika disertai dengan batuk yang berpanjangan.

#3 Kahak berdarah, merah atau merah jambu

kahak berdarah

Kahak berwarna merah atau merah jambu boleh menjadi tanda amaran yang lebih serius.

Merah atau merah jambu menunjukkan bahawa terdapat pendarahan di saluran pernafasan atau paru-paru.

Batuk yang teruk boleh menyebabkan pendarahan dengan memecahkan saluran darah di paru-paru, yang membawa kepada kahak berdarah.

Walau bagaimanapun, keadaan yang lebih serius juga boleh mengakibatkan kahak merah atau merah jambu.

Dr. Barbara Kreel, Pakar Telinga, Hidung dan Tekak daripada Geisinger menyatakan, “Sekiranya anda mengalami kahak berdarah, anda harus segera berjumpa dengan doktor. Jika berlaku sekali sahaja, ia mungkin tidak menjadi masalah.”

“Namun jika berlanjutan, ia mungkin memberi isyarat keadaan yang lebih serius seperti penyakit tibi dan penyakit salur darah paru-paru.

“Pastikan anda peka akan simptom lain yang mungkin menunjukkan sesuatu yang lebih serius mengenai kesihatan anda”, tambah beliau lagi.

Penyakit lain yang mempunyai gejala kahak berdarah ialah:

  • Kegagalan jantung kongestif
  • Kanser paru-paru
  • Jangkitan paru-paru tahap teruk

#4 Putih

Kahak berwarna putih boleh menjadi tanda jangkitan virus bronkitis, dan boleh bertukar menjadi kuning-hijau jika tidak dirawat.

Penyakit refluks gastro, di mana asid daripada perut dilambung naik ke esofagus boleh menyebabkan batuk berkahak putih dan pekat.

Penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) berupaya menjadikan saluran udara semakin sempit dan paru-paru menghasilkan jumlah kahak putih dalam kuantiti banyak.

Kegagalan jantung kongestif juga boleh menghasilkan kahak putih yang banyak. Ia berlaku apabila jantung hilang kemampuan untuk mengepam darah ke seluruh badan secara beransur-ansur.

Dalam keadaan ini, banyak cecair akan terkumpul di paru-paru dan meningkatkan jumlah kahak putih. Selalunya, anda juga akan mengalami sesak nafas.

#5 Hitam

Kahak hitam sering menjadi tanda anda menyedut sesuatu seperti habuk, kerap dijumpai dalam kalangan pelombong arang batu.

Walau bagaimanapun, ia juga dapat menandakan sesuatu yang lebih serius seperti jangkitan kulat pada paru-paru.

Tambahan pula, merokok dan pengambilan dadah kokain juga boleh menjadi punca kahak hitam.

Konklusi

Jika anda mengalami perubahan warna kahak seperti di atas untuk jangka masa yang lama, sila berunding dengan doktor anda segera.

Namun begitu, warna kahak cuma rujukan dan harus dipertimbangkan bersama gejala lain.

Sekiranya warna kahak anda normal tetapi keadaan anda bertambah buruk, segera berkunjung ke pusat perubatan berdekatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

5 comments:

  1. Masa sebelum kawin pernah batuk sampai keluar darah.Sebelum keluar darah tu dekat 3 bulan asyik rasa berkahak je . Tak de pulak pi klinik ke apa. Risau la juga tapi sebab sibuk nak kawin masa tu lupa terus pasal nak ke klinik. Yang pelik nya lepas kawin terus hilang batuk kahak ke apa. Heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishh.pas kawen ok ekk.hahahaa.kahak tu masuk balik ke cmne....dah xde kua balik, xpela gituu

      Delete
  2. kahak hitam ? ingatkan kahak tu bercampur dengan darah pekat. rupanya sebab jangkitan kulat dan sewaktu dengannya. huhu. mmg bahaya la. huhu. sama2x kita semua jaga kesihatan.

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐