Mengapa Ada Benjolan di Ketiak??? Tak Sangka Pulak Point Nombor 5 Tu!

Benjolan Di Ketiak! || Pernah mengalami gejala benjol di ketiak? Aku pernah, masa zaman sekolah menengah. Masa tu pulak baru belajar pasal kanser-kanser nih, Agak seram jugak time tuh! Terus ke Hospital Sultan Ismail sebab risau punya pasal...Lama pun lama lah, aku paksa gak parents aku bawak gi hospital.. Fuh, nasiblah bukan kanser...

Kenapa ada benjolan di ketiak ni? Tak mungkin semua sebab kanser. Jadi apakah kemungkinan penyebabnya?

Ini jawapan untuk persoalan anda. 

Benjolan tersebut boleh berlaku dengan gejala lain seperti:

  • Simptom seperti selesema atau flu (hidung berair, keletihan, demam, sakit tekak, sakit kepala, batuk, kesakitan pada badan)
  • Sakit sendi
  • Ruam
  • Pembengkakan kelenjar getah bening pada bahagian lain
  • Bengkak pada lengan
  • Lebam atau pendarahan yang berlaku tanpa sebab
  • Hilang selera makan yang tidak dapat dijelaskan
  • Muntah 

Jika benjolan di ketiak muncul dengan rasa sakit pada payudara, atau ada ketulan serta sebarang perubahan pada payudara, ia mungkin gejala barah payudara mahupun jangkitan payudara. 

Dalam sesetengah kes, benjolan mungkin berlaku dengan simptom yang menunjukkan keadaan serius atau mengancam nyawa. 

Sudah tentu ia memerlukan pemeriksaan perubatan dengan segera. Antara simptomnya adalah:

keadaan kesihatan

  • Perubahan tahap kesedaran, kekeliruan atau kewaspadaan
  • Kesukaran bernafas, berdehit atau sesak nafas
  • Mungkin wujud masalah kelenjar getah bening yang mengeras
  • Demam panas, melebihi 38℃
  • Kekejangan atau sawan
  • Keadaan kelenjar getah bening yang lembut, panas dan merah

Jika anda mengalami simptom di atas, segera dapatkan pemeriksaan lanjut. 

Punca wujudnya benjolan di ketiak

Selalunya apabila terdapat ketulan pada bahagian ketiak, ramai individu yang menyangka ia adalah barah. 

Namun, hakikatnya tidak semua benjolan disebabkan barah.

Punca wujudnya benjolan ketiak paling kerap berlaku disebabkan jangkitan pada bahagian payudara, lengan atau ketiak itu sendiri, seperti folliculitis, iaitu folikel rambut yang dijangkiti.

Berikut antara penyebab lain benjolan di ketiak. Lihat jika anda alami simptom yang disenaraikan. 

  1. Sista 

Cyst atau sista boleh berlaku jika anda kerap mencukur ketiak. Kerengsaan yang terjadi pada kulit dan folikel rambut boleh menyebabkan wujudnya benjolan ini.

Jika sista adalah masalah anda, ketulan yang wujud mungkin akan menyebabkan kesakitan.

Sebaiknya, anda disarankan untuk berjumpa doktor bagi mengetahui pilihan rawatan yang bersesuaian. 

Ia mungkin terdiri daripada suntikan bagi mengurangkan bengkak atau pembedahan untuk mengeluarkan sista itu. 

  1. Lipoma

Pertama sekali ia adalah LIPOMA, keadaan pembiakan lemak tidak berbahaya dan bukannya LIMFOMA, iaitu sejenis barah. Harap anda tidak terkejut.

Bagaimana untuk mengetahui bahawa ia adalah lipoma? Lakukan sentuhan padanya. Jika ia terasa seperti bola getah kecil yang bergerak, itu adalah lipoma.

Masalah ini biasanya tumbuh dengan perlahan dan dialami oleh 1 daripada 1,000 individu. Biasanya terjadi kepada mereka yang di usia pertengahan.

Selalunya, keadaan kesihatan ini tidak perlu dirawat sama sekali kecuali jika benjolan di ketiak menjejaskan kehidupan harian anda. 

Jika itu berlaku, doktor boleh melakukan prosedur untuk mengeluarkannya.

  1. Jangkitan 

Anda mempunyai kelenjar getah bening pada seluruh badan dan ia berfungsi untuk menyaring virus dan bakteria.

Jika keadaan kesihatan anda tidak baik atau anda ‘dihujani’ dengan pelbagai penyakit, kelenjar itu boleh membengkak. 

Begitu jugalah keadaannya dengan kelenjar yang terdapat pada bahagian ketiak. Ketulan itu mungkin lembut dengan saiz ukuran sebesar kacang.

Pun begitu, terdapat juga keadaan kesihatan lain yang boleh menjadi penyebabnya, seperti HIV, penyakit Lupus atau rheumatoid arthritis.

  1. Keradangan kelenjar peluh

Semua orang sedar bahawa ketiak akan mengeluarkan peluh. 

Namun apabila kelenjar yang menghasilkan peluh atau folikel rambut tersumbat, bakteria boleh meresap masuk.

Ini sekali gus menghasilkan sista yang kemudiannya pecah dan menjangkiti lebih banyak folikel.

kelenjar peluh

Andai keadaan tersebut berulang, ia boleh berkembang menjadi keadaan kulit kronik yang dikenali sebagai hidradenitis. Dianggarkan 3% individu di Amerika Syarikat alami masalah ini.

Rangkaian sista ini mungkin menyebabkan kegatalan, menyakitkan dan mungkin memberi kesan kepada kualiti hidup anda.

Mungkin tiada penawar untuk hidradenitis, tetapi doktor boleh memberikan anda ubat atau terapi lain seperti prosedur laser bagi menyingkirkan rambut. 

  1. Penyakit calar kucing

Kedengaran seperti kelakar, kan? Malah mungkin anda tidak menyangka cakaran daripada kucing boleh menyebabkan benjolan di ketiak.

Walau bagaimanapun, kebanyakan kucing membawa bakteria dipanggil Bartonella henselae, yang merebak melalui calar akibat cakaran.

Jika bakteria tersebut meresap ke dalam kulit, ia boleh mengembangkan jangkitan. Akibatnya, lymph node di ketiak akan membengkak.

penyakit calar kucing

  1. Jangkitan payudara

Sekiranya anda sedang menyusukan bayi, pastinya anda pernah mendengar tentang mastitis – keradangan pada tisu payudara. 

Jika mengalaminya, anda akan berasa bengkak, sakit dan wujud benjolan pada payudara. Tetapi jangkitan itu juga akan mengakibatkan kelenjar di ketiak membengkak.

Sebaliknya, andai anda tidak menyusu badan, tetapi mengalami jangkitan jenis ini, dapatkan rawatan doktor.

Kesimpulannya, keadaan kesihatan akibat benjolan di ketiak yang disenaraikan di atas tidak mendatangkan bahaya.

Namun, jika anda mempunyai keraguan, dapatkan rundingan dan pemeriksaan doktor dengan segera.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.


LEBIH INFO DI : HELLO DOKTOR!

2 comments:

  1. Liez pernah detect bonggolan di ketiak pada tahun 2010. Pergi hospital dan berulang check up beberapa bulan. Bila scan, lega bukan kanser tapi just tisu payudara je. Tapi lepas tu doctor offer scan sekali breast dan jumpa lump pada breast. Dah berulang ke hosp untuk check brest. tapi last sekali doc kata hanya lump.. so lepas setahun kawin baru buat minor sugery utk buang lump tu.. 2 biji sebesar duit 20sen.. tapi lepas tu doc bagitahu tu bukan sel kanser. alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..takde Pape... Seramnyaaa sebesar biji 20 selesa, mesti Tak selesa Dan Risau sangat..Kan.. Haih... Moga terus sihat, dilindungi daripada penyakit2 merbahaya ni.. Amin

      Delete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐