Pertama Kali Makan Malam di Almizan Satay House (Almizan Express) Taman Bukit Dahlia

Pertama Kali Makan Malam di Almizan Satay House (Almizan Express) Taman Bukit Dahlia|| Alhamdulillahhh, settle dinner harini. Laju update ek..Haha..Semalam balik dari B5 street, Johor, terlalu depan outlet Al Mizan kat Bandar Baru Uda (BBU). Macam teringin nak try menu yang ada kat sini selain sate.. Ya, aku bukan peminat sate sangat.. 

Tapi dah kenyang, tak singgah pulak.. So sekarang outlet baru dibuka berhampiran dengan rumah, kena lah terjah. Siap ada robot yang hantar makanan kan...Itu je yang aku teruja...Kahhhh! Kiranya ni first time la try. Jom tengok apa kitaorang makan.. 

almizan satay house

Sate Daging Lembu

Sate daging lembu. RM1.30 secucuk.

Family aku cakap lembut jugak dagingnya..Kuah tu sedap.. Err..aku makan sebatang je...Buat rasa rasa..

Nasi Goreng Maharani

Nasi Goreng Maharani (Ayam) - RM10.90

Mee Bandung

Mee Bandung Original - RM9.90

Ini mak aku punya..Perghhh..puas hati behtol weh! Udang besau, ada kupang, telur, kuahnya pekat dan mak aku cakap nak repeat lagik! Haha

Mee Koboi Ayam

Mee Koboi (Ayam) - RM10.90

Ini aku punya..Err.. Rasa pedas pedas manis...Aku kureng sikit la kalau mi goreng ada manis manis..Macam tak dapat terima sangat kat lidah..Tapi ada pedas pedas sikit..bolehlah telan sampai habiss.. Selangkan dengan air suam..Hihi..  Nasib ada limau tu, kuperah dan ada lah rasa sedap sikit...  Air suam berharga rm0.20 ye.  Lepasni nak try nasi goreng lah..Adik aku cakap sedap...

Total Damage untuk malamni: RM49.40 termasuk air.

Almizan Express

Ini robotnya! Nice sangat...Setiap kali robot bergerak deliver makanan ke meja, nanti lagunya berkumandang..Sedap jugak lagu Almizan nih...Haahah.. 



Almizan Express



So sesiapa yang singgah Johor, try la makan malam di Almizan Satay House Bukit Dahlia ni. Ada beberapa outlet dalam Johor Bahru ni.. Search aje.. 

Alamat cawangan Almizan Satay House (Almizan Express):

ALMIZAN EXPRESS
No.62, Jalan Serangkai 18,
Taman Bukit Dahlia,
81700, Pasir Gudang Johor.



Post a Comment

10 Comments

  1. Femes dah ye almizan ni...
    aritu macam nak try juga tp asyik je la terlepas simpang nak benti hahaha
    next time bole cuba juga ni

    ReplyDelete
  2. Murah murah juga harga. Berbaloi!

    ReplyDelete
  3. I has desire to visit your restaurant. I want to dinning with my friends.
    Click here https://samedaygaragedoorservicesga.com/ for Garage Door Repair Services. You can take advantage from our service.

    ReplyDelete
  4. Menarik decoration dalam resto ni. Teruja gak kalau ada delivery robot. Terpaling tempting tengok mi bandung tu. Rindu pulak mi bandung Johor.

    ReplyDelete
  5. Menarik decoration dalam resto ni. Teruja gak kalau ada delivery robot. Terpaling tempting tengok mi bandung tu. Rindu pulak mi bandung Johor.

    ReplyDelete
  6. Haah kurang suka makanan biasa ada manis, kurang dapat hayati.

    ReplyDelete
  7. Hey friend, it is very well written article, thank you for the valuable and useful information you provide in this post. Keep up the good work! FYI, Pet Care adda
    Credit card processing, why i am an atheist pdf,10 lines on computer in english

    ReplyDelete
  8. you will need support or suggestions, write me privately.
    I interested in your implementation/use case.
    the best situs slot terbaik
    Togel2win
    daftar bo bonanza

    ReplyDelete

Thanks For Coming!
Terima Kasih Kerana Singgah!