RichWorks Prihatin Asbab Usahawan Bangkit Semula di Tahun 2021

RichWorks Prihatin Asbab Usahawan Bangkit Semula di Tahun 2021

RichWorks Prihatin Asbab Usahawan Bangkit Semula di Tahun 2021

Banjir sering berlaku di Malaysia tetapi pada akhir 2021, banjir semakin mengganas sehingga melibatkan beberapa buah tempat yang tak pernah dinaiki air. Berikutan itu, ramai usahawan dan orang awam yang turut terjejas. Sudahlah pandemik yang tak henti-henti, datang pula banjir.

Ramai usahawan yang mengalami kerugian dan terpaksa bermula dari bawah semula. Hal ini mendapat perhatian dari RichWorks International Sdn Bhd. Richworks prihatin dan komited membantu para usahawan untuk bangkit semua khasnya mereka yang sangat terkesan dengan cabaran 2021.


RichWorks Turut Terkesan Dan Terasa

 

Richworks prihatin dan sangat memahami perasaan yang dialami ramai orang di luar sana kerana mereka juga turut terkesan dan terasa. Selain dari banjir yang melanda, Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) sendiri iaitu Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19 pada tahun 2021.

Hal ini sangat dirasai dan memberi kesan kepada Dr Azizan Osman sendiri kerana beliau juga bertarung nyawa kerana Covid19 ketika itu. Sehinggalah Doktor mengesahkan tidak ada harapan sekiranya mesin bantuan pernafasan tidak berikan kesan yang positif.

Namun Alhamdulillah usia Dr Azizan Osman masih panjang dan keadaan beliau semakin baik. Berikutan itu, Dr Azizan Osman tekad untuk menggunakan peluang kedua ini sebaiknya. Beliau ingin berbakti dan memberi yang terbaik buat usahawan di luar sana dengan cara bimbingan usahawan mengikut kepakaran beliau bertahun-tahun. 

Kita pun tahu kan Dr Azizan Osman sangat pakar dalam penjenamaan perniagaan dan telah diiktiraf dunia dalam bidang usahawan.  

Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan dan RichWorks prihatin untuk terus menjalankan program percuma dan ia telah dihadiri ribuan orang. Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam bidang usahawan.

 

Program RichWorks Untuk Semua 


Dengan anjuran Program percuma yang ditaja oleh RichWorks International Sdn Bhd sendiri, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program tersebut pada tahun 2021. Ramai yang telah mendapat manfaat asbab RichWorks prihatin dan ikhlas membantu.

Program yang popular dan mendapat pengiktirafan oleh kerajaan adalah program Wanita Bangkit Berniaga (WBB). Program yang diadakan asbab Richworks prihatin ini telah disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kerajaan pun bagi penghargaan kepada RichWorks. Sesuatu yang luar biasa bukan?


Pertubuhan RichWell Tanda RichWorks Prihatin


Selain dari mengadakan program usahawan dan bimbingan, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. turut menyatakan bahawa pihaknya tidak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell). RichWell ditubuhkan tanda RichWorks prihatin dan ingin bantu rakyat.

“Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM 501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.”

"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujar Tuan Radz lagi.

Antara sumbangan RichWorks dalam RichWell juga adalah Richworks bersama anak didiknya iaitu ahli Titanium dan Spire turut menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul. Selain itu, mereka juga telah mengadakan korban sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM 824,160 pada tahun 2021. 

Untuk pengetahuan anda, Ahli Titanium merupakan usahawan yang berada di bawah bimbingan RichWorks dan mencapai 1 juta jualan ke atas. Manakala Spire pula adalah usahawan di dalam kelas persediaan untuk mencapai 1 juta jualan.


Kenali RichWorks International Sdn Bhd 

Jangan terkejut apabila melihat RichWorks International pakar mendidik usahawan hingga jadi jutawan! Syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di Malaysia ini telah berpengalaman sejak tahun 2008 lagi.

RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).

RichWorks telah melahirkan beribu-ribu usahawan jutawan dalam tempoh 6 sehingga 24 bulan sahaja dengan lengkap berdasarkan strategi perniagaan, program mentoring yang berkesan serta rekod prestasi yang terbukti.

RichWorks International Sdn Bhd akan tetap meneruskan misi membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih berjaya lagi. RichWorks prihatin akan usahawan Malaysia dan kerana itulah mereka dikenali ramai, kerana selalu membantu dan memberi manfaat.

Fakta RichWorks Prihatin Lahirkan Usahawan Hebat

Jumlah keseluruhan peserta yang mengikuti program RichWorks pada tahun 2021 iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

Melalui program bimbingan Spire, Richworks akan menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, hasilnya pada tahun 2021, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya. 

Sebanyak 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.

Sangat luar biasa kejayaan para usahawan yang mengikuti kelas RichWorks. Namun, semuanya tergantung kepada diri sendiri seperti yang selalu diingatkan oleh pengasas mereka. Mereka membimbing dan menunjukkan jalan tetapi usahawan yang perlu buat tindakan. 


Harapan RichWorks Bantu Usahawan

 

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

RichWorks prihatin membantu usahawan dengan pelbagai alternatif ilmu salah satunya adalah netflix usahawan ini. Belajar pada bila-bila masa dan dimana sahaja, ia mudah diakses oleh semua usahawan untuk mendapatkan ilmu. 

Video Perjalanan Richworks 2021


https://www.youtube.com/watch?v=Segt5ASOloI

Sekiranya anda baru sahaja ingin melangkah ke dunia perniagaan dan usahawan, biarpun bermula dari rumah, RichWorks prihatin bantu anda. RichWorks International Sdn Bhd yang merupakan syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar di Malaysia khusus dari segi penjenamaan dan pemasaran serta kepimpinan ini tidak lokek dengan ilmu.


Semoga segala usaha RichWorks untuk membantu para usahawan dipermudahkan. Usaha hebat ini pasti diberkati Allah SWT, Aamiin. 


Post a Comment

6 Comments

  1. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    ReplyDelete
  2. penah sekali join seminar Richwork
    lamaaa dulu
    baguss nk membantu usahawan


    ReplyDelete
  3. Semangat keluar daripada seminar Dr. Azizan ni berkobar-kobar sungguh. Terima Kasih RichWorks

    ReplyDelete
  4. Tahniah richworks berjaya dengan kempen dianjurkan

    ReplyDelete
  5. syabas richworks. bukan calang-calang aktiviti dan pencapaian tahun 2021 mereka. semoga bertambah sukses tahun 2022 ni

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah, tahniah buat semua yang terlibat..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .